You are on page 1of 39

BAB 12:

TADBIR URUS DAN


JABATAN PERDANA MENTERI

PENGAJIAN AM
Penggal 1
PRA-U SMK Tamparuli
Pn. Faridah Brani Efendie

1
BAB 12: TADBIR URUS DAN JABATAN PERDANA MENTERI

TADBIR URUS NEGARA

12.1 TAKRIF TADBIR URUS NEGARA


Tadbir urus negara melibatkan tiga aspek yang berikut:
1. Tatacara menteri, Ketua Setiausaha, ketua jabatan, ketua
eksekutif dan pegawai pada semua peringkat pengurusan kerajaan
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara telus,
berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan
keputusan dan penyampaian hasil.
2. Mekanisme atau struktur jabatan kerajaan, termasuk budaya,
dasar dan strategi serta tatacara jabatan awam berurusan
dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.
3. Proses sesebuah agensi awam diarahkan, dikawal dan
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti
yang telah ditetapkan.
2
12.2 OBJEKTIF TADBIR URUS NEGARA

1. Terdapat dua objektif yang berikut:


a. menyemaikan dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap
keupayaan kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah
dimandatkan
b. mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan
awam.

2. Tadbir urus baik, menekankan dua aspek yang berikut:


c. Prestasi - Pengurusan pencapaian adalah kritikal untuk menyampaikan
perkhidmatan secara cekap dan berkesan seperti yang diharapkan oleh
pihak yang berkepentingan serta memastikan pengurangan
pembaziran sumber dan dana.
d. Pematuhan - Setiap agensi mematuhi undang-undang, peraturan,
piawaian yang diguna pakai, dan harapan masyarakat terhadap
amalan kejujuran, akauntabiliti dan integriti serta kewajiban
perkongsian maklumat secara telus.
3
12.3 CIRI-CIRI TADBIR URUS BAIK NEGARA INTEGRITI (4)

1. Integriti

1. Integriti berdasarkan kejujuran dan objektiviti,


tahap tatasusila yang tinggi, dan penuh
tanggungjawab dalam pengawasan dana dan
sumber awam serta pengurusan hal ehwal agensi.
2. Amalan integriti bergantung pada keberkesanan
pelaksanaan Perintah Am Perkhidmatan Awam
dan juga kepada etika peribadi dan profesional
pegawai awam.
3. Integriti turut dipaparkan dalam prosedur sesebuah
agensi membuat keputusan.
4
2. Akauntabiliti

1. Akauntabiliti melibatkan kewajiban untuk memberikan jawapan


dan penjelasan tentang sesuatu tindakan dan prestasi kepada
sesiapa yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan.
2. Akauntabiliti ialah proses sesebuah agensi bertanggungjawab
terhadap semua keputusan yang dibuatnya dan tindakan yang
diambilnya.
3. Pegawai pengurusan berkenaan tertakluk kepada pemeriksaan
luar yang wajar.
4. Semua pihak perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang
tanggungjawab ini.
5. Ketua agensi hendaklah memastikan tanggungjawab ini
diamanahkan kepada semua pegawai dengan memperjelas
peranan masing-masing supaya dapat dilaksanakan dengan
berkesan.

5
3. Pengamanahan dan Pengawasan

1. Pengamanahan dan pengawasan melibatkan


pelaksanaan kuasa pegawai awam yang diamanahkan
oleh kerajaan.
2. Pegawai kerajaan pemegang amanah dan pengawas
terhadap penggunaan kuasa dan sumber yang
dipertanggungjawabkan.
3. Tanggungjawab ini merangkum
a. kecekapan pengurusan kewangan
b. pengurusan sumber secara ekonomis
4. Sektor awam hendaklah sentiasa mengekalkan dan
meningkatkan kemampuannya untuk memenuhi
kehendak kerajaan dan kepentingan awam.
6
4. Ketelusan

1. Ketelusan ialah keperluan untuk memberikan


keyakinan kepada orang awam terhadap proses
pengambilan keputusan dan tindakan pegawai
awam yang telah diamanahkan.
2. Hubungan yang erat dan perkongsian maklumat
yang lengkap, tepat dan jelas dengan pihak yang
berkepentingan akan memastikan tindakan yang
diambil itu adalah berkesan dan menepati waktu, di
samping membolehkan pegawai awam menangani
sebarang penilaian awam.

