You are on page 1of 40

ADAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

DAN KEPENTINGANYA
Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentinganya
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama
ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan
dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek
bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung
dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat
perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu
sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang
mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.
Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan
budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang
difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah,
Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya
lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu
ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang
asal.
Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari
ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan
budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang
bersifat seragam.
Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga
disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar
belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar
belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza
satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan
budaya.
Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat
adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini. Bagi
masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang
tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks Minangkabau bukan
sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan
sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi
mereka sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka wujud
istilah-istilah seperti undang-undang adat, mahkamah adat, ketua adat dan sebagainya.
Begitu juga dengan lain-lain kaum di Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu
pengungkap identiti bangsa dan terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika
dibandingkan dengan perlaksanaanya suatu ketika dahulu.
Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu bagi
mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan
aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu,
didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum
utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah
sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga
masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep
merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.
Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan bahawa
adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman
kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman ras-ras
kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan
pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat Melayu,
kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat Melayu.
Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang
dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi
melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam
masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha
ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan
didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh
adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga
merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan
perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu
juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu
dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.
Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam.
Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah
beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih
diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam
masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun
mereka mengamalkan adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai
contoh masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu
usaha untuk membuang sial bulan Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan
dengan ajaran Islam yang menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja
kampung, puja pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap
diamalkan dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh
Hindu dan Buddha ketika itu.
Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu
pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat
Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat
orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan
Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah
mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu
dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup
orang Melayu.
Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang Melayu.
Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu
menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan
dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin
dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya.
Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan,
seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika
seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa
yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.
Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu
baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi
dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga
botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan
seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak
akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek
kebersihan dan kesihatan.
Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang
yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu
mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat
masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan
dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.
Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke
bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat
membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh
masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran
bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang
membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat
dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di
Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan
besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum
Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat
istiadat mereka.
Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses
kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat
tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum
Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan Feng Shui,
yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat
istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam
masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga
menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang
berorientasikan adat.
Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan
nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam
masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo
Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama
warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu
aspek adat yang menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan
lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka
keluarga.
Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan
perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi,
perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh
seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya
pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian
yang mewah di restoran.
Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru
kesihatan si ibu dan kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan
makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila
anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran,
rambut si anak dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan
digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai.
Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak
itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang
kaun Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu
sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran.
Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal
kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan yang
baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat
Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu,
masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama
memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan
mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda
tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya
akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil.
Didalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan
dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan
pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada
kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh
seorang Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini
dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang
mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.
Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan
diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya
yang berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan
diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China.
Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan
Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur,
Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-
perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan
dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat
Cina yang tersendiri.
Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan
masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu
suatu bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya
kemasukan ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan
pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk
memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah
pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri.
Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun
ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka
juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia
menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin
berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima
kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki
kanan dahulu.
Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan
sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau
sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah
mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi
menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam
masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan
sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama
tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, Ibu adalah umpama
Tuhan dan anak perempuan juga dipanggil amma seperti seorang ibu didalam tradisi India.
Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih
dara.
Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah Tuhan bagi isterinya dan mesti
sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang
ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan
berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan
segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk.
Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu
tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah
pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat
segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan
perkahwinan itu.
Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada
keluarga dan masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya
seorang bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan
sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk
menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput
bersama meraikan upacara tersebut.
Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu
mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari
nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh orang
tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka.
Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India. Di sepanjang
tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang
berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat Hindu akan
bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di
tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun
mengadakan upacara agama.
Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan
ditandakan oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam
adat masyarakat India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan
Thaiponggal.
Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas gelap atau
ilmu ke atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman. Inilah perayaan paling
utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk
mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.
Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan
menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa
Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yang berisi buah-buahan, susu dan
akan dibawa pelbagai persembahan.
Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan masak padi baru serta memuja
semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara
lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru
untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.
Melanjutkan perbicaraan terdahulu berkaitan adat atau disebut juga budaya masyarakat-
masyarakat utama Malaysia, apa yang cuba digambarkan bukanlah bagaimana bentuk adat-
adat tradisi masyarakat di Malaysia semata-mata, tetapi kita berusaha untuk melihat
bagaimana setiap kaum itu mempunyai adat dan kepercayaanya yang membentuk identiti dan
keperibadian mereka yang tersendiri. Secara tidak langsung juga didalam bahagian itu kita
telah membicarakan kepentingan adat kepada kaum-kaum tersebut. Walaupun tidak
dinyatakan dengan jelas, namun jika diteliti, kita pasti akan memahami akan kepentingan
adat-adat itu sekurang-kurangnya sebagai perlambangan identiti dan peribadi masyarakat
mereka.
Bercakap berkenaan identiti dan keperibadian masyarakat. Kita sedia memaklumi bahawa di
Malaysia, kita tidak hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Malaysia merupakan sebuah
negara yang bangsa-bangsa didalamnya adalah bercampur ataupun dalam istilah yang lebih
mudah, masyarakat yang majmuk. Justeru apa yang ingin dijadikan topik disini ialah
bagaimana kepelbagaian adat didalam masyarakat Malaysia yang membentuk identiti
masing-masing ini mampu disatukan dan dijadikan sebagai cerminan peribadi dan identiti
kepelbagaian itu secara menyeluruh dan bersifat nasional. Maknanya kita perlu
membicarakan tentang bagaimana kepelbagaian adat di Malaysia itu dapat disatukan dan
dijadikan sebagai adat yang satu bagi menjadi lambang identiti dan peribadi nasional. Perlu
dibincangkan juga ialah apakah aspek teras yang menjadi garis panduan budaya nasional ini.
Dalam mengungkap permasalahan ini, kita sebenarnya hanya perlu mencari aspek adat yang
menjadi teras kepada pembentukan adat nasional yang menjadi perlambangan identiti dan
keperibadian seluruh rakyat Malaysia dan apakah kepentingan aspek adat itu serta
kepentingan identiti dan keperibadian kebangsaan itu sendiri.
Aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional lebih mudah kita
fahami melalui pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal pada 1971. Dasar
ini diputuskan melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana
Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dan ianya dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap kaum di
Malaysia.
Melalui pembentukan ini, secara rasmi telah digariskan beberapa perkara yang menjadi teras
kepada pembentukan identiti dan keperibadian seluruh rakyat Malaysia. Justeru melalui
kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang memang digagaskan bagi maksud itu, kita
akan dapat mengungkap aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional
yang menjadi fokus tulisan ini.
Antara aspek teras dalam pembentukan identiti dan peribadi nasional ialah identiti dan
kepribadian Malaysia haruslah berteraskan adat asal rantau ini. Definisi geografi berkaitan
rantau ini ialah kawasan yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,
Brunei, Thailand, Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik iaitu Polynesia, Melanesia,
Oceania sehingga ke Madagascar. Rantau ini adalah merupakan bahagian utama dari kawasan
tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan
warisan adat masyarakat Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan
dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa yang juga dipanggil sebagai linguafranca.
Adat serantau ini juga digambarkan melalui persamaan-persamaan di bidang bahasa yang
berasaskan keluarga bahasa Melayu iaitu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman
sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Justeru dalam aspek
Malaysia, secara mudahnya, aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti
nasional ialah adat masyarakat Melayu.
Hal ini tidak dapat dipertikaikan oleh masyarakat lain kerana adat atau budaya Melayu pada
hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih
200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Maka apabila
dipersetujui adat masyarakat asal serantau dijadikan identiti Malaysia, pastilah di Malaysia,
adat Melayu yang paling layak diletakkan didalam kategori itu. Prof. Emeritus Tan Sri Dr.
Khoo Kay Kim sendiri, walaupun berbangsa Cina, turut mengakui bahawa masyarakat
Melayu ialah nuklius ataupun teras dalam masyarakat Malaysia. Justeru adat Melayu
dijadikan teras identiti semua kaum di Malaysia adalah sangat berpatutan ataupun dalam
istilah arab dipanggil adil.
Aspek teras pembentukan identiti yang kedua ialah menggunakan unsur-unsur adat dan
kebudayaan luar yang sesuai dan wajar untuk diterima sebagai identiti Malaysia. Aspek ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai adat dan budaya.
Dengan itu unsur-unsur adat Cina, India, Kadazandusun, Arab, Barat dan lain-lain unsur adat
yang sesuai, boleh diberi pertimbangan untuk diterima dan dijadikan sebagai identiti
kebangsaan.
Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada kerelevenannya
yang pasti tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan, prinsip-prinsip Rukun Negara,
kepentingan nasional, asas-asas moral serta kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam
sebagai agama rasmi negara khasnya.
Dalam penerimaan teras kedua ini, kita melihat berlaku tolak ansur sesama kaum di Malaysia
dalam soal pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan. Bukan sahaja identiti
Melayu diangkat sebagai identiti kebangsaan, tetapi juga identiti kaum-kaum lain di
Malaysia. Ia juga diterima kerana terdapat unsur-unsur adat yang sama dan seiring dengan
adat teras iaitu adat dan kebudayaan Melayu.
Namun, hal ini juga tidak boleh dijadikan isu samada identiti kebangsaan itu orientasinya
adalah daripada warisan adat kaum yang mana. Ini kerana pembentukkan identiti dan
keperibadian kebangsaan itu bukanlah bertujuan untuk mempromosikan adat masing-masing
untuk digunakan oleh semua rakyat Malaysia, sebaliknya ia jelas berperanan untuk
menyeragamkan identiti masyarakat yang pelbagai untuk dijadikan identiti Malaysia yang
satu. Namun identiti bangsa juga masih boleh dikekalkan dan dipelihara kelangsunganya.
Aspek ketiga yang menjadi teras kepada pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan
ialah agama Islam. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting didalam
proses pembangunan dan perpaduan negara. Agama juga perlu bagi merealisasikan
pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha
bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana itu ia patut dijadikan unsur yang
penting dalam pembentukan identiti kebangsaan. Ini juga memandangkan kedudukan Islam
sebagai agama rasmi negara. Di samping itu, telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai
Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini sejak dahulu lagi.
Bercakap pula tentang kepentingan aspek-aspek adat yang dijadikan teras kepada
pembentukan identiti dan keperibadian kebangsaan, aspek teras yang disenaraikan seperti
adat masyarakat rantau ini, adat luar yang sesuai dan adat yang berpandukan Islam pasti
mempunyai kepentingannya yang tertentu.
Yang pertama, kepentingan adat Melayu dijadikan sebagai teras dalam pembentukan identiti
nasional ialah untuk memastikan kestabilan sosial dan politik di Malaysia terus terpelihara.
Harus kita fahami apabila kita bercakap berkenaan Malaysia, majoriti penduduknya ialah
orang Melayu. Kerana orang Melayu ialah majoriti didalam masyarakat Malaysia, adalah
penting untuk menjadikan adat kaum yang majoriti sebagai ikutan kepada kaum-kaum lain
yang lebih kecil populasinya. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian kepada
masyarakat lain di Malaysia khususnya kepada masyarakat Melayu sendiri sebagai entiti
yang terbesar dan bertaraf peribumi di Malaysia. Kedudukan masyarakat Melayu yang
dianggap nuklius didalam sistem sosial di Malaysia juga merupakan kepentingan yang perlu
diambil berat sesuai dengan kedudukan istimewanya yang dijamin Perlembagaan.
Kedudukan Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertuan Agong juga merupakan
aspek yang penting untuk menjadikan adat Melayu sebagai pemangkin identiti nasional.
Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong merupakan tuan kepada negeri-negeri dan negara
Malaysia sendiri. Mereka juga merupakan orang Melayu. Kedudukan mereka yang menjadi
lambang perpaduan negara ini menyebabkan adat istiadat mereka iaitu adat istiadat Melayu
diterima sebagai suatu unsur teras dalam melaksanakan identiti Malaysia secara bersama.
Justeru untuk memastikan Institusi Raja-Raja Melayu terus dilindungi dan dihormati, maka
dalam usaha untuk membentuk identiti dan peribadi kebangsaan, adat Melayu tidak boleh
dikesampingkan.
Kita juga harus melihat kepentingan untuk menerima mana-mana unsur adat dan budaya luar
untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan. Walaupun telah dipersetujui bahawa adat
Melayu merupakan adat teras yang dijadikan ikutan setiap rakyat Malaysia, namun ketetapan
itu tidak bermaksud hanya itu sahaja adat yang akan diterima kearah pembentukan identiti
yang seragam dalam masyarakat Malaysia. Adat dan budaya kaum lain yang sesuai juga
dapat dipraktikkan asalkan ianya tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan
Rukun Negara. Ini bagi memastikan tiada suara-suara yang mempertikaikan tindakan
kerajaan yang menggariskan unsur-unsur penting kearah membentuk budaya kebangsaan.
Pendek kata, penerimaan unsur-unsur asing ini ialah supaya keharmonian kaum di Malaysia
akan terus berlangsung dengan jayanya.
Unsur-unsur adat dan budaya luar juga penting untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan
kerana bagi menghasilkan budaya kebangsaan yang tidak terlalu stereotaip dengan adat dan
budaya Melayu, adat lain juga perlu disenaraikan. Budaya kebangsaan diwujudkan untuk
menunjukkan peribadi dan identiti masyarakat Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk
melambangkan budaya dan adat Melayu semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang
diluar daripada adat dan budaya Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti
masyarakat yang pelbagai dan bersifat luwes.
Unsur Islam yang dijadikan teras kebudayaan kebangsaan juga penting bagi menjamin
kedudukannya yang merupakan agama rasmi Malaysia. Islam tidak boleh dan tidak dapat
disamakan dengan agama-agama lain kerana ia merupakan agama yang sebenar. Maka dalam
usaha menerapkan identiti kebangsaan, Islam tidak boleh dikesampingkan. Selain kerana
kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia juga penting kerana Islam merupakan tunjang
kepada kehidupan masyarakat Melayu iaitu masyarakat peribumi dan majoriti di Malaysia.
Walaupun identiti dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam, namun agama-agama
lain bebas untuk dilaksanakan dengan syarat amalan agama-agama lain tidak akan menggugat
kedudukan agama Islam sebagai agama utama di Malaysia.
Masyarakat Malaysia sudah mempunyai adat yang tersendiri, tetapi kenapa kerajaan masih
berkehendak supaya diwujudkan suatu adat dan budaya baru bagi mencerminkan identiti dan
keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah dengan budaya dan adat kaum-kaum yang
sedia ada di Malaysia tidak cukup untuk mencerminkan identiti negara?
Bagi mewujudkan identiti yang seragam seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk
hidup bersama di Malaysia, tidak dapat tidak, penyeragaman identiti dan keperibadian
kebangsaan ini perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui
adat dan budaya kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia
yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup
berdampingan, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleran.
Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat
Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada persengketaan serta kucar-kacir. Dalam erti
kata yang lain, identiti dan keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan
nasional berlangsung dengan lebih utuh lagi.
Identiti dan kepribadian kebangsaan juga berkepentingan untuk menghindarkan masyarakat
dari me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam
kehidupan bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara
bangsa Malaysia yang maju, progresif, saintifik dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur
negatif dalam kehidupan seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan
India yang mengamalkan kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing diharap
akan dapat bersatu melalui usaha bersama yang murni ini.
Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas
yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik.
Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan
masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam
melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni
yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari
masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma
kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah
perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.
Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan
tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati
budi serta perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan.
Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses
pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan
berbudi bahasa. Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan
kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat.
Segala tindakan idealisme kebangsaan ini juga adalah suatu usaha untuk membina bangsa
Malaysia melalui semangat Rukunegara. Perisytiharan Rukunegara dengan jelas meletakkan
negara di atas cita-cita perpaduan, kehidupan demokratik, keadilan, tradisi budaya serta
masyarakat progresif. Oleh itu, budaya dan identiti seragam ini penting untuk memastikan
cita-cita tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya.
Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan identiti dan
keperibadian kebangsaan. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif hasrat ini telah
menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa didalam pembentukan
dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya akan
mengambil masa yang lama dan mungkin melangkaui satu generasi ke satu generasi yang
lain.
Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun
pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun
dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan
semenjak ia mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh
didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan
perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.
Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian
negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan
rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai
dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu
mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang
membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang
bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan
mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan
memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang
merdeka dan bermaruah.
BIBLIOGRAFI
___________________, 2004, Buku panduan Budi Bahasa Budaya Kita,K.
Lumpur.KEKKWA.
A.Aziz Deraman, 2001, Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia(Edisi
Baharu),K.Lumpur,DBP.
Anwar Din(Penyunting), 2008, .Asas Kebudayaan Dan Kesenian Melayu,Bangi,Penerbit
UKM.
Gullick. J , 1981, Malaysia:Economic Expansion and National Unity, ,London,Westview
Press.
Hanapi Dollah,1986, Asimilasi Budaya:Kajian Kes Komuniti Cina Di Kelantan,Bangi,
Penerbit UKM.
M.Rajantheran & S.Manimaran,1994, Perayaan Dan Keraian Orang India,K.Lumpur,
Fajar Bakti.
Mohd. Taib Osman, 1983, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu,K.Lumpur,DBP.
Puti Reno Raudha Thaib,1989, Peran Adat Dalam Pengembangan
Kepariwisataan,Jakarta,Pustaka Aksara.
Wan Abd. Kadir Yusoff & Zainal Abidi Borhan, 1985, Idealogi dan Kebudayaan
Kebangsaan, K.Lumpur, Jab. Pengajian Melayu,UMalaya.
Wan Ramli Wan Muhd & Hanapi Dollah, 1999, Pantang Larang Orang Melayu Tradisional,
K.Lumpur.Utusan Publications.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA

Masyarakat Majmuk di Malaysia
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.
Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya
boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu
dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah
berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk
berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat
majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan
adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem
politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam
kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal
ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh
sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan
satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap
masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan
sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu
kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat
bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama.
Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan
terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan
kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya
budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam
masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang
mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh
yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat
majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai
kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai
hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu
rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat
hubungan ras.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi
oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada
luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada
Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum
pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan
oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi
mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah
adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini
berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi
daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China
sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu,
mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina
ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina
sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular.
Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan
sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana
ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka
berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara
itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar
ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak
pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan
bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,
bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes,
Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat
Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang
Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari
Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai
selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19
berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di
Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka
ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka
(S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada
mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.
Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan
pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara
tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih
membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau
heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok
(Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau
Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada
luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia
iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu,
Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun,
jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi
dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami
transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik
Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan
India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-
Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu.
Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran
kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab
resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat
Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
Konsep Budaya
Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio
masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya.
Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu
yang membawa pengertian :
i. Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal
ii. Kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tajap pemikiran
dalam menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada
permasalahan tersebut
iii. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh
iv. Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi
bagi membantu menjana pemikiran mereka
Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil
kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan
[wp-like-locker]
Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :
i. membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti
ii. memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental
Culture dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan
sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.
Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
dan boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa.
Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal
budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan
sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi
sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai.
Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their
attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts
and activity.
Nik Safiah Karim, budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
mengerakkan jiwa.
Mohd Taib Osman (1988), budaya adalah satu himpunan kelengkapan
intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , budaya merupakan satu alat
penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat.
Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam
kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang
diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan
dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara
pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak
masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.
Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah
yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik
untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam
masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.
Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan
pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan
Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh
pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.
Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal
dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di
Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa,
pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa,
bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.
Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang
mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan.
Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan,
pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan
dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama.
Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua
masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian
kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.
2.0 Perkembangan Kebudayaan Di Malaysia
Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara
hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami
melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu
dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang
dikenali sebagai masyarakat Malaysia. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah
cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.

Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi
daripada kelakuan-kelakuan dan tingkahlaku manusia. Sebaliknya Freeman Budds
pula menyatakan budaya membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Namun
demikian, Taylor dan Budds turut bersependapat mengatakan agama termasuk
budaya dan budaya lebih luas dari agama, agama merupakan hasil kebudayaan dan
budaya merupakan ciptaan manusia.
Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah
mewarisi c
ara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar divide and rule iaitu pecah dan
perintah. Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau
ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat
Malaysia tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang mampu menjadi tunjang
utama.
Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia.
Manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat
setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekangan budaya
(cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.
Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun
begitu ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan
corak keperibadian kebangsaan yang dapat memperlihat identiti masyarakat
Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat
diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan
demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.
Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan dan sokongan dari
semua lapisan masyarakat dalam negara. Pembinaan sesebuah negara belum
sempurna sekiranya rakyat tidak meletakkan taat setia terutamanya dalam soal
mempertahankan negara daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat
pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan
dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Oleh hal yang demikian, Malaysia juga
memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat
kebangsaan Malaysia demi mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam
negara.
Rentetan daripada itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan
dilaksanakan dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan
3.0 Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dalam tahun 1971 iaitu
pada tanggal 16 -20 Ogos 1971. Ianya lahir daripada gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
(1971).
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah
negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti
Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk,
mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta
perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat
pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang
lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses
interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang
sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan
dunia.
Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga
prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan
iaitu:
a. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan
rakyat asal rantau ini.
b. Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
kebudayaan kebangsaan.
c. e=font: 7.0pt Times New Roman;> Islam menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Justeru itu sebagai kesinambungan, pewujudan kebudayaan kebangsaan
Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh
kerajaan sebagai dasar kebudayaan kebangsaan.
4.0 Teras Dan Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan telah menekankan tiga prinsip utama dalam
usaha untuk mewujudkan kesepaduan tanpa membeza-bezakan antara penduduk
pribumi dengan kaum yang lain.Justeru, ketiga-tiga prinsip dan unsur ini dijadikan
teras dan berperanan penting dalam pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan.
Prinsip-prinsip berkenaan ialah:
4.1 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
Nusantara merangkumi negara-negara seperti Malaysia, Indonesia,Filipina,
Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta kepulauan selatan pasifik
(Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi merupakan sebahagian
daripada pusat perkembangan tamadun atau budaya melayu. Ia merupakan pusat
pecambahan, perkembangan dan lahirnya warisan kebudayaan melayu sejak zaman
berzaman. Malahan pernah melalui zaman kegemilangan dan keagungan tamadun
melayu. Paling membanggakan apabila ianya berpusat di Melaka dan menggunakan
bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).
Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam
bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa melayu iaitu Austronesia, selain
daripada faktor kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian
dan nilai-nilai keperibadiannya. Menurut prinsip ini juga menyatakan bahawa,
kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat
setempat rantau ini.
Rantau membawa maksud alam Melayu, iaitu warisan tradisi kebudayaan.
Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang
Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah
yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.
Budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan
asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang bertutur dalam
satu rumpun bahasa yang sama. Oleh hal yang demikian asas kebudayaan rakyat
asal rantau ini secara tidak lansung telah dijadikan teras kepada kebudayaan
kebangsaan.
4.2 Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Wajar Diterima
Kebudayaan merupakan sesuatu yang dinamik, yang sentiasa berubah-ubah
melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Sebagai contoh
masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada
penyerapan budaya masyarakat setempat. Prinsip ini bertepatan dengan situasi
penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Oleh hal demikian,
unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti budaya cina, india arab, barat
dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan.
Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada
tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun
negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat
pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya
Hal ini jelas kerana agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia namun
begitu masyarakat yang beragama selain dari Islam bebas mengamalkan agama
masing-masing.
Prinsip ini memperakukan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang
sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan. Masyarakat pribumi telah
banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Contohnya masyarakat
Orang Asli dan etnik di Sabah Sarawak. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam
kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti
asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil
daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan
bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa
Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu tempatan.
>4.3 Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan
Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam
proses pembangunan negara serta pembentukan kerohanian rakyat yang berakhlak
dan berperibadi mulia. Agama Islam telah memberi panduan yang jelas kepada
manusia dalam mengimbang dan meningkatkan usaha bagi mengisi kehendak-
kehendak emosi dan fizikal.
Justeru itu, Islam sewajarnya menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai
agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai islam
yang telah sedia diterima pakai oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Meletakkan
Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada
tempatnya.
Hal ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat
dan diterima oleh Perlembagaan. Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua
dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama
Islam. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah
menjadi status kebudayaan kebangsaan secara lansung. Ia haruslah terlebih dahulu
disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam.
Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah
berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah
melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971
5.0 Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru
merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
a. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara.
b. Memupuk dan pelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
