You are on page 1of 19

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/281521934

MEKANISME WAKAF SEBAGAI INSTRUMEN


PENDIDIKAN TINGGI SWASTA. PROSPEK DAN
CABARAN KOLEJ...

Conference Paper February 2015

CITATIONS READS

0 677

5 authors, including:

Rahisam Ramli Roslina Hashim


Kolej Universiti Islam Melaka Kolej Universiti Islam Melaka
8 PUBLICATIONS 3 CITATIONS 5 PUBLICATIONS 3 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

home financing View project

Kajian wakaf pendidikan tinggi Kolej Universiti Islam Melaka View project

All content following this page was uploaded by Rahisam Ramli on 06 September 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file. All in-text references underlined in blue are added to the original document
and are linked to publications on ResearchGate, letting you access and read them immediately.
MEKANISME WAKAF SEBAGAI INSTRUMEN PENDIDIKAN TINGGI SWASTA.
PROSPEK DAN CABARAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA SEBAGAI IPTS1

Nur Yuhanis Ismon, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Shahrina Romli & Roslina Hashim
Akademi Pengajian Islam
Kolej Universiti Islam Melaka

E-mel: nuryuhanis@kuim.edu.my, rahisam@kuim.edu.my, shahrina@kuim.edu.my,


nurfarhana@kuim.edu.my, roslina@kuim.edu.my

ABSTRAK
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) berperanan menjadi pelengkap kepada IPT Awam.
Bagi menjana kos operasinya, yuran pengajian menjadi sumber utama kewangan IPTS. Namun
kebergantungan terhadap yuran pengajian tidak menjamin daya saing yang kompetitif dalam
industri ekonomi pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan mekanisme wakaf
sebagai satu instrumen bagi membiayai kos operasi dan pembangunan akademik yang berkait
dengan aset kekal. Selain itu kajian ini juga mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh sebuah
IPTS yang berada sepenuhnya di bawah kerajaan negeri. Reka bentuk kajian yang digunakan
ialah kajian deskriptif. Pengumpulan data dihasilkan menerusi dua kaedah iaitu kaedah
perpustakaan dan kaedah temu bual berfokus. Analisis kandungan dari artikel jurnal, laporan dan
temu bual bersama responden dianalisis secara induktif (istiqrai), deduktif (istinbat)dan
komparatif (qias). Hasil penelitian mendapati bagi menjamin kelangsungan instrumen wakaf
KUIM memerlukan mekanisme rakan kongsi yang dapat menyalurkan pembiayaan tanpa faedah
sebagai modal untuk memajukan aset. Implikasi penting kajian ini mendapati mekanisme kutipan
wakaf masih tidak memadai tanpa penglibatan rakan kongsi dari pelbagai pihak secara kolektif
Katakunci: mekanisme wakaf; pendidikan tinggi swasta; wakaf sebagai instrumen;
pembangunan wakaf.

1
Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Meja Bulat Wakaf Pendidikan Tinggi. Anjuran Akademi Pengajian
Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam. 12 Februari 2015 di UiTM Shah Alam.

1
1. PENGENALAN

Wakaf pendidikan kini menjadi satu instrumen penting dalam pembangunan IPTA/S. Di
Malaysia, wakaf pendidikan sudah lama diamalkan melalui pembinaan sekolah pondok, maahad
tahfiz, sekolah agama rakyat, sekolah agama negeri, (Najibah Mustaffa dan Mohd Zamro Muda,
2014). Perkembangan wakaf pendidikan yang semakin meningkat, terdapat beberapa IPTA yang
telah menggunakan wakaf sebagai instrumen untuk pembangunan fasiliti dan kemudahan di
institut berkenaan sebagai contoh di Universiti Islam Antarabangsa di mana wujudnya IIUM
Endowment Fund untuk mengumpul dana wakaf bagi tujuan pembangunan ummah. Sejurus
kemudian, wujud IPTS yang ditubuhkan dan dibina menggunakan dana wakaf seperti Universiti
Antarabangsa Al-Bukhary yang ditaja pembinaannya oleh ahli perniagaan terkenal Malaysia iaitu
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Terdapat pelbagai kekangan dan masalah yang timbul apabila KUIM merupakan sebuah
Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah Akta
Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996. Masalah timbul apabila dana wakaf tunai yang diperolehi
tidak mencukupi untuk membina satu bangunan aset kekal yang boleh dimanfaati oleh pelajar,
kakitangan serta masyarakat sekeliling. Pelbagai usaha berterusan untuk mengumpul dana wakaf
di KUIM telah dijalankan seperti melalui potongan gaji kakitangan, kutipan individu dan orang
ramai di sekitar kawasan KUIM. Namun demikian, dana untuk membina bangunan wakaf masih
lagi tidak mencukupi.
Kajian ini juga diluaskan lagi dengan melihat potensi KUIM untuk membangunkan satu
aset kekal melalui jaringan dengan badan-badan korporat di Malaysia mahupun negara luar.
Perkara sampingan seperti kos penyelenggaraan dan penambahbaikan bangunan wakaf yang
akan dibina perlu diambil kira untuk mengekalkan kestabilan bangunan tersebut. Oleh yang
demikian, satu model wakaf pendidikan tinggi khususnya IPTS seperti KUIM yang mana dana
diperolehi separuh daripada kerajaan Negeri Melaka boleh dijadikan sebagai satu instrumen
untuk kegunaan pelajar, kakitangan dan masyarakat sekeliling di samping menjana pendapatan
melalui bayaran sewa bangunan dan sebagainya.

2. SOROTAN KAJIAN

Antara kajian awal yang mendapati wakaf berperanan dalam pembangunan sektor pendidikan
dilakukan oleh Murat Cizakca (1998) dan Monzer Kahf (1998). Kedua-duanya bersetuju dari
aspek sejarah dana wakaf terbukti menjadi instrumen penting bagi 3 perkara iaitu sebagai
pembiayaan negara, mengurangkan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan dan
menghapuskan sistem riba. Bukti kajian sejarah menunjukkan kombinasi dua kaedah menerusi
wakaf tunai dan mudharabah adalah elemen penting dalam sistem perbankan Islam. Dalam hal

