You are on page 1of 1

Malaysia sebuah negara yang aman dan damai, namun tidak terlepas daripada menghadapi

ancaman jenayah yang perlu diatasi segera.Huraikan

Usaha untuk mengatasi ancaman jenayah di Malaysia

1.Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang

-semua agensi yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keharmonian negara telah
bekerjasama rapat bagi mencegah jenayah

-misalnya, polis, Jabatan Pertahanan Awam(JPA), Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia

-pemantauan dan rondaan berkala perlu diadakan pihak bertanggungjawab

2.Meningkatkan kesedaran awam melalui kempen

-kempen-kempen pencegahan jenayah hendaklah digiatkan dalam media massa untuk memberi
kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga keselamatan diri,
keluarga dan harta benda mereka

-media massa juga berperanan penting dalam menyemai kesedaran berwaspada terhadap kejadian
jenayah dan cuba untuk elakkan diri daripada pergi ke tempat berisiko tinggi terjadi jenayah

3.Kawalan jenayah merentasi sempadan

-kerajaan hendaklah bekerjasama dan menyelaraskan dengan organisasi antarabangsa dalam


membendung jenayah

-misalnya,kes-kes penipuan ,penyelewengan pemerdagangan manusia, penyeludupan dan


keganasan

-kerjasama yang erat dengan negara-negara luar dapat membendung kegiatan jenayah daripada
berleluasa

4.Penggunaan teknologi dalam membendung jenayah

-memasang kamera litar tertutup di kawasan yang sering menjadi sasaran jenayah

-mengaplikasikan teknologi dalam usaha mengesan dan menyiasat jenayah

-seperti alat pengesan cap jari

5.Menyemai budaya pencegahan jenayah dari peringkat sekolah

-Penubuhan kelab Pencegah Jenayah di peringkat sekolah

-pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam menanam nilai-nilai jati diri untuk
membentuk insan yang berhati mulia dan tidak berbuat jenayah pada masa akan datang

You might also like