You are on page 1of 3

Langkah-Langkah Mengurangkan Masalah/Kes Jenayah

Rujukan: http://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2013/09/langkah-langkah-
mengurangkan-masalahkes.html

Mutakhir ini, masalah-masalah jenayah yang berlaku di negara ini kian


menjadi-jadi “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Kes-kes jenayah
seperti gengsterisme, vandalisme, bunuh, rogol, ragut, pengedaran dadah,
rasuah, pelacuran dan sebagainya kerap menghiasi dada-dada akhbar,
majalah dan lain-lain. Sebenarnya, kes jenayah dapat dibahagikan kepada
enam kategori, jenayah berat yang melibatkan senjata, jenayah ringan
seperti gengsterisme dan vandalisme, jenayah narkotik yang melibatkan
kes pengedaran dan penyeludupan dadah, jenayah komersial seperti kes
maksiat, pelacuran dan perjudian, jenayah perdagangan yang merangkumi
isu rasuah dan korupsi serta jenayah kolar putih yang melibatkan jenayah
oleh golongan profesional. Pihak kerajaan telah bertungkus lumus
memerah otak untuk mencari mekanisme yang lebih efektif dalam
menangani masalah jenayah yang menular dalam kalangan masyarakat
hari ini, namun kes-kes jenayah dilaporkan semakin meningkat,
terutamanya jenayah berat seolah-olah dasar yang diambil kerajaan
seperti kurang berkesan. Justeru, langkah-langkah yang drastik perlu
diambil bagi mengelakkan masalah jenayah daripada berleluasa di negara
kita.

Pihak kerajaan merupakan tonggak utama dalam usaha membanteras


masalah jenayah yang kian meruncing ini. Bermula dari aspek pentadbiran,
pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada
dengan tegas. Selain itu, pindaan akta-akta yang sedia ada juga wajip
dilaksanakan berlandaskan kategori jenayah masing-masing. Bagi individu
yang terlibat dalam jenayah berat seperti membunuh, meragut, dan
terlibat dalam penggunaan senjata, harus dijatuhkan hukuman mati
mandatori atau penjara seumur hidup. Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
digubal oleh pihak kerajaan bagi memperuntuk hukuman mati mandatori
kepada pengedar dadah merupakan salah satu undang-undang yang berat
bagi meminimumkan jenayah narkotik di negara kita. Langkah
penguatkuasaan undang-undang dan penggubalan akta yang bakal
mengenakan hukuman setimpal terhadap pesalah narkotik akan
menyebabkan mereka takut untuk melakukan kesalahan jenayah dan hal
ini diyakini akan dapat menangani masalah jenayah di negara ini. Pendek
kata, penguatkuasaan undang-undang dan penggubalan akta yang baru
harus dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai cara terbaik untuk
mengurangkan masalah jenayah.

Sementelahan itu, Perdana Menteri yang menggalakkan pihak polis


meningkatkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan
berisiko tinggi juga merupakan cara efektif untuk mengawal kes jenayah
yang sering berlaku di Malaysia. Kes pembunuhan yang menimpa Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy, di
bangunan MIC merupakan penggerak utama kepada pelaksanaan
pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di negara kita. Mengikut ulasan
pihak polis, mangsa dipercayai ditembak di kening kiri dalam lift bangunan
MIC. Malangnya, suspek utama tidak dapat dikesan disebabkan ketiadaan
CCTV di tempat kejadian. Realitinya, terdapat banyak kes pembunuhan
yang melibatkan pembunuh-pembunuh upahan yang semakin berleluasa di
negara kita dan tidak dapat dikesan. Sekiranya dibandingkan dengan
negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, Australia, Singapura,
China dan lain-lain, sudah tentu kes yang tidak mempunyai “jalan keluar”
ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan patut
menempatkan CCTV di kawasan berisiko tinggi seperti bank, kawasan
perumahan, sekolah, taman permainan, dan banyak lagi. Hal ini demikian
supaya pihak polis dapat mengecam muka penjenayah, merakan semula
kejadian jenayah tersebu, serta membuat analisis secara terperinci yang
dapat membantu menyelesaikan kes jenayah sehingga tertangkapnya
penjenayah terbabit. Oleh itu, CCTV patut ditempatkan di kawasan berisiko
tinggi supaya masalah jenayah di negara kita dapat dikurangkan.

Tidak dapat disangkal bahawa pendidikan merupakan wahana penting


dalam usaha mencegah masalah jenayah yang berlaku di negara kita.
Selain langkah drastik, kerajaan turut menggunakan pendekatan
psikologisebagai alternatif dalam mengurangkan masalah jenayah,
khasnya dalam kalangan remaja. Walaupun pendorong kepada
peningkatan jenayah berat merupakan golongan dewasa seperti pembunuh
upahan dan seumpamanya, golongan remaja juga perlu disuntik dan
ditanam dengan ajaran moral dan pegengan akidah yang utuh untuk
memastikan agar mereka tidak cenderung ke arah melakukan jenayah, bak
kata pepatah, “melentur rebung biarlah dari rebungnya”. Penerapan nilai-
nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di
peringkat sekolah akan dapat mendedahkan para pelajar tentang norma
hidup masyarakat yang berkiblatkan kasih sayang dan perpaduan. Hal ini
secara implisitnya dapat menyemai nilai murni dan ajaran agama yang
kukuh dalam jiwa pelajar agar mengelakkan diri daripada terjebak dalam
kes jenayah. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan
sejak tahun 2004 oleh pihak kerajjan, yang berobjektifkan melahirkan
modal insan yang berintegriti juga merupakan langkah yang efisien dalam
memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan generasi
muda. Dengan adanya pendekatan psikologi ini, pelajar akan meletakkan
perpaduan dan keamanan negara sebagai keutamaan. Hal ini penting
dalam mengurangkan masalah jenayah dalam kalangan masyarakat.

Secara tuntasnya, masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi perlu


diatasi sebelum nasi menjadi bubur. Berleluasanya kes jenayah seperti
pembunuhan kejam adik Nurul Jazlin Jazimin, 8 tahun yang mati akibat
didera secara seksual dan fizikal serta kes kehilangan adik Sharlinie
Mohamad Nasyar hanya akan menggugat dan menjejaskan imej Malaysia
sebagai negara yang aman dan sejahtera. Justeru, rakyat perlu lebih
proaktif dan berganding bahu dengan pihak kerajaan bagi aur dengan
tebing bagi membanteras jenayah di negara kita.

You might also like