kebudayaan kebangsaan.
c. Memperkaya dan tingkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
6.0 Strategi dan Pelaksanaan Objektif
Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan memahami
bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah
semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli,
dan sebagainya. Tetapi budaya merupakan gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran
peribadi dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat dilakukan dengan
memperbanyak penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu,
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan
mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan
pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri
budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga
masyarakat merasai kesannya.
Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan
melalui aktiviti-aktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya
Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa,
Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-
pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa
Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan,
penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini
termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat,
Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan
Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan
berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di
dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.Peranan pihak
swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan amat diperlukan . Hal ini kerana
badan-badan ini berperanan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan
kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai
penajaan program atau projek-projek kebudayaan
Selain daripada itu juga, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan
melalui beberapa bidang. Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan
dengan jelas melalui bidang-bidang seperti berikut:
a. Pendidikan:
Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
Namun begitu bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga
penubuhan beberapa buah sekolah seperti sekolah wawasan, sekolah kluster dan
sekolah sukan turut membantu melaksanakan dasar ini
b. Media massa:
Kenonjolkan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan
seperti tarian satu Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala
akhbar tempatan boleh juga menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar.
c. Sukan:
Melalui penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum.
Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai
melalui strategi-strategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan
pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan
Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya.Selain daripada itu,objektif boleh dicapai
dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha
membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-
luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.
Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang
berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
Seterunya, memenuhi keperluan sosiobudaya; dan meninggikan taraf serta mutu
kesenian
7.0 CABARAN YANG DIHADAPI
Meskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun
Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan
identiti Malaysia sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat dan
meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing.
Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang
ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang
memenuhi permintaan kaum.Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud
sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing.
Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi
maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa
bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan.
Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat.
Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu
semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi
di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang
berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilai-
nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan
perhatian. Selain itu, dengan pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni
persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-
nilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual,
seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Sebahagian daripada
seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau
kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya
perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau
amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat
berfungsi sebagaimana dahulu lagi.
Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan
dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan
itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan
dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai
masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui
badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan
peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu.
Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri
Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah
hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan.
Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati bersama oleh
generasi akan datang.
Masyarakat malaysia yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi,
kini dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi
itu semakin diketepikan. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan
tradisi. Segala jenis mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat berfungsi
dalam perkembangan budaya moden kini. Malahan, berbagai jenis mainan moden
itu dianggap bertaraf dunia, dan orang Melayu juga patut mengambil bahagian,
terutama untuk turut bersaing dalam pertandingan yang diadakan di peringkat dunia.
8.0 Kesimpulan
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu
bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk
berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi
garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu
serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian
pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan
cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan
Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan
kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang
melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan
Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
Dasar kebudayaan kebangsaan merupakan salah satu dasar yang dibina oleh
kerajaan Malaysia yang mampu menyatukan
rakyat Malaysia dari sudut kebudayaan. Ia secara tidak langsung mempu
menggambarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Malaysia meskipun
rakyat Malaysia berbeza agama dan pegangan masing masing.
Tuntasnya dasar kebudayaan ini mampu mewujudkan sebuah Negara yang
lebih makmur dan memiliki masyarakat yang lebih hormat menghormati.
[/wp-like-locker]
Rujukan
Wan Liz Ozman Wan Omar. (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. (2005).
Ministry of Culture, Arts and Heritage of Malaysia: KUALA LUMPUR: Ministry of
Culture, Arts and Heritage of Malaysia
Sidang Pengarang.( 2003). Penilaian Tahap kecekapan (PTK) .
Kuala Lumpur. Penerbit Femina
Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk
menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan
.Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan
kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita
dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh
itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama
kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat
dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan
patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan
cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan
etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman
luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan
kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya
memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir
dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja
jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita
kecil lagi.


