You are on page 1of 3

Sejarah Ringkas Madrasah Alattas Alarabiah Johor

Allahyarham Habib Hassan Bin Ahmad AlAttas

Orang-orang Arab dari negeri-negeri di Timur Tengah telah datang ke Asia Tenggara pada awal abad ke- 15 masihi untuk berniaga dan mengembangkan agama Islam. Dalam merealisasikan matlamat tersebut timbul idea membina madrasah-madrasah untuk dijadikan tempat pengajian bahasa Arab dan agama Islam. Habib Hassan Bin Ahmad Alattas telah membina Madrasah Alattas Alarabiah Johor pada tahun 1913. Beliau telah memulakan sistem pendidikan berbentuk formal di Johor Bahru dengan tujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak Melayu mempelajari bahasa Arab dan agama Islam secara efektif.

Bangunan Madrasah Alattas Alarabiah Johor Bangunan pertama telah dibina di atas Bukit Timbalan, Johor Bahru, kemudian berpindah ke Bukit Seri Kopi berhampiran Sekolah Kebangsaan Air Molek; berpindah lagi ke Bukit Hassan berhampiran sekolah SIGS, Johor Bahru dan kemudiannya berpindah ke Kampong Habib Hassan. Kali terakhir sebelum beliau meninggal dunia, kampus Madrasah telah dibina di alamat 10J, Jalan Sekolah Arab, Wadi Hana. Keadaan berlaku disebabkan untuk memenuhi permintaan masyarakat setempat dan luar negeri. Y.M Tuan Syed Ali Bin Mohammed Alattas dilantik menjadi Nazir keenam.

Bangunan Madrasah Alattas di Ulu Tiram Pada 10 Julai 1993 kampus baru yang terletak di KM 23, Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram siap dibina dan mula beroperasi. Kampus yang seluas 20 ekar terletak di kawasan yang sangat strategik. Kampus ini turut menyediakan makmal sains, bilik komputer, perpustakaan berhawa dingin, kafeteria, pusat bahasa Arab, pusat dobi, kantin, surau, padang, kenderaan sekolah dan kemudahan asas yang lain. Pembinaan bangunannya pula mempunyai ciri-ciri yang unggul dan tersendiri.

Sistem pembelajaran yang dilaksanakan adalah memenuhi kehendak Sistem Pendidikan Negara yang berasaskan kepada KBSM dan sistem pelajaran bahasa Arab serta agama Islam dijadikan teras utama pendidikan. Bidang Kokurikulum turut diberikan keutamaan. Pelajar mengikuti aktiviti badan beruniform, kelab/persatuan serta sukan dan permainan bagi memenuhi kehendak falsafah pendidikan negara ke arah mengimbangi jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar. Dalam aliran bahasa Arab, Madrasah menyediakan peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Dalam bidang akademik pula tahap peperiksaan peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut disediakan. Pelajar yang tamat pembelajaran di Madrasah Alattas akan meneruskan pengajiannya ke Institusi Pengajian Tinggi khususnya di Universiti Al-Azhar, Mesir, Jordan, Madinah atau ke IPTA/IPTS di dalam negara sahaja. Madrasah Alattas telah berjaya melahirkan ramai ahli agama, politik, ekonomi, falsafah yang menjadi penggerak dalam kemajuan negara. Madrasah Alattas berbangga dengan pelajar-pelajar lepasannya yang kini telah berkhidmat hingga ke peringkat pemimpin masyarakat seperti menjadi mufti, menteri, ahli professional dan lain-lain lagi. Pada bulan Ogos 2005, Jemaah Pengelola Sekolah telah berjaya meletakkan Madrasah Alattas dalam senarai nama sekolah aliran perdana apabila membuat Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan JAPIM dan KPM. Berikutan itu pada tarikh 1 Januari 2006, Madrasah telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Kini SABK Madrasah Alattas telah dilengkapi pelbagai kemudahan sama ada untuk membantu pelajar-pelajar dan juga dalam urusan pentadbiran serta tenaga pengajar. Usaha mengemas kini dalam urusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum sedang berjalan lancar. Pada tarikh 18 Februari 2009, Pengarah Pelajaran Johor bersama pegawaipegawai kanan JPN dan PPD telah membuat lawatan kerja ke SABK Madrasah Alattas dan mengumumkan bahawa Madrasah ini akan terus dibantu untuk menjadikan sebagai sekolah SABK contoh di seluruh negara. Sesungguhnya usaha mulia ini telah diasaskan oleh Mujahid yang terkenal iaitu Allahyarham Habib Hassan Bin Ahmad Alattas. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Amin.

You might also like