2
ini model wakaf pada zaman empayar Uthmaniyyah menjadi penanda aras membuktikan aplikasi
instrumen wakaf sebagai dasar pengagihan kekayaan negara.
Kajian sumbangan dana wakaf di Malaysia dijalankan oleh Mohammad Tahir et.al
(2005). Kajian beliau memfokuskan mekanisme pembiayaan yang ideal dalam pembangunan
harta tanah wakaf di Malaysia. Antara masalah yang dikenal pasti dalam pembangunan wakaf
ialah harta tanah wakaf dianggap tidak boleh dipindah milik kerana ia mesti kekal sebagai wakaf
secara berkekalan. Ini menyebabkan institusi wakaf tidak dapat menggunakan harta tanah ini
sebagai sandaran kerana dikhuatiri harta tanah ini jatuh ke tangan pihak pembiaya. Pihak
pembiaya pula tidak bersedia untuk menerima harta tanah wakaf sebagai sandaran kerana
sifatnya yang berkonsepkan ketidakboleh pindah milikan dan keberkekalan. Kajian empirikal
menunjukkan bahawa institusi wakaf tempatan di Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan masih
perlu untuk mengikuti jejak langkah negara-negara lain dalam tren pembiayaan wakaf. Kajian
beliau mencadangkan kaedah istibdal, saham wakaf dan pinjaman qard al-hasan sebagai kaedah
popular pembiayaan wakaf. Kajian ini walau bagaimanapun, mendapati bahawa tiada satu pun
dari cara-cara pembiayaan di atas mekanisme yang ideal dalam pembiayaan pembangunan
wakaf, kecuali wakaf tunai.
Manakala dana wakaf untuk membangunkan sektor pendidikan tinggi dijelaskan oleh
Mohamad Akram Laldin (t.t.) dari perspektif sejarah. Beliau mendapati, sejak awal Islam, pada
abad ketujuh pelbagai aktiviti pendidikan telah dibiayai oleh sumbangan wakaf dan sukarela. Ia
adalah satu fakta sejarah bahawa masyarakat Islam bergantung dengan ketara pada wakaf untuk
pembiayaan pendidikan di semua peringkat. Sebagai contoh, Pulau Sicily, di bawah
pemerintahan Islam mempunyai 300 sekolah rendah dan semuanya disediakan dengan hasil
wakaf bagi pembayaran guru dan peralatan sekolah. Begitu juga sekolah tinggi dan universiti di
setiap satu daripada bandar-bandar Islam yang besar, seperti Al Quds, Damsyik, Baghdad dan
Kaherah. Terdapat universiti khusus dalam bidang-bidang sains yang berbeza, seperti perubatan,
kimia dan pengajian Islam. Universiti ini termasuk seperti Al Qurawiyin di Fez, Al Azhar di
Kaherah, Al Nizamiyah di Al Mustansiriya, Baghdad. Ladang-ladang wakaf digunakan untuk
menyediakan universiti ini dengan membina tambahan kepada bahan-bahan pengajaran, buku-
buku ilmiah, gaji untuk guru-guru dan bantuan kewangan untuk pelajar. Sesetengah university,
walaupun mempunyai asrama pelajar bagi kedua-dua pelajar tunggal dan berkahwin.
Sesungguhnya ia adalah sebuah institusi yang aktif dan inovatif, yang boleh memberi manfaat
kepada umat Islam. Produk-produk yang berbeza yang dibangunkan oleh IEF di UIAM itu
adalah beberapa langkah inovatif untuk mengembangkan peranan institusi ini. Umat Islam dan
ulama, khususnya, perlu kreatif dalam menggunakan institusi ini untuk manfaat umat manusia
secara keseluruhan. Malah, peranan Wakaf hendaklah difahami dengan berdasarkan teori
Maqasid al-Syariah dalam Islam untuk mendapatkan semula dinamik institusi ini.
Kajian perbandingan di negeri-negeri terpilih menunjukkan beberapa masalah utama
ketika membangunkan tanah wakaf. Baharudin Sayin et al. (2006) menjalankan kajian untuk
mengetahui pengurusan wakaf di Malaysia secara perbandingan antara negeri-negeri Johor,
Melaka, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Perbadanan Wakaf
Malaysia. Kajian mendapati bahawa pengurusan wakaf di Malaysia masih menghadapi banyak
masalah dan tidak seragam. Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh pihak-pihak yang
terlibat secara bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Usaha-usaha mengemas kini
pengurusan wakaf di Malaysia wajar dilaksanakan dan tidak hanya diserahkan kepada Majlis
Agama Islam Negeri-negeri. Semua pihak perlu dilibatkan termasuk ahli-ahli akademik yang
berkemampuan seperti yang terdapat di UiTM, agar manfaat hasil wakaf akan lebih menyeluruh.
3
Tidak dinafikan pertumbuhan ekonomi turut meningkatkan beban yuran pengajian.
Pinjaman pendidikan meskipun disediakan namun pembayaran balik pinjaman memberi kesan
kesukaran kepada graduan. Abdul Halim Sunny (2007) menyatakan kos untuk membiayai
pendidikan semakin mahal berikutan yuran pengajian semakin meningkat terutama bagi kursus-
kursus kritikal dalam bidang sains dan teknologi seperti perubatan, sains kesihatan, farmasi,
kejuruteraan, sains angkasa dan lain-lain. Tidak terkecuali juga bidang sastera dan agama yang
merupakan bidang tradisi bagi majoriti pelajar Bumiputera Muslim. Pembayaran balik ini
menimbulkan beban dan masalah kepada peminjam dan juga pemberi pinjaman itu sendiri untuk
melakukan amalan berwakaf dan berzakat secara aktif dan berterusan. Faktor- faktor penentu
kejayaan pelaksanaan wakaf untuk pendidikan ini adalah dengan adanya kesedaran masyarakat,
keadaan demografi iaitu populasi penduduk Islam yang tinggi, kedudukan ekonomi yang mantap
yang dimiliki oleh umat Islam dan tadbir urus yang cekap dan profesional. Kajian ini lebih
berupa konseptual, masih belum ada model tertentu dalam konteks pendidikan IPTS untuk
dijadikan model terbaik.
Konsep wakaf untuk pembangunan hartanah masih mendapat perhatian pengkaji lain.
Contohnya, Siti Mashitoh Mahamood et al. (2007) menghubungkan konsep wakaf sebagai
instrumen pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Fokus utama kajian ini
hanya membincangkan perkara berkaitan prospek serta peluang-peluang yang perlu diambil kira
dan dikaji dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI.
Kajian lain yang lebih memfokuskan aspek teoritikal masih mendapat perhatian. Asmak
Ab. Rahman (2009) menganalisis peranan wakaf sebagai pembangunan ekonomi ummah. Dalam
masa yang sama wakaf berperanan dalam pembangunan ekonomi secara langsung. Wakaf
berperanan dalam pembangunan ekonomi dengan cara menyediakan kemudahan-kemudahan
kesihatan, pendidikan dan ibadat. Apabila masyarakat mendapat kemudahan menerima rawatan
kesihatan, pendidikan dan kemahiran, maka dari sudut insani ini bermakna mereka juga telah
membangun. Ini kerana apabila mereka sihat dan terdidik serta mempunyai kemahiran, ia
membuka peluang untuk meningkatkan juga taraf ekonomi keluarga mereka. Begitu juga dengan
adanya tempat-tempat ibadat yang membolehkan mereka berjemaah, menunaikan ibadat,
menuntut ilmu dan melakukan kegiatan-kegiatan yang menyuburkan rohani, akan turut
membangunkan kemanusiaan mereka. Ini kerana pembangunan ekonomi tidak sekadar diukur
dari pembangunan bersifat fizikal, malah pembangunan insan juga merupakan sebahagian
daripada keperluan dalam pembangunan ekonomi.
Antara alasan diberikan mengapa wakaf mampu meningkatkan ekonomi ummah ialah
kerana ia berkait dengan indikator kesejahteraan dalam menentukan indikator kesejahteraan
ummah. Kesejahteraan ummah merupakan satu perkara yang sangat penting bagi mencapai
pembangunan sesebuah negara. Wakaf bukan sahaja menjadi instrumen penting, tetapi harus
dilaksanakan dengan zakat dan sedekah secara sistematik. Oleh itu wakaf sebagai mekanisme