(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian
kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada
tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya.
Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka
yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota
masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk
bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara
ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota
masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba
diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran
yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun
ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie
telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan
JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang
kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan
untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang
kaum


Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran
politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini.
Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat
atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula
dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC
yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam
usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai
1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum
dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat
bekerjasama antara satu sama lain.


Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam
sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi
keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk
mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan
bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan
sebagainya.

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh
menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika
sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman
seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan
untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi
Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di
negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini
berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.


Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan
perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang
memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan.
Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu
di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan
bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka.
Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini
telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta
oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi
tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara
mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan
berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum
terbabit.


Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat
yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi
kesedaran kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah
bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport
dari negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka
menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah
Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan
sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak
sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam
masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua
golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak
mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan
objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan
sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran
kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan
tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial
seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana
banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah
memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita
palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa
kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang.
Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan
bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita
palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota
masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa
Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di
negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat
yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa
individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika
Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap
permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh
dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan
sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota
masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan
menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada
anggota masyarakat.

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( pilih
3 sahaja )

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal
dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi
Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia
merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk
memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi
pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi,
pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah,
Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa,
Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan
Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat
Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri
(JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat
Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan
bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat
antara rakyat di negara ini.


Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik
sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt
resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid
pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat
dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini
dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil
belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan
persembahan pentas.


Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat
disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk
perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan
setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat
memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang
hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk
semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus
dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk
menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek
kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta
akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini
mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati
ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya,
Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,


Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira
kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama
menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia
adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan
2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan
perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di
antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui
'1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama
yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga
besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada
perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan
rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di
negara ini.

(f) Rumusan

Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi
sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai
ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh
dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di
negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di
negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin
penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika
semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota
masyarakat

Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/
peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak
berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih
bermakna akhirnya.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.
Selain itu, kerajaan juga telah mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang turut bertindak
sebagai agen perubahan dalam interaksi antara kaum. Objektif utama dasar ini ditubuhkan adalah
untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan, memperkaya dan
mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan di samping menjana kerohaniaan yang
seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup
manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia kerana ia
mencerminkan keperibadian negara kita. Dasar ini sebenarnya dapat memupuk semangat
kerjasama khususnya dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan
sosioekonomi.Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berterusan.Oleh itu, dasar ini merupakan agen perubahan yang
berkesan sekali. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi
supaya dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang
budaya yang berbeza.
Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi
pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Justeru itu, atas sebab tersebut kerajaan telah menggubal
dasar ini bagi menyatupadukan kebudayaan yang pelbagai di negara kita. Melalui Dasar Kebudayaan
ini setiap etnik dapat berhubung dengan baik. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan adalah perlu bagi negara kita yang tergolong dalam kalangan negara sedang
membangun kerana mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan budaya yang berbeza.
Justeru itu, dapatlah dibuktikan bahawa dasar ini dapat dijadikan garis panduan dalam membentuk
serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta dapat mengekalkan identiti negara.


KONSEP 1 MALAYSIA.






Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran
yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka
Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang
berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep ini bertepatan dengan
cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan
hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup
mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia
sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh
dunia. Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan
serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau
kelebihan yang patut dibanggakan. Gagasan 1Malaysia juga menekankan sikap penerimaan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat
dalam satu negara. 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam
kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan
dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan
sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan
bermula sejak kemerdekaan dicapai. Justeru itu, 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula
semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.


RUKUN NEGARA.
Di samping itu, setiap warganegara Malaysia juga hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras
dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-
nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada
perlembagaan, kedaulatan undangundang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai
kesopanan dan kesusilaan. Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia
yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan
masyarakat. Seterusnya melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, demokratik,
adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip yang
terkandung di dalam Rukun Negara adalah jelas merupakan kunci kepada masyarakat majmuk
negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Perpaduan dan penyatuan rakyat amat penting
dalam usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyat. Melalui Rukun Negara, semua lapisan
rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat berpegang kepada satu ideologi yang dapat dijadikan
sebagai amalan dan etika kehidupan seharian mereka. Rukun Negara amalan hidup rakyat Malaysia.
Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam melahirkan
rakyat yang hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang adil
dalam pengagihan kekayaan dan kemakmuran
negara. Masyarakat yang progesif dalam mewujudkan warganegara yang berbudaya ilmu
demi mewujudkan rakyat yang cukup pengetahuan untuk membangunkan negara. Masyarakat
yang liberal yang diberikan kebebasan mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya
kebangsaan.


