You are on page 1of 2

PENYELUDUPAN

Jenayah penyeludupan merupakan salah satu permasalahan antara negara-


negara yang berjiran dan bersempadan. Keadaan sempadan Malaysia yang
bersesuaian dengan aktiviti haram ini telah mendorong kepada pertambahan
aktiviti tersebut menyebabkan,kerajaan terpaksa berdepan dengan pelbagai
cabaran dalam membendung masalah penyeludupan.
Antara punca aktiviti penyeludupan ini ialah, jarak sempadan Malaysia dan
negara jiran yang terlalu dekat. Hal ini membolehkan kerja-kerja penyeludupan
dapat dilakukan dengan mudah seperti ,lebih cepat dihantar tanpa perlu
membayar cukai serta melalui imigresen. kegiatan ini akan berleluasa sekiranya
mereka tidak ditangkap oleh pihak penguatkuasa.Contoh sempadan yang paling
berdekatan dengan Malaysia ialah Thailand di mana,kedua-dua negara
dipisahkan dengan sebatang sungai yang hanya beberapa meter sahaja dari
Malaysia.
Punca yang seterusnya, Malaysia dipenuhi hutan yang tebal. Hutan yang
tebal ini akan membantu mereka mendirikan tempat persembunyian di dalam
hutan. Ada juga yang membina rumah bertujuan menyimpan barang-barang
yang diseludup. Sehubungan dengan itu, berlaku aktiviti penyamaran sebagai
penduduk tempatan bagi memudahkan urusan penghantaran barang yang
diseludup.
Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan pula ialah modus operandi penyeludup
yang sentiasa berubah-ubah. Mereka mempunyai banyak rancangan
sehinggakan pihak penguatkuasa tidak terfikir mereka akan melakukan
rancangan tersebut.kesannya, mereka tidak akan dapat ditangkap sama sekali
kerana kelicikan serta ketangkasan mereka dalam mengubah sesuatu
rancangan.
Kecanggihan teknologi si penyeludup merupakan cabaran yang paling
mencabar bagi kerajaan. Hal ini demikian kerana, mereka mempunyai teknologi
yang lebih canggih daripada pihak penguatkuasa menyebabkan mereka sentiasa
peka terhadap kehadiran musuh. Kecanggihan teknologi ini menyebabkan pihak
penguatkuasa sering gagal dalam usaha menjejak penyeludup. Disebabkan itu,
pihak penguatkuasa perlu sentiasa memajukan diri mereka supaya operasi
dalam pemburuan penyeludup berjaya.
Selain itu, cabaran kerajaan juga berkaitan dengan sikap masyarakat sendiri
yang tidak peka dengan keadaan semasa. Masyarakat seperti inilah yang banyak
membantu meningkatkan bilangan aktiviti penyeludupan.Ada juga masyarkat
yang mementingkan diri sendiri dengan membantu penyeludup supaya berdiam
diri dan mengedarkan barang yang diseludup. Apabila mereka bekerjasama,
maka barang seludup itu akan sukar dikesan kerana disembunyikan dengan
baik.
Kesimpulannya, aktiviti penyeludupan telah membawa kerugian yang besar
kepada negara Malaysia kerana barang yang dibawa masuk tidak dikenakan
cukai dan meningkatkan kegiatan jenayah di Malaysia. Jadi kerajaan dan rakyat
perlu bekerjasama untuk membanteras aktiviti penyeludupan.

You might also like