agihan semula adalah sangat unik kerana pewakaf tidak perlu dipaksa untuk melakukannya
kerana ia dibuat dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Begitu juga dengan sedekah dan
hibah yang dilakukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah. (Shamsiah Mohamad et al.,
2010).
Perkembangan kajian wakaf sebagai instrumen pendidikan turut dijadikan model untuk
peringkat sekolah. Syed Mohd Ghazali Wafa (2010) membuat simulasi wakaf pendidikan
kebangsaan. Tumpuan kepada pendidikan sekolah, namun kita boleh menjadikan sebagai model
asas kepada pengumpulan dan usaha berterusan. Bermula dengan amalan wakaf harta tetap
secara langsung, dewasa ini perkembangan wakaf adalah dalam bentuk wakaf tunai dan daripada
4
tunai inilah sebahagiannya dimanfaatkan untuk pembangunan atau pembelian hartanah atau harta
lain dan sebahagian pula akan dilaburkan dalam pasaran kewangan. Menariknya, beliau
mencadangkan bagi tadbir urus wakaf adalah disarankan sebuah Perbadanan di tubuhkan khusus
bagi melaksanakan program ini. Ia melibatkan kepentingan awam dan nilai dana yang besar.
Maka program ini memerlukan kepada tadbir urus yang disokong dengan perundangan yang
bersesuaian.
Hailani Muji Tahir (2010) mengemukakan bagaimana pelaksanaan idea wakaf di UKM.
Beliau menjelaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dalam menjana dana
wakaf dan agihannya, di samping menjelaskan beberapa perkara penting dalam menangani isu
isu semasa, termasuk idea penswastaan dalam negara Islam. Pada hakikatnya, dana wakaf adalah
satu sistem wakaf harta yang unik dan mampu menyelesaikan banyak masalah ekonomi yang
tidak stabil pada masa ini tetapi suatu anjakan paradigma perlu dibuat oleh kedua-dua belah
pihak, iaitu Majlis Agama Islam Negeri dan pihak pewakaf sendiri untuk memperluaskan amalan
berwakaf kepada harta-harta alih. Selanjutnya Sementara itu di pihak Majlis, mereka perlu
bersedia dari segala sudut untuk menguruskan asset-aset dalam kategori ini secara professional.
Pelantikan agen professional bagi mengendalikan wakaf merupakan suatu langkah yang bijak
bagi mengatasi masalah ketiadaan kakitangan atau pegawai Majlis yang kompeten. Ianya juga
boleh dilaksanakan secara usaha sama ataupun penubuhan syarikat ataupun perbadanan khusus
untuk merealisasikannya, justeru, semua perjalanan dana wakaf mesti dijalankan atas dasar
panduan Syarak supaya wakaf tersebut sah dan berkat di sisi Allah SWT juga berjaya dalam
merealisasikan maksud dan tujuan dari ibadat wakaf. Kajian berikutnya juga masih belum
banyak mengemukakan model baharu pendidikan tinggi, khususnya kepada IPTS yang
bergantung penuh dari daya usaha pengambilan pelajar dan kutipan yuran. Umpamanya Sanep
Ahmad &Nur Diyana Muhamed (2011). Abd. Shakor Borham (2011) pula membincangkan
mengenai pelaksanaan pembangunan wakaf korporat yang diperkenalkan oleh Johor Corporation
Berhad (JCorp) menerusi anak syarikatnya iaitu Wakaf An-Nur Corporation Berhad
(WANCorp). (Mazrul Shahir Md Zuki, 2012) mengukuhkan fakta wakaf berperanan dalam
pembangunan sosioekonomi. Kajian ini menumpukan bahawa wakaf sebagai model saluran
kebajikan yang penting kepada masyarakat yang memerlukan. Beliau mendapati budaya wakaf
perlu disuburkan semula selepas melalui beberapa zaman pemerintahan Islam. Budaya kerja
pendekatan moden perlu diterapkan untuk menjamin kejayaan wakaf. Tujuan utama adalah
sebagai saluran kebajikan kepada masyarakat.
Kertas konseptual seperti Ashraf Mohd Ramli &Mustafa Omar Mohammad (2013) kajian
berkaitan pendidikan tinggi sebagai hubungan pendidikan antarabangsa memerlukan dana awam
melibatkan kos yang tinggi. Kajian ini mencadangkan wakaf sebagai dana alternatif bagi sektor
pendidikan. Pendekatan kaedah sejarah wakaf menunjukkan wakaf berperanan dalam
menyalurkan dana kepada pendidikan tinggi di kalangan negara-negara Islam.
Pembiayaan wakaf menerusi kaedah bank dikemukakan oleh Muhammad Ridhwan Ab
Aziz et al. (2014). Beliau mencadangkan Bank wakaf Islam sebagai sebuah institusi kewangan
khas yang direka akan memberi manfaat kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka kerana
struktur yang unik yang boleh membiayai pendidikan pelajar dari segi yuran dan kos sara hidup.
Bank wakaf Islam menggunakan konsep wakaf tunai dari segi pembiayaan pengajian pendidikan.
Oleh itu, kajian untuk menguruskan dana wakaf tunai melalui bank wakaf Islam adalah penting
dalam usaha untuk dana yang akan digunakan dengan cekap.
Kajian wakaf di IPTA antaranya dilakukan oleh Siti Zakiah Ali &Hairunnizam Wahid
(2014). Dana wakaf institusi pendidikan tinggi juga adalah salah satu cara yang dapat membantu
5
meningkatkan kebajikan universiti. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan kepada satu
kaedah pengurusan dana wakaf institusi pendidikan yang baik dari aspek kutipan dan
perbelanjaan serta dapat memberikan manfaat dana wakaf yang berterusan dalam jangka
panjang. Kajian ini menumpukan kepada model pengurusan wakaf antara IPTA terpilih di
Malaysia iaitu UIAM, UKM, USIM dan UPM.
Manfaat wakaf kepada pendidikan tinggi antara lain melahirkan usahawan menerusi
program inkubator dilakukan oleh NorAin Abdullah et al. (2014). Kajian ini mengkhususkan
keusahawanan di UKM-CESMED salah satu pusat pembangunan usahawan. Menerusi
pendidikan, penyelidikan dan keusahawanan sumber pembiayaan perlu disertai oleh wakaf.
Maka pembangunan akan tercapai dengan sokongan aset wakaf seperti tanah dan bangunan
boleh dimanfaatkan oleh institusi ini. Program inkubator yang dijalankan sudah menunjukkan
kejayaan menghasilkan usahawan di kalangan mahasiswa yang bersungguh-sungguh. Kajian ini
mencadangkan program inkubator wakaf berperanan untuk melahirkan para usahawan.
Berdasarkan sorotan kajian, timbul persoalan seandainya instrumen wakaf mampu
dijadikan sebagai pembiayaan sektor pendidikan mengapa tidak semua institusi berusaha
menjadikan ia sebagai sumber pembiayaan? Sedangkan fakta sejarah menunjukkan dana wakaf
merupakan instrumen penting bagi pembiayaan pendidikan masa lalu yang berjaya dibentuk
dalam zaman kegemilangan Islam. Jika alasan zaman dan tempat berbeza yang menjadikan ia
sebagai alasan, apakah kita tidak boleh mengemukakan model baharu wakaf yang sepadan
dengan sektor pendidikan bertaraf IPTS?
Di peringkat kerajaan persekutuan institusi wakaf (JAWHAR) yang bertanggungjawab
memartabatkan perlu meluaskan ruang lingkup dana wakaf kepada sektor pendidikan tinggi.
Kekurangan kajian-kajian empirikal terhadap isu tersebut menjadikan sektor pendidikan tinggi
akan terus berhadapan dalam melestarikan risiko kos operasi. Hanya segelintir pengkaji yang
mula meneroka keupayaan wakaf merujuk model IPTA. Bezanya perbelanjaan IPTA mendapat
suntikan sepenuhnya dari kerajaan persekutuan, sedangkan IPTS yang membiayai 100%
perbelanjaan operasinya. Justeru kajian yang bertujuan untuk mereka bentuk model baharu yang
bersesuaian dengan IPTS dirasakan menjadi keperluan pada masa kini. Secara ringkas komponen
utama kajian-kajian lepas dapat digabungkan untuk mereka bentuk model wakaf pendidikan
tinggi khusus bagi IPTS berdasarkan Jadual 1.

