You are on page 1of 2

BATASAN KAJIAN

Berhubung dengan kajian terhadap budaya hanya aspek adat sahaja yang dikaji. Budaya dari
bangsa lain tidak dikaji. Seterusnya hanya pengaruh budaya masyarakat minangkabau dari
Indonesia sahaja yang akan dikaji berhubung dengan sejarah kemunculan etnik di Negeri
Sembilan, Malaysia Tumpuan akan dilakukan terhadap budaya masyarakat Minangkabau
merangkumi adat perkahwinan, tradisi makanan dan adat berpakaian serta sejarah dan kesan
pengamalannya di Negeri Sembilan. Manakala adat-adat lain tidak dikaji.

Dalam adat perkahwinan pula, kajian hanya tertumpu kepada majlis perkahwinan menurut adat
minagkabau seperti majlis merisik, Mahanta Siriah (Minta izin), Babako-babaki, Malam Bainai,
Manjapuik Marapulai, Penyambutan di rumah anak daro dan Tradisi usai akad nikah dan tradisi-
tradisi lain tidak dikaji.

Adat tradisi makanan pula lebih kepada masakan pedas yang menjadi kegemaran masyarakat
minangkabau seperti rendang, soto padang dan sate padang. Etnik minangkabau menggunakan
bahan asas di setiap masakan tradisi mereka iaitu cili merah dan cili hijau.

Seterusnya, Adat tradisi masyarakat Minangkabau dari aspek pakaian pula terhad kepada Busana
Adat Warisan Minang, Bundo Kanduang yang terkenal dengan hiasan kepala wanita minang
yang dipanggil Tengkolok Tanduk. Dalam kajian ini, hanya pakaian dalam upacara adat istiadat
sahaja yang dikaji.

Kajian seterusnya hanya tertumpu kepada sejarah kemunculan etnik dan adat Minangkabau di
Negeri Sembilan. Etnik lain tidak dikaji. Manakala Adat Perpatih yang merangkumi sejarah da
nasal-usul adat sahaja yang dikaji. Adat selain adat Perpatih tidak dikaji dalam kajian ini.

Kajian juga akan ditumpukan kepada kesan pengamalan adat minangkabau terhadap
masyarakatnya dan masyarakat asli di negeri Sembilan khususnya. Kesan utama yang dapat kita
lihat adalah kesan kepimpinan dan pemerintahan, kedudukan wanita dalam institusi
kekeluargaan, kesan berkaitan dengan pembahagian harta pusaka adat dan bukan adat dan kesan
terhadap undang-undang. Kesan lain seperti budaya merantau masyarakat Minangkabau turut
dinyatakan. Kesan-kesan lain tidak dikaji dalam bahagian ini.

You might also like