7
12.4 KEPENTINGAN TADBIR URUS BAIK (2)

Untuk Menghadapi Globalisasi


1. Perkhidmatan awam perlu memberikan kepimpinan
dan bertindak sebagai pemangkin kepada sektor
swasta ke arah globalisasi.
2. Program latihan dalam perkhidmatan
menekankan aspek segi bahasa, (tempatan/bahasa
asing, pengurusan rentas budaya, perundangan,
perundingan, dan ekonomi.
3. Pendedahan selok-belok perjalanan sektor swasta
supaya lebih peka terhadap suasana perniagaan
serta masalah dan kehendak pelanggan mereka.
8
5. Mewujudkan agensi barisan hadapan sebagai
pendokong pembangunan negara.
6. Agensi barisan hadapan ini bertanggungjawab untuk
menyediakan kepimpinan untuk membolehkan
sektor swasta menembusi pasaran global.

7. Strategi :
a. menentukan dasar-dasar kewangan dan fiskal
b. galakan pelaburan
c. perhubungan antarabangsa
d. mencari peluang-peluang untuk syarikat-
syarikat tempatan membuat pelaburan dan
meningkatkan perdagangan di luar negara.
9
Untuk Mempertingkatkan Daya Saing Negara

1. Daya saing negara bergantung pada


keberkesanan pemimpin dan pengurus sektor
awam.
2. Tadbir urus baik sebagai jaminan kemampuan
berhadapan dengan persaingan ekonomi global
3. Bersedia bertindak balas dan menyesuaikan diri
dengan perubahan pesat senario politik dunia.
4. Strategi : Kesedaran dan komitmen peringkat
tertinggi dalam susun lapis pengurusan negara.

10
12.5 CABARAN DALAM MELAKSANAKAN
TADBIR URUS BAIK (4)

Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam


1. Pihak berkepentingan berurusan lebih mudah dan cekap dengan
kerajaan
2. Sebagai pemudah cara.
3. Sistem perkhidmatan yang cekap, cepat, dan tepat agar kos
operasi menjadi lebih rendah dan lebih kompetitif.
4. Kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik
pengurangan kerenah birokrasi
a. mengurangkan langkah-langkah,
b. memudahkan prosedur,
c. mengurangkan penggunaan borang,
d. penurunan atau perwakilan kuasa,
e. meringkaskan peraturan, dan
f. menyediakan perkhidmatan dalam talian.
11
Integriti

1. Integriti ialah kejujuran dan objektiviti, tahap


tatasusila yang tinggi, dan penuh tanggungjawab
dalam pengawasan dana dan sumber awam serta
pengurusan hal ehwal agensi.

2. Sistem penyampaian perkhidmatan awam


dilaksanakan dengan penuh integriti dan bebas
daripada rasuah dan korupsi.

3. Strategi: kakitangan perkhidmatan awam


mengamalkan nilai-nilai integriti yang tinggi.
12
Pembangunan Modal Insan
1. Banyak usaha kerajaan untuk meningkatkan
kecekapan, ketelusan, dan keberkesanan agensi
kerajaan. Orang ramai dan komuniti perniagaan
masih membuat rungutan dan aduan tentang
kualiti perkhidmatan.
2. Punca: Pekerja sebagai modal insan belum berjaya
menjadi penggerak utama kepada peningkatan
sistem penyampaian perkhidmatan awam.
3. Strategi:
a. Latihan untuk meningkatkan kemahiran,
b. pembentukan tingkah laku positif terhadap kerja,
c. penerapan nilai murni dimantapkan.