Jadual 1 Struktur dan komponen model wakaf pendidikan tinggi.

Struktur Komponen Pengkaji


1. Konseptual Sejarah wakaf pendidikan Murat Cizakca, Monzer Khaf
2. Ekonomi Kesejahteraan ekonomi Asmak Ab. Rahman
secara menyeluruh Sanep Ahmad & Nur Diyana Muhamed
Shamsiah Mohamad, Asmak Ab. Rahman &
Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy.
Siti Mashitoh Mahamood, Asmak Ab.
Rahman, Hasnol Zam Zam Ahmad &
Syarqawi Muhammad
3. Korporat Syarikat Abd Shakor Baharom
Perniagaan/Korporat
penyumbang utama
6
4. Aplikasi Pembentukan dana wakaf Abdul Halim Sunny
pendidikan Asharaf Mohd Ramli & Mustafa Omar
Mohammad
Muhammad Ridhwan Ab Aziz, Mohd Asyraf
Yusof, Fuadah Johari, Asharaf Ramli &
Hisham Sabri
Siti Zakiah Ali & Hairunnizam Wahid
Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam
Wafa
4. Tadbir urus Pengurusan yang telus dan Baharudin Sayin, Asmak Ali & S.Salahudin
cekap Suyurno
Mohamad Akram Laldin
Mohammad Tahir Sabit Haji Mohammad,
Abdul Hamid Mar Iman & Ismail Omar
5. Kerangka Pematuhan Syariah sebagai Hailani Muji Tahir
kerja kawal selia
6. Latihan Wakaf penjana aktiviti NorAin Abdullah, Muhammad Hakimi Mohd
usahawan Shafiai & Abd Halim Mohd Noor
Sumber: Pengkaji (2015)

3. CABARAN DANA WAKAF DALAM PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

Dalam menjamin pembangunan dari aspek pendidikan, dana wakaf yang diberikan oleh orang
ramai atau disumbangkan oleh individu tertentu mahupun syarikat tertentu menjadi satu cara
penyelesaian menangani masalah kekangan kewangan bagi instut pengajian tinggi awam
mahupun swasta. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan dalam arus kemodenan
ini menjadi satu titik tolak wujudnya dana wakaf yang diperlukan untuk pembiayaan kos
pengajian . Jika dilihat pengalaman di Negara Mesir yang menjadikan wakaf sebagai instrumen
yang penting bukan sahaja untuk pendidikan malahan untuk pembangunan dan maslahah umum
sejak Islam bertapak pada zaman Bani Ummayyah. Dana yang diberikan adalah untuk
membiayai yuran pengajian yang semakin tinggi disamping kos sara hidup para pelajar. Hutang
yang dibebani oleh pelajar dapat dilangsaikan dengan menggunakan dana wakaf ini sebagai
biasiswa.(Abdul Halim Sunniy, 2007)
Namun demikian, masalah yang dihadapi oleh Institut Pendidikan Tinggi Swasta
khususnya di Malaysia ialah kekurangan dana untuk membangunkan apa-apa fasiliti atau
kemudahan untuk kegunaan pelajar-pelajar. Institut Pendidikan tinggi swasta kini di Malaysia
sangat berkembang pesat disebabkan oleh permintaan yang sangat tinggi daripada orang ramai
khususnya ibu bapa yang mahukan anak mereka meneruskan atau menyambung pelajaran
diperingkat yang lebih tinggi. Kegagalan untuk mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi
Awam juga menjadi salah satu faktor pemilihan untuk memasuki Institut Pengajian Tingggi
Swasta. Kemasukan pelajar yang semakin meningkat saban tahun menyebabkan institusi tidak
dapat menyediakan fasiliti dan kemudahan yang cukup untuk dinikmati oleh pelajar pelajar.
Kekangan yang dihadapi oleh IPTS khusunya KUIM ialah disebabkan kebergantungan
sesebuah institusi kepada yuran pengajian yang dibayar oleh pelajar. Disamping dana sampingan
7
yang diperolehi daripada sumber sumber lain misalnya di Kolej Universiti Islam Melaka
(KUIM) terdapat sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Kebergantungan ini
menyebabkan KUIM menghadapi kesukaran untuk membina kemudahan kemudahan yang
difikirkan perlu untuk pelajar pelajar.
Selain daripada itu, cabaran yang dihadapi oleh IPTS khusunya KUIM ialah menjalinkan
hubungan kerjasama dengan pelbagai agensi sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
Hubungan kerjasama dari sudut pandangan, idea dan nasihat masih lagi tidak mampu untuk
menjadikan projek wakaf ini terlaksana. Akan tetapi, hubungan kerjasama untuk melaksanakan
dan membangunkan kemudahan atau projek yang menggunakan dana wakaf kini menjadi satu
cara bagi memastikan hubungan baik sesama agensi disamping mendapat manfaat daripada hasil
pembangunan projek-projek tertentu.
Terdapat banyak kajian yang dibuat oleh pengkaji daripada Malaysia mahupun luar
negara yang mengketengahkan konsep wakaf pendidikan di peringkat global. Halangan yang
wujud ialah apabila instrument wakaf yang diperkenalkan tidak ditransformasikan menjadi satu
bentuk perlaksanaan. Walaupun wujud tabung dana wakaf yang ditubuhkan diperingkat
universiti, namun demikian untuk membangunkan kemudahan yang berupa aset kekal amat sukar
disebabkan dana yang dikumpulkan tidak mencukupi untuk membina kemudahan atau
infrastruktur yang boleh dimanfaati oleh pelajar-pelajar.
KUIM telah mengambil dan mengorak langkah untuk menubuhkan tabung amal wakaf
yang telah dilancarkan pada 2011. Perlaksanaannya ialah dengan cara membuat potongan gaji
bagi kakikatangan KUIM dengan kadar minimum RM10 seorang. Kutipan dana ini juga dibuka
kepada orang ramai di sekitar kawasan Melaka sejurus mendapat kebenaran daripada pihak
Majlis Agama Islam Melaka. KUIM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi swasta yang
berada di bawah pengurusan kerajaan negeri juga telah mengambil inisiatif menubuhkan unit
wakaf yang diuruskan oleh sebelas orang ahli jawatankuasa. Setakat ini kutipan adalah dalam
bentuk wakaf tunai yang diperolehi melalui sumbangan orang ramai di sekitar Kuala Sungai
Baru, pelajar-pelajar serta melalui potongan gaji kakitangan KUIM.
Di Malaysia, dana yang diberikan oleh kerajaan dalam aspek pendidikan tidak dinikmati
oleh IPTS melainkan kepada pelajar-pelajar itu sendiri. Berdasarkan kepada beberapa
perancangan dan dasar-dasar yang telah ditentukan. Kini, Malaysia berada dalam Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMK10). Ia adalah kesinambungan pelan rancangan pembangunan negara
jangka sederhana untuk tempoh lima tahun (tahun 2011 hingga 2015). Kerajaan telah
memperuntukkan perbelanjaan kepada Kementerian Pendidikan sebanyak RM54.6 bilion pada
tahun 2014 atau 20.8 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan dan ini
merupakan satu bajet kewangan yang agak besar (Kementerian Kewangan Malaysia, 2014). Pada
2013, perbelanjaan mengurus tersebut sebanyak RM7.28 bilion dan ianya meningkat kepada
RM7.31 bilion pada 2014.
Justeru dengan kekangan belanjawan yang dihadapi oleh kerajaan, perlu satu strategi lain
untuk menampung perbelanjaan kerajaan dalam sektor pendidikan termasuklah melalui saluran
wakaf dalam pendidikan juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan RMK-10. Kini
institut pengajian tinggi awam juga mencari dana untuk pembangunan sesebuah universiti
dengan cara berwakaf. Wakaf menjadi salah satu instrumen penting dalam pembangunan di
samping menjana pendapatan daripada dana wakaf yang dikumpulkan.

