You are on page 1of 3

3.

0 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama penulisan dibentuk ialah untuk mengetahui asal usul dan latar belakang
kaum Murut di Sabah, Malaysia dari tahun 1980 hingga tahun 2000. Asal usul ini dikaji
kerana ingin mendedahkan kepada masyarakat bahawa adat tradisi ini amat penting untuk
dipelihara.

Selain itu, kajian ini juga dibuat untuk mengenal pasti perkembangan budaya dan adat
kaum Murut di Sabah, Malaysia dari tahun 1980 hingga tahun 2000 masih diamalkan
sehingga sekarang. Antara adat tradisi yang masih diamalkan sehingga sekarang ialah
pakaian tradisional, tarian tradisional, perayaan dan adat perkahwinan.

Kajian ini dibuat bagi menyedarkan masyarakat pada zaman sekarang tentang pentingnya
warisan kesenian kaum Murut yang telah lama diamalkan sejak turun-temurun lagi dari tahun
1980 hingga tahun 2000. Ini bertujuan supaya semua lapisan masyarakat dan generasi akan
datang kaum Murut mengetahui warisan kesenian walaupun kebanyakan kaum Murut masa
kini telah menganut agama kristian.
3.1 Mengetahui asal usul dan latar belakang kaum Murut di Sabah, Malaysia dari
tahun 1980 hingga 2000.
Kaum Murut merupakan antara suku kaum yang unik dan mencatatkan lebih kurang 3.0%
atau 50,000 orang daripada penduduk Sabah. Kaum ini terdiri daripada banyak kumpulan
yang menggunakan 15 jenis bahasa dan 21 dialek asal Murut. Namun demikian bahasa Murut
yang biasanya difahami ialah Taggal yang lebih menyerupai bahasa Kadazan Dusun. Elemen
bahasa ini boleh ditemui di Visaya (di Sarawak), Brunei dan kaum Kelabit di Kalimantan.
Bahasa Murut merupakan antara bahasa asli pulau Borneo yang masih kekal hingga kini.

Kaum etnik Murut boleh ditemui kebanyakkannya di Keningau, Tenom, Pensiangan,


Kalabakan dan Kinabatangan. Ini menjadikan kaum Murut di antara kaum etnik minoriti
Sabah. Walaupun begitu, penduduk berketurunan Murut juga boleh didapati di Brunei,
Sarawak dan Kalimantan kesemuanya berdekatan sempadan kawasan tersebut. Bahasa kaum
ini didapati digunakan oleh pelbagai suku kaum dan satu-satunya bahasa di Sabah yang
mempunyai keistimewaan sebegitu. Kepelbagaian jenis 'sub-kaum' Murut ini sememangnya
mengelirukan pelbagai pihak kerana masih banyak orang-orang Murut yang tinggal jauh di
pedalaman. Kini, suku kaum ini telah berkembang maju dan sebuah parti khas kaum Murut
telah ditubuhkan di Sabah untuk memperjuangkan hak mereka.
1
3.2 Mengenal pasti perkembangan budaya dan adat kaum Murut di Sabah, Malaysia
dari tahun 1980 hingga 2000.

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah dan merupakan kaum
yang ketiga terbesar di Sabah. Salah satu etnik yang ada di negeri Sabah adalah suku kaum
Murut yang kaya dengan budayanya. Mereka biasanya tinggal di daerah Tenom, Pensiangan
dan Keningau. Kaum Murut juga terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagol, Tidung,
Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Dimana Kaum
Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang.
Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut
mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Secara
uniknya, kaum Murut tinggal di rumah tradisi mereka iaitu rumah panjang dan hidup harmoni
dalam keluarga yang besar yang berhampiran dengan kawasan sungai. Mereka tinggal di
dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Suku kaum Murut juga
dikenali melalui budaya dan kesenian yang telah mereka warisi turun-temurun. Misalnya,

1
suku kaum Murut amat terkenal dengan motif dan pakaian tradisinya. Selain itu, kaum Murut
pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak
tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini. Kebanyakan
kaum Murut ialah petani, pemburu, dan penangkap ikan di sungai. Selain itu , mereka juga
menjalankan pemungutan hasil hutan seperti rotan, damar dan madu lebah. Adat upacara
perkahwinan bagi kaum Murut juga sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam
perkahwinan iaitu adat ‘barian sampai mati’. Selain daripada itu, dahulu mereka
mempercayai amalan anismisme iaitu setiap pokok, batu, sungai dan bukit mempunyai roh
sendiri. Kini, kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian. Kaum Murut
meraihkan Perayaan Pesta Kalimaran. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum
KadazanDusun yang menyambut Pesta Kaamatan. Ia disambut selepas mereka menuai padi.
Sehubungan itu, suku kaum Murut juga terkenal dengan tarian tradisional iaitu Tarian
Lansaran dan Tarian Mangunatip. 2

3.3 Menghuraikan tentang warisan kesenian kaum Murut di Sabah, Malaysia dari
tahun 1980 hingga 2000.

Pelbagai keunikan yang dapat dilihat dalam amalan kaum Murut. Antaranya seperti gaya
makan dan jenis masakan yang berbeza dengan kaum lain. Terdapat sesuatu makanan
tradisional dibuat daripada nasi iaitu pucuk ubi ataupun dinamakan ‘Umbus’sangat digemari
oleh masyarakat Murut. Selain itu, bosou sada ataupun dipanggil jeruk ikan juga ialah
makanan tradisional kaum Murut. Seterusnya, sagu, nasi pulut, kuih kelupis dan sambal lada
tuhau merupakan makanan tradisi kaum Murut.

You might also like