You are on page 1of 1

5.

0 SKOP KAJIAN

Kajian ini akan difokuskan kepada adat tradisi kaum Murut di Sabah, Malaysia. Amalan
dan kehidupan yang diamalkan ini banyak memberi kesan kepada masyarakat muda kaum
Murut pada saat ini.

Seterusnya, kita akan mendalami tentang perayaan yang disambut oleh kaum Murut di
Keningau. Selain itu, mengetahui cara pengendalian adat perkahwinan tradisional sehingga
moden oleh kaum Murut di Keningau.

Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui perbezaan antara pakaian tradisional lelaki dan
perempuan kaum Murut serta tarian tradisional kaum Murut. Bahkan, kajian terakhir akan
menyatakan berkenaan agama dan kepercayaan yang dianuti oleh kaum Murut di Keningau
dari dulu hingga sekarang.

6.0 KAJIAN TERDAHULU


Hasil daripada penyelidikan yang pengkaji lakukan sehingga kini, pengkaji telah
menemukan beberapa kajian mengenai asal usul kaum Murut di Sabah, Malaysia. Kajian
yang hendak dijalankan pernah dikaji dahulu oleh Menarik di Tenom di laman web
https://www.facebook.com/TenomMatulai/photos/murut-kaum-murut-menetap-di-
pedalaman-dan-kawasantenggara-sabah-serta-wilayah-pe/1552376415070939/ yang bertajuk
kaum Murut di Malaysia.

Antara kajian tersebut adalah mengenai sejarah asal usul dan budaya dalam kaum Murut
yang telah dilakukan oleh Michael Elkan menurut laman web iaitu
http://theonlyguysdat1a.blogspot.com/2018/02/kaum-murut.html yang bertajuk kaum Murut
di Malaysia dan telah dilakukan oleh Jejelah Edisi Daus menurut laman web
http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/kaum-murut.html yang bertajuk kaum
Murut.

You might also like