4. MODEL WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

8
Wakaf pendidikan merupakan suatu barangan, harta, aset mahupun tunai yang diberikan kepada
sektor pendidikan atau sesebuah institusi pendidikan untuk kepentingan dan manfaat awam.
Wakaf pendidikan ini diwujudkan bagi mengurangkan kebergantungan institusi pendidikan
kepada dana yang diberikan oleh kerajaaan.
Kewujudan institusi pendidikan yang dibiayai oleh dana wakaf ini sebenarnya telah lama
wujud. Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar (Mesir) yang merupakan universiti Islam tertua di
dunia dibiayai sepenuhnya menggunakan dana wakaf. Selain itu Madrasah Nizamiyyah di
Baghdad iaitu sebuah pusat pengajian perundangan Islam, Madrasah Al-Junied di Singapura,
Pondok Pesantren Darunnajah dan Universiti Islam Indonesia (UII) juga merupakan insititusi
pendidikan yang didirikan berlandaskan wakaf.
Instrumen wakaf ini telah terbukti mampu menyumbang kepada penubuhan institusi
pendidikan. Contohnya, Yayasan kewartawanan dan penulis Turki telah diasaskan secara
sukarela melalui dana wakaf. Di samping itu, terdapat 142 buah universiti di Turki, 87 buah
sekolah dan universiti di Cyprus, 800 buah universiti di Cecennestan dan 786 buah universiti di
Azerbaijan telah dibangun dan dibiayai oleh sumber wakaf di mana Universiti Al-Fateh
merupakan salah satu universiti yang terkemuka.
Kehebatan institusi wakaf Islam ini telah menyebabkan Negara-negara Barat telah meniru
model ini dengan menjenamakan semula wakaf dalam bentuk yayasan, trust atau endowmen.
Universiti Oxford dan Universiti Cambridge di Britian umpamanya, merupakan antara universiti
yang berasaskan endowmen. Universiti Harvard dan Standford di Amerika Syarikat juga
merupakan universiti yang beroperasi berasaskan endowmen dan mempunyai aset endowmen
yang kukuh.
Institusi pendidikan wakaf di Malaysia pula lebih bermula dengan penubuhan sekolah-
sekolah pondok, kemudian terbinanya madrasah-madrasah seterusnya wujud sekolah-sekolah
agama rakyat seperti Maktab Mahmud, Madrasah Masyhor Al-Islamiyyah dan lain-lain. (Ahmad
Zaki Abd Latif , 2008). Penubuhan atau pewujudan institusi pendidikan tinggi terutamanya
institusi pendidikan tinggi swasta berasaskan wakaf masih lagi belum berkembang dengan
meluas di negara ini. Bagi wakaf pendidikan tinggi, terdapat beberapa model yang digunapakai
di Malaysia iaitu :

1) Penubuhan Universiti Islam Malaysia (UIM) di Cyberjaya

Penubuhan Universiti Islam Malaysia diasaskan daripada Kolej Islam Malaysia yang berteraskan
kepada dana dan harta wakaf sebagai menyambung tradisi yang diamalkan sejak ia
diperkenalkan pada 1955. Universiti Islam Malaysia (UIM), universiti pertama di Malaysia
dizahirkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu. UIM telah menerima dana wakaf
berjumlah RM5.18 juta daripada tujuh pihak yang terdiri daripada syarikat, pertubuhan dan
individu.Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyumbang RM5 juta, Shahpadu Corp Sdn Bhd
menyumbang RM100,000, Datuk Dr Haron Din mewakili bekas pelajar Kolej Islam Malaya
(KIM) menyumbang RM30,675, waris dan warga KIM Petaling Jaya menyumbang RM17,000,
alumni Kolej Islam (Alkis) yang diwakili Datuk Sallehuddin Ishak menyumbang RM11,000,
Persatuan Bekas Pelajar KIM dan bekas ketua pelajar Kolej Islam Klang tahun 1975

2) Penubuhan Universiti Antarabangsa AlBukhari (AiU) di Kedah.

9
Universiti yang dilengkapi penginapan dan kemudahan komprehensif di atas tanah berkeluasan
18 hektar terletak di Alor Star dan dibina pada tahun 2010 sebagai wakaf yang dibiayai Yayasan
Albukhary milik Syed Mokhtar AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah
kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak
mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan miskin dari
seluruh dunia.

3) Pembinaan Kompleks Tan Sri Azman Hashim di Universiti Islam Antarabangsa


Malaysia
UIAM telah terkehadapan dengan melaksanakan beberapa projek dengan menggunakan dana
wakaf seperti Kompleks Tan Sri Azman Hashim dan penginapan fasa 1 yang mana ia telah
disiapkan dan terdapat juga beberapa projek lain yang sedang diusahakan. Pembinaan kompleks
itu dibiayai oleh Yayasan Azman Hashim pada 2008 dan kini diurus oleh Dana Endowment
UIAM (IEF). (Najibah Mustaffa & Mohd Zamro Muda, 2014)
Projek wakaf, Kompleks Azman Hashim yang terletak dalam kampus Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak telah berjaya memperuntukkan RM500,000 dalam
bentuk biasiswa kepada pelajar UIAM yang terpilih. Peruntukan tersebut diperoleh menerusi
pulangan sewaan dari kompleks terbabit yang dinamakan Dana Hartanah Endowment Kekal
UIAM. Program ini merangkumi yuran pengajian, yuran asrama, buku dan elaun bulanan
tambahan sebanyak RM600 setiap bulan. Malah, pakej biasiswa itu juga termasuk sebuah
komputer bimbit bernilai RM2,500.
Berikutan kejayaan itu, AmBank akan bekerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPT)
yang lain untuk pemberian biasiswa dan antara yang terkini adalah dengan Universiti Sains
Malaysia (USM), Pulau Pinang. AmBank akan membina sebuah kompleks sukan di USM yang
akan memberi pulangan sewaan kepada pentadbiran universiti.
4) Dana Wakaf Ilmu di Universiti Putra Malaysia
Wakaf Ilmu UPM adalah satu cara berinfaq dan berwakaf melalui wang tunai dengan
menafkahkannya ke dalam Dana Wakaf Ilmu UPM sebagai pemegang amanah dan dengan niat
mewakafkannya selama-lamanya kerana Allah S.W.T demi kepentingan dan kemajuan ilmu.
Dalam konteks Universiti, dana wakaf ilmu UPM bermaksud inisiatif program penjanaan
dana di UPM yang menggunapakai kaedah wakaf melalui sumbangan individu, sumbangan
korporat, koperasi dan badan bukan kerajaan, pulangan dari hartanah wakaf, hasil projek sektor
pertanian dan perladangan, hasil projek sektor perindustrian dan pulangan portfolio pasaran
wang dan modal bertujuan untuk mewujudkan suatu infrastruktur jangka panjang yang lestari
bagi memenuhi sebahagian keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik melibatkan Warga
UPM.
5) Cadangan pembentukan Universiti Hybrid oleh Universiti Sains Islam Malaysia
Tata cara menguruskannya yang lebih dinamik untuk mewujudkan universiti hybrid yang
dibiayai 70 peratus oleh Kerajaan dan 30 peratus secara wakaf. Idea mewujudkan universiti
hybrid yang ingin dilaksanakan USIM itu adalah gabungan konsep enterprise sosial, pematuhan
Syariah dan pembiayaan wakaf. Antara fokusnya adalah menyediakan peluang pembiayaan
wakaf bagi perolehan peralatan perubatan untuk Hospital Pengajar USIM yang akan
dilaksanakan tidak lama lagi.Tiga konsep utama tersebut direalisasikan berasaskan gabungan
10
antara USIM sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan perkhidmatan
kepada masyarakat setempat (Negeri Sembilan) dan Malaysia secara umumnya.
Sebagai permulaan, Klinik Pakar Kesihatan USIM akan dibina dengan bantuan dana
sebanyak RM2 juta daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Klinik itu akan
menyediakan khidmat dalam bidang kesihatan dan pergigian. Doktor-doktor pakar yang terlibat
adalah daripada tenaga akademik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian
USIM.Selain itu, Klinik Hemodialisis USIM-MAINS dengan kos permulaan RM1.5 juta juga
akan dibina dengan kos keseluruhannya ditaja MAINS.
Perlaksanaan projek itu akan dilakukan oleh Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan sebagai
mutawalli sebelum diserahkan kepada USIM untuk tujuan operasi. Klinik itu berperanan
memberikan perkhidmatan percuma kepada golongan asnaf yang terlibat dengan bantuan zakat.
Malah jaringan kerjasama itu lebih bermakna lagi apabila USIM dilantik sebagai mutawalli oleh
MAINS. Kerjasama itu mampu memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi
masyarakat sekitar, negara dan ummah secara global.
Melalui tinjauan awal yang dilakukan, dilihat kebanyakan institusi pendidikan yang
ditubuhkan memperolehi dana wakaf melalui sumbangan wakaf tunai. Bentuk wakaf tunai ini
sering dipraktikkan di mana ia telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negara seperti
Indonesia, Mesir, Kuwait dan Bangladesh. Wakaf tunai ini membolehkan orang ramai untuk
melibatkan diri dan menyumbang ke arah peningkatan ekonomi dan ummah. Akan tetapi satu
model wakaf yang lebih komprehensif perlu diwujudkan oleh IPTS selain daripada pengumpulan
dana wakaf tunai bagi membiayai pembinaan bangunan akademik, menambah baik infrastuktur
dan fasiliti, membiayai kos operasi, memberikan biasiswa kepada pelajar dan sebagainya.
Institusi pendidikan terutamanya institusi pendidikan tinggi swasta tidak seharusnya
hanya bergantung kepada yuran pengajian pelajar untuk membiayai kos operasi mereka.
Pengurusan endowmen di Amerika Syarikat boleh dijadikan sebagai contoh di mana mereka
menggunakan empat jenis model bagi membangunkan pendidikan tinggi. Model tersebut
menggunakan sepenuhnya pengurusan konsultasi, melantik syarikat luar bagi mengendalikan
dana dan menggunakan latihan dalam pejabat untuk menguruskan dana endowmen.
Pihak IPTS boleh mengaplikasikan pengalaman Barat dengan menggunakan pelbagai
instrumen penjanaan dana yang ada pada masa kini. Ini kerana terdapat banyak produk wakaf
kontemporari yang ditawarkan oleh pelbagai pihak seperti saham wakaf, penerbitan sukuk, pelan
takaful wakaf, wakaf dengan aplikasi amanah pelaburan hartanah Islam (i-REIT) dan sebagainya
yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam pengurusan dana wakaf pendidikan.
Usaha yang sama perlu dilakukan oleh IPTS di mana satu pelan jangka panjang oleh
pihak IPTS perlu dirancang. Struktur wakaf yang bersesuaian perlu direka bagi menjana dana
untuk wakaf pendidikan ini.

