You are on page 1of 2

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan
perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara
pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam satu kajian (Kerlinger 1970).

Ia juga merujuk kepada bagaimana pengkaji mengendali kajian dan prosedur atau teknik yang
digunakan bagi menjawab soalan kajian. Tujuan reka bentuk adalah untuk mengawal unsur-
unsur bias yang boleh menganggu dapatan kajian. (Mcmillan & Shumacher 1984)

(https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/reka-bentuk-kajian-dr-kamarul)

4.2 Persampelan Kajian

Persampelan membawa maksud proses pemilihan suatu kumpulan (orang , institusi , tempat
atau fenomena) untuk sesuatu penyelidikan yang menjadi kerangka panduan yang penting
kepada pengkaji. Persampelan terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif (berbentuk soal selidik)
dan kualitatif (berbentuk temu bual). Dalam kajian ini , pengkaji hanya menggunakan
persampelan kuantitatif di mana persampelan digunakan secara rawak untuk memilih 30
orang responden dari kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK Tunku Abdul Rahman untuk
menjawab soalan-soalan pada boring soal selidik. Responden boleh memberikan pandangan
mereka dalam borang soal selidik tersebut.

4.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data yang dikehendaki oleh
penyelidik untuk mencapai objektif kajian. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah soal
selidik. Sebanyak 30 orang responden dipilih secara rawak yang terlibat dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan oleh pengkaji untuk memperoleh data ialah kuantitatif iaitu
pengkaji akan menyediakan borang soal selidik kepada responden-responden.

4.4 Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang pelajar tingkatan 6 di SMK
Tunku Abdul Rahman secara rawak. Borang soal selidik yang digunakan oleh pengkaji
adalah jenis berpilihan. Responden bagi boring soal selidik akan diberi masa untuk berfikir
agar borang tersebut dapat dijawab secara telus dan rasional. Setiap jawapan pada borang soal
selidik akan dikumpulkan oleh pengkaji untuk menyusun serta mengumpul data.
4.5 Cara Analisis Data

Pengkaji akan menyediakan borang soal selidik bagi 30 orang responden secara rawak.
Pengkaji akan mengumpul data secara keseluruhan daripada borang yang diisi oleh 30 orang
responden bagi mendapatkan pandangan responden secara menyeluruh tentang hemat mereka
, maklumat atau pandangan berkaitan soalan-soalan kajian. Kemudian , pengkaji akan
menggunakan data yang diperoleh untuk menghasilkan carta pai dan jadual yang
menunjukkan bacaan rasmi keseluruhan pandangan penduduk. Akhir sekali , kesimpulan
yang efisien akan dilakukan.

Rumusan
Metadologi yang dikenalpasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan
dapatan kajian. Sehubungan dengan itu , tatacara kajian , prosedur kutipan data dan
instrument kajian yang telah dikenalpasti akan dipatuhi oleh pengkaji.

You might also like