DASAR INTEGRASI NASIONAL.
Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai
kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan
integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara
berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara
dapat disalurkan kepada memajukan negara. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam
kalangan rakyat sesebuah negara mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan
etnik.
Agen hubungan etnik mempunyai tahap- tahap fungsi hubungan etnik yang pelbagai iaitu pada
peringkat diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Melalui agen hubungan etnik ini
budaya yang mencetuskan perpaduan boleh dibentuk, budaya yang berpaksikan kepada wawasan
yang boleh dikongsi bersama, disokong oleh media yang positif dan dasar-dasar kesederhanaan
yang membawa kepada keseimbangan. Hal ini sangat perlu kerana sebarang aspek budaya yang
diekstrimkan tanpa berpandu kepada kontrak sosial akan membawa keretakan integrasi nasional.


DASAR PENDIDIKAN NEGARA.
Selain itu, kerajaan juga turut melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang secara lansung
dapat merapatkan hubungan antara pelbagai kaum. Contohnya melalui penubuhan sekolah
kebangsaan. Jika diteliti,dasar ini sebenarnya turut memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan interaksi antara pelbagai etnik, bangsa, budaya mahupun kepercayaan. Dalam kata
lain, dasar ini sebenarnya agen perubahan yang dapat menggalakkan lagi perpaduan masyarakat
majmuk di negara kita. Melalui dasar pendidikan sesebuah negara dapat maju dan berkembang
pesat. Justeru itu, semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-
undang Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
sebenarnya bertujuan untuk memupuk perpaduan. Ia bagi memastikan pengasingan pendidikan
yang wujud sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan
menyeluruh. Keseragaman tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi ikatan perpaduan yang
wujud selama ini.


BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERPADUAN.
Seperti yang kita ketahui, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita.. Dalam
Perkara 152 perlembagaan ada menyatakan kedudukan Bahasa Melayu.Hal ini bermaksud bahasa
melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan bangsa melayu kepada bahasa
kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini sebenarnya memberikan implikasi yang sangat
luas. Salah satu implikasi tersebut adalah sebagai agen perubahan yang berfungsi sebagai alat
perpaduan utama masyarakat majmuk di negara kita. Penggunaan bahasa melayu dalam interaksi
seharian antara pelbagai kaum sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ini
secara langsung dapat memupuk semangat perpaduan antara pelbagai etnik. Contohnya, apabila
orang cina, India dan melayu ingin berkomunikasi mereka akan menggunakan bahasa melayu hal ini
disebabkan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan yang utama berbanding bahasa
lain. Namun demikian, penggunaan bahasa lain adalah tidak dilarang.


KESIMPULAN
Penggubalan dasar, pelan kerajaan ini merupakan salah satu agenda kerajaan dalam mewujudkan
interaksi. Tetapi sejauh manakah keberkesanan dasar ini dalam isu interaksi? Perpaduan yang jitu
masih lagi dicari dan pembentukan Bangsa Malaysia tetap menjadi satu agenda utama negara. Idea
Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia) merealisasikan konsep Negara Bangsa
masih belum tercapai disebabkan masih wujud pebagai masalah interaksi antara indivudu. Interaksi
di antara individu pelbagai etnik hanya kerap berlaku sekiranya individu berkenaan berada dalan
satu persekitaran multi-etnik seperti di SMK. Berjayakah Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan,
Melanau dan etnik yang lain yang terdapat di Malaysia dibawa ke satu ruang fizikal yang sama oleh
pelbagai dasar dan program perpaduan? Sekiranya ada di antara etnik itu tercicir, maka interaksi
yang berlaku hanya relevan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan individu etnik yang telah
berjaya dibawa ke satu ruang fizikal yang sama. Etnik yang tercicir kurang mempunyai peluang untuk
berinteraksi antara pelbagai etnik. Kejayaan meningkatkan interaksi antara pelbagai etnik
bergantung kepada skop dasar dan program yang diperkenalkan dan kejayaan perlaksanaannya oleh
pelbagai peringkat agensi-agensi kerajaan. Jika tidak dapat dilaksanakan interaksi sosial pelbagai
etnik, budaya dan kepercayaan maka Satu Negara Satu Bangsa hanya akan tinggal sebagai slogan
tanpa penghayatan semua rakyat Malaysia. Yang pasti usaha, kajian serta penggubalan dasar yang
lebih efektif pasti menjamin interaksi yang lebih berkesan dan cabaran strategik yang dimuatkan
dalam Wawasan 2020 iaitu pembentukan bangsa Malaysia dapat dicapai.

You might also like