You are on page 1of 3

Jawapan Latihan 02112020

Bil Soalan ( Bentuk Kata kunci ) Kehendak soalan


1. Sains dan teknologi telah menyerap masuk dalam semua aspek 2+3 / 3+2
kehidupan manusia. Bincangkan kesan penggunaan sains dan Kesan positif
teknologi dalam aspek kehidupan harian manusia. Kesan negatif
2. Penyalahgunaan dadah yang kian berleluasa boleh 2+3 / 3+2
mendatangkan kesan yang amat membimbangkan.Namun, Kesan negatif
terdapat banyak kekangan dalam mengawal gejala ini. Jelaskan. Kekangan
3. Penerokaan angkasa lepas merupakan pencapaian hebat dalam 5+0
bidang sains dan teknologi serta memberi banyak manfaat Manfaat
kepada negara. Huraikan.
4. Selain daripada aspek pemisahan fizikal, terdapat faktor-faktor 1+4
lain yang menghalang pengintegrasian dan perpaduan kaum di Halangan
negara ini. Ulaskan penyataan tersebut.
5. Kes buli dalam kalangan murid di sekolah semakin meningkat 2+3 / 3+2
dan keadaan ini amat membimbangkan banyak pihak. Oleh itu, Punca
pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi membendung masalah Usaha
ini. Bincangkan.
6. Tahap teknologi rendah menyebabkan penularan pelbagai 1+4
penyakit berbahaya. Namun begitu, masih terdapat punca lain Punca
yang menyebabkan perkara ini berlaku. Jelaskan.
7. Urusan membeli belah melalui internet dan mel elektronik seperti 5+0
Lazada, Shoppe dan Go Shop banyak membantu orang ramai. Kelebihan
Terangkan.
8. Perdagangan tanpa sempadan banyak memberi faedah kepada 2+3 / 3+2
rakyat dan negara. Walau bagaimanapun, Industri Kecil dan Faedah
Sederhana (IKS) perlu bersedia menghadapi cabaran yang Cabaran
kompetitif ini. Jelaskan.
9. Setiap kali adanya pilihan raya kecil di sesebuah kawasan, 2+3 / 3+2
pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan kawasan tersebut. Kepentingan
Jelaskan kepentingan mengadakan pilihan raya kecil dan Masalah
masalah yang wujud.
10. Demonstrasi bukanlah satu-satunya cara untuk menyuarakan 1+4
ketidakpuasan dan pandangan rakyat kepada pihak berkuasa. Cara
Huraikan.
11. Salah satu faktor yang menjadikan Malaysia terkenal di persada 1+4
dunia ialah faktor kepimpinan yang bijak dan berwibawa Faktor
disamping aspek-aspek lain. Jelaskan.
12. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk 2+3 / 3+2
merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah Usaha
alam sekitar.Bincangkan.
13. Kerajaan merupakan sebuah badan atau institusi yang 5+0
mempunyai kuasa dan hak yang sah dalam sesebuah negara. Tanggungjawab
Olehitu,kerajaanmempunyaipelbagaitanggungjawabyangperlu
dilaksanakan dalam negara ini. Jelaskan.
Jawapan Latihan 02112020

SKEMA JAWAPAN MENGARANG PENDAHULUAN YANG BAIK (LATIHAN)


Soalan 1
Rakyat yang bersatu padu dapat mempercepatkan pembangunan
sesebuah negara. Pelbagai langkah telah dijalankan untuk mewujudkan
rakyat yang bersatu padu. Bincangkan.

Pendahuluan:

Perpaduan memainkan peranan penting dalam proses


mempercepatkan pembangunan negara. Perpaduan bukan sahaja dapat
menstabilkan negara bahkan turut menyumbang kepada keharmonian
dan kemakmuran. Kerajaan perlu menggunakan strategi yang betul
supaya kita dapat menikmati perpaduan ini secaraberpanjangan.

Contoh 2
Perusahaan kraftangan tekstil seperti songket dan batik dapat membantu
pembangunan
negara.Olehitu,kerajaandanpihakswastaseharusnyamembantuperusahaan
iniuntukterus berkembang di dalam dan luar negara.Bincangkan.

Pendahuluan:

Perusahaan kraftangan semakin mendapat perhatian yng meluas di


negara kita. Semua pihak mula sedar akan kepentingan industri
kraftangan ini. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan
penting dalam memajukan sektor kraftangan yang menjadi arisan
kebanggaan negara.

Contoh 3
Kenaikan harga minyak mendorong kepada peningkatan harga barangan
dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun kenaikan ini harus dibendung
bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan daripada kenaikan
harga bahan api. Jelaskan pernyataan ini.

Pendahuluan:
Kenaikan harga petroleum menjadi isu hangat yang dibincangkan sejak
akhir-akhir ini. Malahan kenaikan ini telah dikaitkan sebagai faktor
kepada kenaikan harga barang. Kerajaan perlu memikirkan langkah
yang sesuai untuk membendung kenaikan harga barangan keperluan.
Jawapan Latihan 02112020

Contoh 4
Walaupun beberapa usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
menangani kegiatan vendalisme, namun masih berlaku peningkatan kes
setiap tahun yang melibatkan harta awam dan orang ramai. Bincangkan
pernyataan di atas.

Pendahuluan:
Masalah sosial remaja hari ini semakin membimbangkan apatah lagi ia turut
dikaitkan dengan kegiatan tidak bermoral seperti vandalisme. Terdapat pelbagai
punca yang menyebabkan kegiatan ini terus berleluasa. Hal ini memaksa semua
pihak supaya mencari suatu kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah sosial
yang semakin menjadi-jadi ini.

You might also like