You are on page 1of 4

PENDAHULUAN:

Pendatang asing tanpa izin (PATI) membawa maksud golongan warga asing yang
memasuki atau bertinggal di sesebuah negara secara haram atau tanpa permit atau visa.
Menurut anggaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen pada tahun 2013, sejumlah
kira-kira 1.5 juta orang PATI dilaporkan masih berada di negara Malaysia. Selain itu,
terdapat juga seramai 2000 - 3000 PATI memasuki Malaysia setiap hari. Lazimnya, PATI
ini terdiri daripada warganegara Indonesia, Filipina, Vietnam, Myammar, Nepal,
Bangladesh, Pakistan dan lain-lain lagi. Mereka banyak berada dan bekerja di sektor
pembinaan, pembuatan, pembantu rumah dan perkhidmatan.

FAKTOR:
Faktor tarikan

Faktor kedatangan PATI boleh dikategorikan kepada dua, iaitu faktor tarikan dan
faktor tolakan. Antara faktor tarikan termasuklah peluang pekerjaan yang ada di
Malaysia. Di malaysia, terdapat banyak jawatan kosong dalam sektor-sektor yang tidak
diceburi oleh warga tempatan seperti sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan dan
lain-lain lagi. Mereka boleh mendapati pekerjaan di sini dengan mudah.

Faktor tarikan lain termasuklah permintaan yang tinggi daripada majikan.


Sikap rakyat Malaysia yang terlalu memilih pekerjaan yang gaji banyak dan tidak tahan
kerja susah telah menyebabkan sektor-sektor tertentu kurang pekerja. Hal ini telah
mendorong majikan terpaksa mendapatkan pekerja asing untuk bekerja. Selain itu,
majikan juga lebih menjurus kepada PATI kerana mereka tidak perlu membiayai kos
yang banyak untuk PATI dan PATI sanggup menerima gaji yang lebih rendah, bekerja
dalam masa panjang serta bekerja susah.

Faktor tarikan seperti keamanan dan keharmonian di Malaysia juga


mendorong peningkatan bilangan PATI di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang
aman kerana tidak berlakunya peperangan atau huru-hara di sini. Keadaan ini telah
menyebabkan banyak warga asing tinggal di Malaysia sama ada sah atau tidak sah.
Mereka hendak hidup dalam keadaan yang selamat dan aman.

Di saming itu, kestabilan ekonomi di Malaysia juga membawa kepada


kebanjiran PATI ke dalam malaysia. Biasanya, PATI yang datang ke Malaysia berasal
daripada negara yang miskin. Keadaan ekonomi di negara mereka juga tidak stabil seperti
Malaysia. Maka, mereka terpaksa mencari pekerjaan di Malaysia kerana wang Malaysia
lebih besar daripada negara asal mereka.
Faktor tolakan

Walau bagaimanapun, faktor tolakan yang mendorong PATI datang ke Malaysia


termasuklah negara mereka tidak aman. Oleh sebab sering berlakunya pergolakan
politik di negara asal mereka, negara asal mereka banyak berlakunya keadaan huru-hara
sehingga berlakunya peperangan. Situasi ini menyebabkan mereka terpaksa mencari
tempat lain untuk berhidup dan Malaysia adalah negara yang sesuai untuk mereka. Maka
ini telah menyebabkan kejadian kebanjiran PATI ke Malaysia.

Masalah ekonomi yang terdapat dalam negara asal juga merupakan salah satu
faktor tolakannya. Dalam negara asal mereka, ekonomi tidak sebegitu maju dan menjurus
kepada kemiskinan dalam negara. Selain itu, masalah pengangguran di negara asal
mereka dan gaji mereka yang terlalu sedikit mengakibatkan mereka berpindah ke negara
lain untuk mencari rezeki.

KESAN:

Antara kesan fenomena ini adalah membawa masalah kesihatan kepada


Malaysia. Dengan kemasukan PATI ke dalam Malaysia, mereka juga membawa masuk
pelbagai penyakit yang bahaya contohnya HIV, Tuberkulosis, Hepatitis B, Malaria, Kusta
dan sebagainya. Penyakit tersebut akan berjangkit apabila rakyat bergaul atau bersentuh
dengan PATI. Keadaan akan menurunkan tahap kesihatan rakyat Malaysia.

Kemunculan PATI juga telah banyak membebankan kerajaan dalam aspek


kewangan. PATI telah menambahkan tanggungan kerajaan kerana perlunya menghantar
PATI pulang ke negara asal mereka. Contohnya, PATI dari Indonesia dihantar balik
melalui laut di Pasir Gudang, Johor. Manakala PATI dari Myammar, Bangladesh, Nepal,
Nigeria dihantar balik melalui kapal terbang di KLIA. Selain itu, kos juga dikeluarkan
untuk tujuan keperluan asas dan pusat tahanan kepada PATI yang ditahan dan menunggu
dihantar balik. Kos-kos tersebut adalah dibiayai dan menggunakan duit kerajaan.

Kemasukan PATI juga menbawa kesan peningkatan kes jenayah di Malaysia.


PATI telah menambah bilangan kes jenayah yang ada dalam Malaysia. Sebenarnya,
kemasukan PATI secara haram juga bersertai dengan dadah. Hal ini menyebabkan PATI
merupakan pengedar dadah yang terbesar di Malaysia. Di samping itu, PATI yang tiada
pekerjaan akan terpaksa melakukan kes jenayah seperti rompak, pecah rumah, ragut, curi
untuk menampung kos sara hidup mereka.
LANGKAH:

Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan


kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak
polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara
bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan
untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih
kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini akan
menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di
negara kita.

Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang


berhubung pekerja asing, terutamanya yang masuk tanpa izin. Pihak berkuasa
hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan
pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang
berat termasuk hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini harus
dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan
yang dilakukan.

Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang


terbabit amat penting untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak
kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang
kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama
bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif. Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu
dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal.

Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-


operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerja-pekerja tanpa izin.
Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan
dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasi-operasi seperti
ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita.
Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat
bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.

Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan


mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama
masyarakat, terutamanya pihak majikan. Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak
acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah
memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan
negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan
permit kerja yang sah sahaja.
PENUTUP

Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi


negara kita memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing
terutamanya pendatang tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan
memudaratkan kesejahteraan rakyat kita. Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah mengambil
initiatif untuk mengatasi masalah ini.

You might also like