13
Pengaruh Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

1. Dalam era TMK, kebanyakan perkhidmatan awam dapat


disampaikan atau diperoleh secara elektronik.
2. Mewujudkan perkhidmatan tanpa kertas
3. Perubahan dan persekitaran kerja akan menjadi lebih
mencabar.
4. Implikasi: tekanan kepada agensi kerajaan untuk
memenuhi permintaan orang ramai dan komuniti
perniagaan yang mahukan mutu perkhidmatan lebih baik,
cekap, dan cepat.
5. Strategi:
a. Menjalankan tugas dengan cepat dan tepat
b. Kaedah yang terkini
c. Tingkatkan pengetahuan/kemahiran supaya dapat
memberikan perkhidmatan terbaik dan efisien
14
JABATAN PERDANA MENTERI
12.6 JABATAN PERDANA MENTERI DI PUTRAJAYA

Carta Organisasi

Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri

Timbalan-timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Ketua Setiausaha Negara

Unit-unit Agensi-agensi Pusat

15
1.Jabatan Perdana Menteri
 paling penting antara semua kementerian dalam pentadbiran

awam Kerajaan Persekutuan.


 memastikan tadbir urus negara dijalankan dengan baik melalui

agensi-agensi pusat dan agensi serta jabatan dalam setiap


kementerian.

2. Fungsi-fungsi Jabatan PM adalah :


a. merancang, merumuskan, dan menyelaraskan segala dasar
negara
b. menentukan pelaksanaan dasar negara oleh kementerian lain
adalah cekap dan berkesan
c. mengurus Majlis Perancangan Negara, Majlis Tindakan
Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Penasihat
Ekonomi Negara, dan Majlis Khidmat Negara.
16
12.7 AGENSI-AGENSI PUSAT

1. Membantu pelaksanaan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan,


dan agensi kerajaan.
2. Tugas utama agensi-agensi pusat adalah membantu, menyelaraskan, dan
mengawal kementerian dan jabatan.
3. Pakar perunding dan pakar penyelidik menjalankan bidang tugas
masing-masing dalam agensi-agensi pusat.

4. Agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri:


a. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
b. Unit Perancang Ekonomi (EPU)
c. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
d. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
e. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
f. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
5. Agensi pusat yang lain, Perbendaharaan Malaysia, terletak di bawah
Kementerian Kewangan.
17
12.8 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

1. JPA: merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan


dengan perkhidmatan awam.
2. Fungsi-fungsi JPA adalah seperti yang berikut:
a. menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja
kakitangan kerajaan
b. mewujudkan kekosongan jawatan kakitangan awam Persekutuan
c. menggubal skim gaji kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri
d. membincangkan kenaikan gaji, elaun, dan pencen kakitangan
kerajaan
e. berbincang dengan bahagian Perbendaharaan Malaysia tentang
penambahan kakitangan kerajaan, kenaikan gaji, bonus, dan
insentif
f. mengelolakan dan mentadbirkan INTAN
g. menyediakan kemudahan biasiswa dan hadiah latihan untuk
kakitangan kerajaan melalui INTAN
h. memutuskan pertukaran dan penghantaran kakitangan kerajaan
ke tempat atau jawatan yang sesuai
18
12.9 UNIT PERANCANG EKONOMI (EPU)

Fungsi-fungsi EPU
a. mengkaji kesan-kesan dasar kerajaan dan program-program pembangunan negara
terhadap rakyat
b. mengkaji dan mendapatkan maklumat dan data untuk membolehkan kerajaan
merangka program baharu
c. menjalankan penyelidikan tentang pembangunan pertanian, pembangunan luar bandar,
kemajuan perindustrian, dan kesan-kesan pembandaran terhadap sosioekonomi negara
d. membantu kerajaan merancang ekonomi negara
e. menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara, Jawatankuasa Perancang
Pembangunan Negara, dan Jawatankuasa Pelaburan Antarabangsa
f. membantu perancangan Rancangan Lima Tahun untuk Kabinet
g. mengkaji kejayaan yang telah dicapai sewaktu Rancangan-Rancangan Lima Tahun
dilaksanakan
h. menyelaraskan dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan projek- projek
ekonomi yang telah diluluskan
i. menasihati kerajaan tentang isu-isu ekonomi negara dan antarabangsa
j. menjadi urus setia kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian
Technical Cooperation Programme - MTCP) untuk negara-negara sedang membangun
19
12.10 UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU)

