You are on page 1of 2

UNIT 6 TOLERANSI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

NILAI: Toleransi
DEFINISI: Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
KATA KUNCI (1): Bertolak ansur KATA KUNCI (2): Sabar/Mengawal diri

Bukti rakyat Malaysia mengamalkan sikap toleransi dalam pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan:
Menerima agama Islam sebagai asas penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Menerima dan menghormati budaya kaum lain. Contohnya,rakyat Malaysia menjadikan baju kurung dan baju
melayu sebagai pakaian tradisonal yang dapat melambangkan identiti negara Malaysia. Pakaian tradisional
kaum lain seperti cheongsam dan sari juga diterima oleh semua kaum.

Kebaikan mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan bermasyarakat:
Masyarakat hidup aman damai
Sesuatu program pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Masalah pergeseran kaum tidak berlaku.
Matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju tercapai.

Kesan-kesan negatif akibat pengabaian nilai toleransi dalam kehidupan:
Dipandang hina oleh orang lain atau masyarakat.
Menjatuhkan imej diri dan keluarga.
Rusuhan antara kaum

Langkah-langkah meningkatkan nilai toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia:
Mengadakan kempen yang mementingkan kerjasama antara pelbagai kaum
Menerapkan nilai toleransi melalui pengajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.
Mewujudkan keadilan untuk semua kaum.

Matlamat Dasar
Pembangunan
Nasional(DPN)
Memperkukuhkan kestabilan negara dari
segi ekonomi, sosial dan politik melalui
pembangunan bandar dan di luar bandar
Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial,
nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip
pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi

You might also like