5. PENUBUHAN KUIM SEBAGAI IPTS

Perlaksanaan dari sudut pembangunan kemudahan menggunakan dana wakaf di peringkat KUIM
masih lagi di peringkat permulaan. KUIM yang merupakan sebuah IPTS milik penuh Kerajaan
Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996. KUIM
telah beroperasi sejak tahun 1994 dengan nama Kolej Islam Melaka. Kemudian pada 10 Oktober
2001, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju untuk mengubah nama Kolej
Islam Melaka kepada Kolej Teknologi Islam Melaka. Usaha pihak kolej untuk meningkatkan
11
lagi tahap kecemerlangan pendidikan terus kukuh apabila pada 1 Julai 2009, Kolej Teknologi
Islam Melaka telah di naik taraf menjadi Kolej Universiti dengan nama Kolej Universiti Islam
Melaka.
KUIM telah memperkenalkan kaedah baru dalam pembelajaran apabila menawarkan
bidang pengajian yang menggabungkan bidang sains di samping menerapkan disiplin psikologi.
Pelbagai bidang ditawarkan oleh pihak KUIM kepada pelajar antaranya ialah pengajian Islam,
pengajian perniagaan, sains sosial, pengurusan hospitaliti, kejururawatan, sains dan teknologi
,sistem maklumat, kejuruteraan, bioteknologi serta perakaunan.
Menurut Akta IPTS 1996, definisi institusi pendidikan tinggi swasta ialah institusi
pendidikan termasuklah universiti atau kolej universiti atau kampus cawangan yang diluluskan
dan didaftarkan di bawah akta ini, yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh kerajaan
termasuklah yang menyediakan pendidikan tinggi, pendidikan jarak jauh atau yang menyediakan
pendidikan tinggi atau pendidikan jarak jauh secara bergabung, bersekutu atau bekerjasama
dengan:
i. Institusi pendidikan tinggi swasta yang diluluskan dan didaftarkan di bawah akta
ini, Institusi pendidikan lain :
Sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau
Sama ada di dalam atau di luar Malaysia
ii. Universiti atau kolej universiti yang ditubuhkan di bawah akta ini
iii. Universiti atau kolej universiti yang ditubuhkan di bawah akta universiti dan kolej
universiti 1971 (Akta 30)
iv. Universiti atau kolej universiti lain
Sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis lain
atau
Sama ada di dalam atau di luar Malaysia, 12 Undang-Undang Malaysia
Akta 555
v. Kampus cawangan atau
vi. Badan professional sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang membawa
kepada penganugerahan keanggotaan professional badan professional itu

Di dalam Akta IPTS 1996 juga menerangkan bahawa penubuhan Universiti, Kolej
Universiti dan kampus cawangan hendaklah mendapat kelulusan menteri terlebih dahulu. Oleh
sebab itu, KUIM yang merupakan IPTS swasta yang menjadi milik penuh kerajaan negeri
Melaka di mana segala perkara berkaitan dengan operasi dan kedudukan kewangan IPT perlu
dimaklumkan ke peringkat negeri untuk membolehkan kerajaan negeri membantu dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain mendapatkan sumber kewangan daripada
kerajaan negeri Melaka, yuran pelajar merupakan sumber kewangan utama bagi pihak KUIM.
Selain itu, KUIM juga telah menjalinkan hubungan francais dengan dua institusi
pengajian tinggi di dalam dan luar Negara untuk menjadikan KUIM sebagai sebuah institusi
yang lebih kukuh di arena pendidikan Negara. Dua institusi yang terlibat adalah Jamiyah
Education Centre, Singapura (JEC) dan Kolej Yayasan Sabah (KYS). Hasil daripada jaringan
kerjasama ini maka secara tidak langsung KUIM dapat meningkatkan sumber pendapatannya.
Pada 13 Januari 2013, JEC dan KUIM telah menjalinkan kerjasama dengan menawarkan
pengajian Diploma Syariah Islamiyyah. Manakala program yang ditawarkan oleh KUIM dengan

12
kerjasama KYS adalah Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia dan
Diploma Kewangan Syariah.
Saban tahun, jumlah kemasukan pelajar semakin bertambah. Ini menunjukkan tindak
balas positif bagi perkembangan KUIM itu sendiri. Disebabkan pertambahan bilangan pelajar,
ini menunjukkan bahawa kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej tidak mencukupi untuk
kegunaan pelajar sama ada kemudahan di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Faktor utama memilih KUIM sebagai model kajian adalah disebabkan beberapa faktor.
Antaranya ialah:

1) KUIM tertakluk kepada Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005

Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005 adalah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Melaka
(MAIM). Segala harta yang ingin diwakafkan atau yang ingin dibangunkan hendaklah melalui
dengan kebenaran MAIM. Mengikut Seksyen 32 Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005
memperuntukkan bahawa walau apa pun jua peruntukan yang terkandung dalam mana-mana
suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh sesuatu wakaf,
Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada am atau khas,
yang terletak di dalam dan di luar Negeri Melaka.
Disebabkan Majlis adalah pemegang amanah tunggal bagi wakaf di negeri Melaka,
KUIM telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan MAIM untuk memberikan nasihat dan
bimbingan bagi menjayakan projek wakaf ini. MAIM juga telah memberi kebenaran kepada
KUIM untuk membuat kutipan dana wakaf bagi kawasan tertentu di negeri Melaka dalam
tempoh tertentu.

2) Ingin menjadikan KUIM sebagai pelopor IPTS bagi institusi pendidikan wakaf di
koridor selatan

Hasrat utama cadangan projek wakaf ini dijalankan adalah untuk memberi kemudahan kepada
pelajar dan kakitangan KUIM selain dapat menjadikan KUIM sebagai model wakaf pendidikan
pengajian tinggi swasta yang pertama di koridor selatan. Hal ini kerana tidak wujud lagi
kemudahan yang dibangunkan oleh IPTS dengan menggunakan dana wakaf. KUIM merupakan
antara 25 institusi pengajian tinggi swasta yang terdapat di negeri Melaka. Kebiasaannya, segala
projek wakaf yang akan dibangunkan lebih tertumpu kepada usaha oleh institut pengajian tinggi
awam. Wujud kekangan kewangan oleh IPTS khususnya KUIM untuk mengumpul dana wakaf
dan ini menjadi tanggungjawab KUIM untuk membuktikan bahawa sebagai IPTS mereka juga
dapat menjadikan wakaf ini sebagai salah satu peluang untuk meningkatkan pendidikan Negara.

