You are on page 1of 3

Ekonomi Malaysia berkembang pesat seiring dengan zaman yang

moden. Banyak projek pembangunan untuk kegunaan rakyat Malaysia


yang berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan masalah. Dalam hal ini,
banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia untuk
membangunkan projek-projek mega tersebut. Tetapi, mereka menolak
kerana gaji yang ditawarkan tidak bernilai tingi dan hanya cukup-cukup
makan. Oleh kerana kekurangan tenaga pekerja, terpaksalah majikan-
majikan mengambil pekerja asing dan sesetengah daripada mereka
mengambil pekerja Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) menyebabkan
timbulnya pelbagai masalah di Malaysia.
Antara kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia ialah
peningkatan kes jenayah yang dilakukan oleh golongan tersebut. Hal ini
demikian kerana, pendatang asing bukanlah semuanya golongan yang
datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan tetapi, untuk melindungi diri
daripada diburu oleh negara asal mereka kerana telah membuat jenayah.
Oleh itu, apabila mereka datang ke Malaysia, mereka turut melakukan
jenayah yang sama seperti di negara mereka dahulu. Contohnya,
merogol,merompak,menjual organ manusia dan membunuh.Mereka
inilah yang akan menyebabkan penduduk di sebuah kawasan perumahan
akan berasa ketakutan dan keselamatan mereka tidak terjamin
terutamanya, golongan wanita dan anak kecil. Jelaslah kesan kemasukan
pendatang asing ini memberikan kesan yang buruk kepada Malaysia.

Seterusnya, isu penyebaran penyakit berbahaya dari negara asal mereka


turut merupakan kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke
Malaysia. Disebabkan mereka masuk secara haram, mereka tidak
melakukan saringan kesihatan terlebih dahulu dan menyebabkan penyakit
tersebut akan merebak kepada orang lain. Misalnya, penyakit berjangkit
yang berbahaya seperti selesema burung. Ada juga di antara mereka yang
ingin masuk ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan selanjutnya kerana
negara mereka tidak mampu mengendalikan penyakit tersebut. Malah,
negara mereka juga tidak maju serta kurang pendidikan. Akhirnya rakyat
Malaysia yang terpaksa menanggung kesakitan akibat daripada
penyebaran penyakit tersebut. Terang lagi bersuluh penyakit berbahaya
ini akan berleluasa sekiranya golongan ini terus menerus membanjiri
Malaysia.
Selain itu, kemasukan pendatang asing tanpa izin ini turut membawa
masalah kewujudan petempatan haram di Malaysia. Ini berlaku apabila
terlalu ramai bilangan golongan ini menyebabkan mereka mendirikan
rumah secara haram. Kawasan petempatan haram ini bukan sahaja
menyusahkan kerajaan untuk menghalau mereka malah, mereka sendiri
juga mempunyai masalah berkaitan dengan elektrik dan air. Disebabkan
itu, ada di antara mereka yang membina petempatan di dalam hutan dan
berdekatan dengan sungai. Perkara ini akan menjadikan mereka pesalah
kerana menceroboh kawasan yang menjadi hak negara. Natijahnya di sini,
kemasukan pendatang asing mendatangkan maslah petempatan di negara
kita.

Pihak kerajaan perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah


kemasukan pendatang asing tanpa izin. Antara peranan kerajaan ialah,
meningkatkan kawalan sempadan negara dengan mengadakan selalu
operasi pengesanan pendatang asing ini. Contohnya mengetatkan
kawalan sempadan antara Pantai Timur Sabah dan Selatan Filipina. Di
samping itu,kerajaan juga boleh mendedahkan tentang siapa sebenarnya
golongan ini misalnya, melalui pendidikan kepada genersi muda. Selain
itu, kerajaan perlu mengadakan kerjasama dengsn negara lain. Kerjasama
ini dapat dilakukan dengan membanteras kemasukan mereka secara
haram.sekatan dan kawalan ketat di pintu masuk Malysia dan negara
mereka dapat mengurangkan kemasukan pendatang asing ke Malaysia
secara berleluasa.Tegasnya peranan kerajaan adalah salah satu cara yang
efektif bagi menghalang kemasukan pendatang asing.

Akhir sekali masyarakt juga harus berperanan dalam membendung


masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Masyarakat boleh
melaporkan kehadiran pendatang asing kepada pihak berkuasa secepat
mungkin sekiranya terdapat majikan yang menggaji mereka. Contohnya,
terdapat majikan yang berada di kawasan pedalaman mengambil mereka
kerana kosnya yang rendah seperti tidak perlu menggunakan kapal
terbang dan membuat passport serta jauh dari pemantauan pihak
berkuasa. Jelaslah, rakyat Malaysia harus peka terhadap isu-isu semasa
supaya dapat membantu kerajaan dan negara Malaysia untuk menghalang
pendatang asing tanpa izin ini menjadi rakyat Malaysia secara haram.
Kesimpulannya, negara kita amat bergantung kepada tenaga pekerja
asing disebabkan sikap mereka yang tidak memilih dan rajin bekerja.
Pendatang asing inilah banyak membangunkan bangunan-bangunan yang
terdapat di Malaysia.Namun, kehadiran mereka juga telah banyak
menimbulkan masalah kepada negara kita terutamanya pendatang asing
tanpa izin ini. Jadi, pelbagai pihak harus bekerjasama dan menangani
masalah ini dengan lebih serius.

You might also like