You are on page 1of 1

Tokoh dapat diklasifikasikan kepada beberapa bidang seperti tokoh bahasa , tokoh ekonomi dan

tokoh sukan. Tokoh merujuk kepada seseorang yang banyak menyumbang jasa dalam menghasilkan
pelbagai kejayaan , sumbangan dan karya – karya yang berkualiti untuk segenap lapisan masyarakat.
Kejayaan dan sumbangan yang dicurahkan ini menjadikan mereka sebagai individu yang memainkan
peranan penting dalam mengharumkan nama negara. Semangat mereka dalam menabur bakti dan
menyumbang tenaga serta idea bagi mencapai sesuatu kejayaan sepatutnya dijadikan teladan.
Dalam bidang seni juga , terdapat beberapa orang tokoh yang boleh dicontohi. Salah seorangnya
ialah Tan Sri P. Ramlee. Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak
Puteh merupakan seorang pelakon , penyanyi , pengarah , pemain muzik dan penulis lagu terkenal di
Malaysia dan Singapura. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan
Rabu , 22 Mac 1929. Bapanya yang berasal dari Lho’ Seumawe telah mendirikan rumahtangga
dengan Che Mah binti Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth. Beliau menerima
pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light.
Seterusnya , beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang
Dunia Kedua. Semenjak di bangku sekolah lagi , P. Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat
dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik. Bermula dengan bermain ukele , P. Ramlee
beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di
Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang
Sore. Beliau pernah menjadi juara pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun
1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu , beliau
menggunakan huruf “P” (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke
akhir hayatnya. Pada tahun 1948 , P. Ramlee telah mendapat tawaran sebagai penyanyi dan pelakon
filem dari pengarah filem ‘Shaw Brothers’ , B.S. Rajhans. Tawaran ini telah menandakan permulaan
kerjayanya sebagai seorang seniman agung negara yang tiada galang gantinya. Setelah hampir 30
tahun bergiat aktif dalam seni hiburan ,.P. Ramlee kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei
1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang
Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya , Allahyarham telah dianugerahkan Bintang
Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada
tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap , Setapak
telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala
di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan
P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.

You might also like