6. METODOLOGI KAJIAN
Matlamat utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk model wakaf sebagai instrumen di
KUIM. Sebagai sebuah IPTS, KUIM memulakan langkah untuk terus berdaya saing
menyediakan infrastruktur pengajian yang berkualiti dari semua aspek. Antara perkara penting
yang diambil kira dalam kajian ini ialah kesesuaian wakaf sebagai instrumen pembangunan
akademik kepada IPTS.
Kajian ini menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data iaitu kaedah perpustakaan dan
kajian lapangan. Seterusnya dalam usaha mengumpulkan data yang mendalam bagi
13
menghasilkan kerangka teori dan komponen utama model wakaf bagi sebuah IPTS secara
praktikal. Hal ini bakal dijadikan sebagai kaedah terbaik untuk tujuan penyelesaian masalah
kajian. Bagi membentuk landasan konsep dan teori bagi kajian ini, maka rujukan dibuat terhadap
bahan-bahan semasa yang terdapat dalam perpustakaan sama ada secara manual mahupun secara
dalam talian dalam tajuk yang berkaitan.
Di samping bahan-bahan literatur dalam simpanan perpustakaan, dokumen-dokumen penting
dan rasmi seperti minit mesyuarat, laporan penyelidikan dan laporan-laporan lain, statistik,
dokumen-dokumen rasmi agensi wakaf juga merupakan data-data penting bagi kajian ini.
Manakala bagi pengumpulan data melalui kajian lapangan, data-data utama dikumpul melalui
temu bual secara mendalam (in-depth interview). Justeru, kajian hanya memilih informan
terpenting sahaja, khususnya pihak institusi wakaf seperti Majlis Agama Islam, tokoh akademik
dan pihak industri yang mempunyai aktiviti wakaf.
Kajian ini dijalankan dengan mengambil masa setahun bermula pada Julai 2014 dan dijangka
selesai pada Julai 2015. Untuk menganalisis data, beberapa kaedah akan digunakan iaitu
deduktif, induktif dan komparatif. Ia dilakukan bagi menentukan struktur dan komponen utama
khususnya ketika membuat sorotan kajian dan kajian lapangan. Pembentukan struktur dan
komponen dalam mengenal pasti model wakaf pendidikan dijangka mampu menyesuaikan
dengan status IPTS seperti KUIM untuk menjadikan wakaf sebagai instrumen pendidikan tinggi.

7. ANALISIS KAJIAN

Kajian mendapati implikasi MAIM sebagai pemegang amanah tunggal menjadikan secara tidak
langsung ia mesti bekerjasama secara efisien untuk memperkasakan dana wakaf.
Kajian ini telah menggunakan dua metod utama iaitu kajian perpustakaan dan kajian
lapangan. Kajian perpustakaan digunakan bagi mendapatkan data-data dan maklumat yang
berkaitan wakaf seperti buku-buku, jurnal-jurnal, artikel dan kertas kerja daripada Seminar-
seminar yang dihadiri bagi mendapatkan maklumat yang terbaru dan terkini bagi tujuan projek
penyelidikan. Selain itu metod kajian lapangan telah digunakan dalam kajian ini dengan
membuat temubual bersama pihak Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Koperasi Pembiayaan
Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) dan pihak Wakaf an-Nur bagi membincangkan dan
mendapatkan maklumat serta pandangan mereka bagi kajian yang berkaitan Model Penyelidikan
Wakaf KUIM.
Berdasarkan kajian ini, apa yang boleh dinilai daripada dapatan awal hasil kajian ialah
mendapati bahawa Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti KUIM memerlukan kerjasama yang
erat dengan pihak dan syarikat-syarikat korporat yang tertentu bagi mendapatkan idea dan
pandangan bernas dalam melaksanakan kajian ini kerana kerjasama yang erat dengan pihak ini
memungkinkan jalinan kerjasama dengan agensi-agensi yang lain menjadi lebih luas.
Dapatan awal melalui temubual pihak KUIM dengan pihak Majlis Agama Islam Melaka
ialah berkaitan dengan kutipan dana wakaf di mana pihak MAIM memberikan keizinan bagi
pihak KUIM untuk menjalankan kutipan dana wakaf di sekitar daerah Kuala Sungai baru bagi
tempoh enam bulan dan tidak boleh melepasi had kadar persekitaran yang dibenarkan oleh pihak
MAI bagi mengutip dana wakaf kepada masyarakat tempatan bagi membina model pendidikan
KUIM.

14
Perbincangan pihak KUIM dengan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad
(KOPSYA) merupakan satu tindakan yang positif di mana pihak KOPSYA mencadangkan agar
pihak KUIM membina satu bangunan pendidikan yang di dalamnya dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti gerai jualan yang disewakan kepada masyarakat setempat dan secara tidak
langsung selain untuk tujuan pendidikan, ianya juga memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat kesan daripada pembinaan harta wakaf tersebut.
Pertemuan dan sesi soal jawab bersama pihak Wakaf an-Nur menghasilkan satu dapatan
awal di mana dalam melaksanakan kajian bagi menghasilkan model pendidikan wakaf KUIM ini
dan mereka berpendapat, seharusnya KUIM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dan
menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak MAIM kerana MAIM merupakan pemegang
amanah tunggal bagi harta wakaf di setiap negeri.

Saranan dan cadangan


CARTA PAI 1 : HASIL KAJIAN

Mempertingkatkan
Meningkatkan tadbir kerjasama dengan
urus dengan penubuhan agensi
satu entiti wakaf

Mengaplikasikan
Memupuk keyakinan instrumen waqaf dalam
dan kesedaran di bentuk pelaksanaan
kalangan masyarakat

1) Mempertingkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi


Kerjasama dengan pelbagai agensi korporat perlu diperluaskan bagi memupuk jalinan kerjasama
bagi berkongsi idea dan pandangan dalam melaksanakan kajian. Keadaan ini kerana dengan
wujudnya jalinan yang erat dengan pelbagai agensi akan menyebabkan segala maklumat dan
rangkaian kerjasama dapat diperkukuhkan seterusnya memudahkan urusan perlaksanaan kajian.
2) Mengaplikasikan instrumen wakaf dalam bentuk pelaksanaan

15
Kepakaran tenaga kerja dalam sesuatu organisasi perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan
produktiviti yang berkualiti kerana kemahiran seseorang individu dinilai daripada hasil
produktiviti yang dihasilkan. Kekurangan kepakaran tenaga kerja akan menyebabkan sesebuah
organisasi akan hilang kreativiti dalam menghasilkan sesuatu yang berkualiti kerana dengan
pertambahan kepakaran tenaga kerja dapat berkongsi idea, pandangan dan dapat membangun
modal insan agar melahirkan generasi yang bermutu dan berkualiti tinggi.
3) Memupuk keyakinan dan kesedaran di kalangan masyarakat.
Kebanyakan masyarakat pada hari ini kurang berpengetahuan dalam hal yang melibatkan tentang
harta wakaf dari segi kebaikan dan manfaat harta wakaf di masa hadapan di mana wakaf
merupakan satu instrumen perancangan harta orang Islam yang memberikan manfaat selepas
daripada kematian dari segi ganjaran pahalanya yang sentiasa berterusan sehinggalah hari kiamat
selagi mana harta tersebut digunakan ke arah kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat
Islam keseluruhannya. Kesedaran masyarakat perlu digembeleng usahanya melalui kempen
kesedaran, ceramah-ceramah dan seminar-seminar yang seterusnya akan membuka minda
masyarakat Islam pada hari ini sedar betapa pentingnya tentang instrument wakaf yang
menjanjikan kebahagiaan pada masa hadapan.
4) Meningkatkan tadbir urus dengan menubuhkan satu entiti wakaf.
Tadbir urus yang sistematik dan tersusun menjamin pengurusan wakaf yang lebih efisen.
Penubuhan satu entiti yang menguruskan dana wakaf dan mengendalikan perlaksanaan wakaf
menjadi satu cara penyelesaian bagi menjamin pembangunan wakaf selari dengan keperluan
masyarakat umum.
8. KESIMPULAN