Fungsi-fungsi ICU
a. memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan oleh
kerajaan; misalnya Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi
Kerajaan (GTP)
b. menyelaraskan usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
sewaktu melaksanakan program-program pembangunan
c. menjadi urus setia kepada Majlis Tindakan Negara
d. mengawasi agensi-agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM,
dan MISC supaya kegiatannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional
e. membantu kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang
perdagangan dan perindustrian

f. Melaksanakan tugas-tugas khas seperti:


i. pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
ii. membasmi kemiskinan relatif
iii. menyusun semula masyarakat dengan meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan
bumiputera

20
12.11 UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA (UKAS)

Fungsi-fungsi UKAS
a. menggubal dasar dan strategi kerjasama awam-swasta
(PPP)
b. merancang, melaksanakan, menyelaraskan, memantau,
dan menilai inisiatif PPP dan pembangunan koridor serta
menguruskan peruntukan pembangunan koridor dan Dana
Fasilitasi PPP
c. meneliti dan menilai cadangan teknikal dan kewangan
projek-projek PPP dengan bantuan agensi teknikal
d. menyediakan dan menambahbaikkan garis panduan serta
mengemaskinikan prosedur PPP
e. memberikan khidmat nasihat kepada agensi kerajaan dan
pihak awam serta mempromosikan program PPP
21
12.12 UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN
PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
(MAMPU)

Fungsi-fungsi MAMPU
 memperkenalkan dan mempromosikan program pembaharuan

seperti Program Kualiti dan Produktiviti dan Program


Pembangunan MS ISO 9000 bagi jentera pentadbiran awam

 merancang, menggubal, menyelaraskan, dan menilai pelaksanaan


pembangunan ICT perkhidmatan awam

 memberikan khidmat nasihat bagi memantapkan struktur, sistem,


prosedur kerja jabatan kerajaan untuk memperkukuh sistem
penyampaian perkhidmatan awam

 memantau keberkesanan pelaksanaan langkah penambahbaikan


perkhidmatan awam
22
12.13 UNIT PENGURUSAN PRESTASI DAN
PELAKSANAAN (PEMANDU)

1. Ditubuhkan pada 16 September 2009.

2. Objektif utama PEMANDU:


a. Menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan,
memudahcarakan serta menyokong penyampaian
Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program
Transformasi Ekonomi (ETP)

b. Memacu kemajuan GTP dan ETP

c. Menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua


menteri
23
3. Fungsi PEMANDU:
a. Pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor
awam dan swasta
b. Menyokong kementerian dalam proses
perancangan penyampaian
c. Menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan
prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan
menteri-menteri
d. Memudahcarakan pelaksanaan Projek Permulaan
(EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) untuk
memastikan Malaysia menjadi negara
berpendapatan tinggi pada tahun 2020
24
12.14 PERBENDAHARAAN MALAYSIA
1. Berfungsi seperti Jabatan Kewangan Negeri di peringkat negeri.
2. Terletak di bawah Kementerian Kewangan.

3. Fungsi-fungsi Perbendaharaan Malaysia :


a. merancang dasar-dasar kewangan negara
b. melaksanakan bajet Kerajaan Persekutuan
c. mengumpulkan wang kerajaan melalui hasil cukai
d. mengurus pinjaman Kerajaan Persekutuan dengan memperoleh dana daripada dalam
negara dan luar negara

e. meluluskan pengeluaran peruntukan:


i. bonus kakitangan kerajaan
ii. pembelian barang-barang dan harta Kerajaan Persekutuan
iii. pinjaman perumahan dan kenderaan untuk kakitangan kerajaan

f. menganalisis kedudukan ekonomi negara untuk tujuan perancangan


g. mengatur dan menyelia industri insurans di Malaysia
h. mengagihkan sumber-sumber kewangan dengan cekap kepada agensi-agensi
kerajaan
25
12.15 BEBERAPA JABATAN, AGENSI, DAN
PERBADANAN AWAM DI BAWAH
JABATAN PERDANA MENTERI

Jabatan Peguam Negara


1. Diketuai oleh Peguam Negara.
2. Terdiri daripada Peguam Cara Negara, Penolong Kanan Pendakwa Raya,
Penasihat Undang-undang, dan sebagainya.
3. Berfungsi seperti Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri di peringkat negeri.

