You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini saya akan


menyampaikan pidato bertajuk hormat-menghormati. Dewasa ini, pengamalan
nilai hormat-menghormati antara satu sama lain adalah sangat penting kerana
masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Pengamalan nilai hormat-
meghormati antara satu sama lain adalah sangat penting kerana masyarakat di
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Hormat-menghormati bermaksud saling
memberi hormat pada orang lain dengan memberi layanan yang sopan kepada
orang lain. Sebagai contoh, memberi layanan yang baik kepada kedua ibu bapa
atau guru. Namun, penerapan nilai murni ini masih rendah jika dibandingkan
dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, nilai menghormati sangat penting
dan perlu diterapkan pada anak-anak sejak usia yang muda lagi. Bak kata pepatah,
melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa
menunjukkan tauladan yang baik pada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa
merupakan rujukan pertama anak-anak dalam pembentukan sahsiah diri apabila
mereka membesar kelak. Ibu bapa perlu sedar akan kepentingan memupuk nilai
ini di usia muda supaya nilai ini menjadi asas kepada pegangan hidup anak-anak.

Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi galakkan kepada anak-anak untuk
menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Semua akitiviti kemasyarakatan ini
bertujuan untuk mendidik anak-anak untuk memahami kesusahan orang lain. Hal
ini secara tidak langsung akan mewujudkan sikap prihatin dan hormat terhadap
orang lain. Sebagai contoh, antara aktiviti kemasyarakatan yang boleh dijalankan
ialah gotong-royong. Hal ini kerana aktiviti seperti ini akan mewujudkan
perasaan penerimaan di antara satu sama lain seterusnya membentuk sikap
hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat.

Tambahan lagi, ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna
kepada anak-anak untuk memupuk sikap saling hormat-menghormati. Ibu bapa
kini terlalu mengejar kemewahan dan keselesaan hidup sehingga mengabaikan
dalam tanggungjawab mereka untuk menyemai nilai murni ini pada anak mereka.
Sebagai contoh, agama Islam amat menitik beratkan umatnya untuk menghormati
orang yang lebih tua daripada mereka. Oleh itu, didikan agama yang sempurna
sangat penting kepada anak-anak bagi memupuk nilai hormat-menghormati.
Kesimpulannya, nilai hormat-menghormati tidak boleh dipandang remeh.
Ibu bapa merupakan watak yang penting dalam memupuk sahsiah yang baik pada
anak-anak. Peranan yang akan dimainkan oleh ibu bapa ini akan memberi impak
yang besar dalam pembentukan nilai murni anak-anak. Semua pihak juga perlu
memainkan peranan mereka dalam membentuk masyarakat yang saling hormat
menghormati. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mendidik atau memupuk nilai ini
dengan lebih mudah dalam diri anak-anak. Tambahan lagi, ibu bapa seharusnya
faham bahawa anak-anak sangat memerlukan perhatian mereka dalam hal seperti
ini. Oleh itu, ibu bapa perlu memupuk nilai hormat-menghormati pada anak agar
mereka sedar bahawa nilai ini sangat penting untuk menjadi insan yang lebih baik.
Sekian, terima kasih.

You might also like