Merujuk fokus kajian ini menjadikan wakaf sebagai instrumen pendidikan tinggi, maka model
baharu IPT dengan dana wakaf masih kurang menyerlah. Hal demikian kerana sebahagian besar
pendapatan IPTS adalah datang dari sumber pembiayaan yuran pelajar atau suntikan dari
peruntukan kerajaan. Kedudukan dana wakaf sebagai sumber alternatif juga menyerlahkan
keupayaan dana penting dalam sejarah Islam masih perlu diteroka dengan kedudukan sebenar
berbanding hari ini.
Cabaran -cabaran yang dihadapi oleh IPTS kini menjadi satu halangan untuk menjadikan
wakaf sebagai instrumen penting dalam pembangunan sesebuah institusi. Kekangan dari aspek
kewangan menjadi cabaran utama untuk membangunkan kemudahan atau infrastruktur sesebuah
institusi dengan menggunakan dana wakaf sedia ada yang telah disumbangkan. Model-model
wakaf IPT yang terdapat di Malaysia lebih kepada pembangunan oleh IPTA di mana dana
diperolehi daripada hubungan kerjasama dengan pelbagai agensi swasta. Persepsi dan reputasi
IPTA menjadi satu faktor utama dalam pemilihan sesebuah agensi dalam menjalinkan hubungan
kerjasama untuk membangunkaan sesebuah IPT dalam bentuk pembinaan aset kekal mahupun
berupa biasiswa kepada pelajar-pelajar.
Memajukan tanah wakaf menerusi kaedah pembiayaan sebagai alternatif juga satu cara untuk
menyelesaikan masalah dana wakaf yang tidak mencukupi. Umpamanya pembiayaan sukuk,
musharakah atau pinjaman qard al-hasan. Kaedah pembiayaan ini sebagai contoh telah

16
digunapakai dalam banyak urusan yang membabitkan urusan muamalat. Hakikatnya wakaf ini
mendatangkan pelbagai manfaat dalam mendapatkan ganjaran dan kebahagiaan pada masa akan
datang.

9. PENGHARGAAN

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada geran penyelidikan


Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) di Kolej Universiti Islam Melaka

10. RUJUKAN
Abd. Shakor Borham. (2011). Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation
Berhad (Jcorp): Satu Tinjauan. Paper presented at the International Conference on
Humanities 2011.
Abdul Halim Sunny. (2007). Dana Wakaf Untuk Pendidikan: Satu Tinjauan Awal. Jurnal
Pengurusan JAWHAR, 1(2), 33-44.
Ahmad Zaki Hj. Abd. Latif, Abdul Halim Ramli, Che Zuina Ismail, Kamarulzaman Sulaiman &
Norzaidi Mohd. Daud. 2008. Wakaf: Pengurusan, Pembangunan dan Sumbangannya
Terhadap Pendidikan Islam di Malaysia, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti UITM.
Asharaf Mohd Ramli & Mustafa Omar Mohammad. (2013). An Overview of Public Funding for
Higher Learning Education in Malaysia and the Prospect of Wakaf Funding. Paper
presented at the Global Higher Education Forum 2013.
Asmak Ab. Rahman. (2009). Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan
Aplikasinya Di Malaysia. Jurnal Syariah, 1(2009), 113-152.
Baharudin Sayin, Asmak Ali & S.Salahudin Suyurno. (2006). Kajian Perbandingan Pengurusan
Wakaf Di Malaysia: Kajian Kes Di Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,
Selangor, Terengganu Dan Perbadanan Wakaf Malaysia (Vol. 600). UiTM: Shah Alam.
Hailani Muji Tahir. (2010). Panduan Syariah Dalam Penjanaan Dan Agihan Dana Wakaf UKM.
Retrieved from Portal Komuniti Dana Wakaf & Endowment UKM
http://www.wakaf.ukm.my/blogdana/Lists/Categories/Category.aspx?CategoryId=5&Na
me=Panduan+Syariah+Dalam+Penjanaan+Dan+Agihan+Dana+Wakaf+UKM Tarikh
Akses 15 Januari 2015
Mazrul Shahir Md Zuki. (2012). Wakaf And Its Role In Socio-Economic Development. ISRA
International Journal of Islamic Finance, 4(2), 173-178.
Mohamad Akram Laldin. (t.t.). Wakaf in Education Funding: The Experience of International
Islamic University Malaysia in Managing Endowment (Wakaf) Fund.
Mohammad Tahir Sabit Haji Mohammad, Abdul Hamid Mar Iman & Ismail Omar. (2005). An
Ideal Financial Mechanism For The Development Of The Wakaf Properties In Malaysia.
Vote 75108. Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia
Monzer Kahf. (1998). Wakaf and its application in North America. Paper presented at the First
International Conference on Fiqh. Dallas Tx, USA
Muhammad Ridhwan Ab Aziz, Mohd Asyraf Yusof, Fuadah Johari, Asharaf Ramli & Hisham
Sabri. (2014). The Relief of Higher Education Loan through Islamic Wakaf Bank. Asian
Social Science, 10(22).
Murat Cizakca. (1998). Awqaf In History And Its Implications For Modern Islamic Economies.
Islamic Economics Studies, 6(1), 43-70.
17
Najibah Mustaffa & Mohd Zamro bin Muda. 2014. Pengurusan Wakaf Pendidikan di Institusi
Pengajian Tinggi Malaysia: Satu Sorotan Literatur, International Journal of Islamic and
Civilizational Studies, Vol. 1 No.1 (2014) pp.45-57.
NorAin Abdullah, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Abd Halim Mohd Noor. (2014). The
Potential Of Wakaf For Sustaining Enterpreneurs: A Case Study In UKM. Paper
presented at the 4th International ISRA Colloquium. Lanai Kijang, Bank Negara
Malaysia.
Raja Nor Ashikin binti Raja Ramli & Dr Nor Adha binti Abg Hamid.(2014). Kelestarian Wakaf
dalam Membangunkan Institusi Pendidikan: Kajian Awal, Proceeding of International
Conference on Postgraduate Research (ICPR 2014), Kuala Lumpur, Malaysia.
Sanep Ahmad & Nur Diyana Muhamed. (2011). Institusi Wakaf dan Pembangunan Ekonomi
Negara: Kes Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia. Paper presented at the Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI. Melaka. 5-7 Jun 2011
Shamsiah Mohamad, Asmak Ab. Rahman & Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy. (2010).
Kesejahteraan Ummah Dan Agihan Semula Kekayaan Menurut Perspektif Islam. Paper
presented at the Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat. Universiti Islam
Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam.
Siti Mashitoh Mahamood, Asmak Ab. Rahman, Hasnol Zam Zam Ahmad & Syarqawi
Muhammad. (2007). Konsep Wakaf Sebagai Instrumen Pembangunan Harta Tanah di
Wilayah Pembangunan Iskandar. Jurnal Pengurusan Jawhar, 1(2), 1-32.
Siti Zakiah Ali & Hairunnizam Wahid. (2014). Peranan dan Kepentingan Dana Wakaf Institusi
Pendidikan Tinggi di Malaysia. Paper presented at the PROSIDING PERKEM ke-9.
Siti Zakiah Binti Ali & Hairunnizam Wahid.(Oktober 2014). Peranan dan Kepentingan Dana
Wakaf Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia, Prosiding Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9).
Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa. (2010). Pembangunan Wakaf Pendidikan Di
Malaysia. Paper presented at the Persidangan Antarabangsa ke 7: Epistemologi Tauhid
Ekonomi Zakat dan Wakaf ILIM Bangi, Selangor.

18

View publication stats

You might also like