4. Fungsi Jabatan Peguam Negara :


a. Khidmat nasihat (undang-undang antarabangsa dan undang-undang syariah
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)
b. menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
tentang apa-apa masalah perundangan yang timbul
c. menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan
d. memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah
e. mewakili Kerajaan Persekutuan dalam semua kes sivil terhadap Kerajaan
Persekutuan
f. menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat
kajian pembaharuan undang-undang
26
Jabatan Audit Negara
1. Wujudnya akauntabiliti dalam pentadbiran dan
pengurusan wang awam melalui pengauditan akaun
dan aktiviti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri,
Badan-badan Berkanun, Kerajaan Tempatan, dan
Majlis Agama Islam.
2. Diketuai oleh Ketua Audit Negara dan terdiri daripada
pegawai perkhidmatan awam.
3. Menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dalam
menjalankan mandat audit.
4. Melaporkan penemuan audit berhubung dengan
akaun dan penilaian program serta aktiviti Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri kepada Yang di-
Pertuan Agong, raja, atau Yang di-Pertua Negeri.
27
Jabatan Perangkaan Malaysia

1. Fungsi utama: memungut, mentafsirkan, dan


menyebarkan perangkaan bagi tujuan
pembentukan dasar perancangan pembangunan
dan pentadbiran negara.
2. Menjalankan pelbagai penyiasatan sampel dan
banci.
3. Telah menjalankan banci penduduk dan perumahan
pada tahun 1970, 1980, 1991, 2000, dan 2010.
4. Peranan menjadi semakin penting akibat
daripada permintaan dan harapan pengguna
yang kian bertambah.
28
Institut Integriti Malaysia (IIM)

1. Merupakan badan autonomi yang didaftarkan di


bawah Akta Syarikat.
2. Ditubuhkan bagi melengkapkan usaha-usaha
pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN).
3. Visi IIM ialah membentuk masyarakat Malaysia
yang beretika dan berintegriti
4. Sebagai jentera pelaksana Pelan Integriti
Nasional (PIN) ke arah membangunkan bangsa
Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan, dan
menghayati nilai-nilai murni sejagat.

29
1. Antara fungsi IIM:

a. mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan


masyarakat
b. menganjurkan persidangan, seminar, dan forum
c. menghimpunkan pendapat pelbagai sektor tentang kemajuan atau
halangan kepada pelaksanaan integriti
d. menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak
e. menggubal dan melaksanakan program-program latihan dan
pendidikan
f. mengemukakan perakuan-perakuan dasar bagi peningkatan integriti
dan etika
g. membangunkan pangkalan data tentang integriti dan etika
h. Khidmat nasihat kepada kerajaan tentang program-program dan
strategi-strategi bagi meningkatkan integriti
i. mewujudkan jaringan dengan organisasi-organisasi antarabangsa
bagi membolehkan peranan dan sumbangan IIM diiktiraf pada
peringkat antarabangsa
30
Jabatan Bantuan Guaman

1. Badan kerajaan yang memberikan bantuan perundangan


dari segi nasihat dan juga bantuan guaman kepada yang
tidak mampu untuk melantik peguam swasta bagi mewakili
mereka di mahkamah.
2. Bidang kuasa:
a. kes-kes kekeluargaan syariah
b. kes-kes kekeluargaan sivil
c. kes-kes sivil (pampasan pekerja, harta pusaka kecil,
pinjaman wang, sewa-menyewa, pengambilan anak
angkat, dan tuntutan pengguna)
d. kes-kes jenayah (pengakuan salah jenayah, jenayah kanak-
kanak, dan kesalahan kecil jenayah)
e. nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang
31
Biro Pengaduan Awam

1. Kemudahan kepada orang ramai yang tidak puas


hati dengan sebarang salah tadbir dalam jentera
pentadbiran awam untuk mengadu.
2. Bekerjasama dengan ketua-ketua jabatan dalam
menangani aduan orang ramai.
3. Menyiasat aduan yang diterima dan mengemukakan
hasil siasatan serta perakuan kepada Jawatankuasa
Tetap Pengaduan Awam (JKTPA)
4. Biro ini mengemukakan laporan suku tahun tentang
penerimaan aduan dan kedudukan tindakan
pentadbiran yang telah diambil terhadap aduan kepada
ketua jabatan yang berkenaan.
32
5. Antara aduan yang diterima oleh BPA:

a. kelewatan menjalankan urusan atau tiada


tindakan
b. tindakan yang tidak adil
c. kekurangan kemudahan awam
d. kepincangan pelaksanaan dasar dan
kelemahan undang-undang
e. penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan
f. salah laku kakitangan awam
g. kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan
h. kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan
i. kegagalan penguatkuasaan

33
Aduan-aduan yang tidak boleh diterima oleh BPA:

 kes-kes yang difailkan dengan mahkamah


 kes-kes di bawah bidang kuasa Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia
 kes-kes yang tidak spesifik seperti ketiadaan tarikh,
tempat, dan masa kejadian
 aduan peribadi seperti pergaduhan dan tuntutan
hutang
 aduan tentang salah laku dalam sektor swasta
 perkara-perkara yang berlaku melebihi tempoh
enam tahun

34
Lembaga Tabung Haji
1. Tujuan-tujuan ditubuhkan:
a. orang Islam menyimpan secara beransur-ansur untuk
menunaikan fardu haji atau perbelanjaan lain yang bermanfaat
b. penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam
c. memberikan perlindungan, pengawalan, dan kebajikan
kepada jemaah haji yang menunaikan fardu haji dengan
mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan

2. dua matlamat utama Lembaga Tabung Haji:


d. memberikan perkhidmatan yang baik, sempurna, dan amat
memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan
menunaikan fardu haji
e. memberikan keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-
pendeposit atas wang simpanan mereka
35
4. Lembaga Tabung Haji menceburi
bidang pelaburan dan perniagaan
untuk memberikan keuntungan yang
maksimum kepada pendepositnya.

5. Lembaga Tabung Haji menubuhkan


anak-anak syarikat untuk menceburi
sektor-sektor perladangan, pembinaan,
pembangunan hartanah, dan
perkhidmatan.
36
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

1. Badan berkanun. Diletakkan di bawah pengurusan


Perdana Menteri.

2. Matlamat FELDA :
a. membuka rancangan tanah untuk penanaman getah,
kelapa sawit, koko, dan tebu
b. menyediakan rumah dan kemudahan asas bagi para
peneroka rancangan FELDA
c. menyediakan kemudahan untuk memproses getah
dan kelapa sawit
d. menyediakan khidmat nasihat dan latihan untuk
membaiki pengurusan tanah
37
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Antara fungsi JPNIN:


a. membantu kerajaan meningkatkan kesedaran komuniti tentang
perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti
penggalakan dan pengukuhan
b. mewujudkan dan menyelaraskan aktiviti perhubungan kaum
(skim Rukun Tetangga)
c. membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk
peribadi dan perwatakan yang sempurna demi perpaduan dan
integrasi nasional
d. membantu dan mengukuhkan perpaduan serta integrasi nasional
e. menyediakan khidmat sokongan dalam aspek pengurusan
kewangan dan sumber manusia serta pentadbiran am
f. menggalakkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional
g. membantu kerajaan mencegah konflik antara/sesama kaum dan
masyarakat
38
SAMBUNGAN…

BAB 13:
KEMENTERIAN DAN
JABATAN KEMENTERIAN

SEKIAN, TERIMA KASIH

39

You might also like