You are on page 1of 3

Permasalah dalam Penganjuran Program atau Karnival Mega Kolej-kolej

di Kampus Induk Universiti Kebangsaan Malaysia.

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti awam


yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia atau nama singkatannya
UKM dibutuhkan secara rasmi pada 18haribulan Mei tahun 1970. Kampus
sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama
Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Manakala,
kampus cawangannya yang terdiri dari pelajaran perubatan ditempatkan di Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah
kampus cawangan di Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada


1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada tahun 1917,Za'ba, seorang cendekiawan
membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923,
seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan
tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan
pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah
agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah
institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM
merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti
penyelidikan.

Terdapat 10buah kolej ditempatkan di kampus induk Universiti Kebangsaan


Malaysia iaitu di Bandar Baru Bangi. Kolej-kolej tersebut adalah Kolej Ibrahim
Yaakub, Kolej Dato' Onn, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Aminuddin Baki,
Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Rahim Kajai, Kolej Ibu Zain,
Kolej Keris Mas, dan Kolej Pendeta Za'ba

Setiap kolej akan menganjurkan program mega mereka tersendiri. Program


atau karnival tersebut biasanya akan dianjurkan oleh Ketua Eksekutif Perwakilan
Pelajar setiap kolej masing-masing. Ini merupakan tradisi sejak tahun kebelakangan
ini lagi. Program-program mega ini dianjurkan setiap tahun bagi memberi peluang
kepada pelajar dari kolej lain untuk mengunjungi dan mengambil bahagian dalam
program-program yang dianjurkan oleh kolej kediaman yang tidak mereka duduki.
Dalam masa yang sama, program-program ini turut dianjurkan bagi merapatkan dan
membuka peluang untuk bagi ahli kediaman kolej itu sendiri untuk mengenali satu
sama lain dan belajar menguruskan sesebuah program. Namun, ekoran dari beberapa
permasalahan yang telah dapat pengkaji kesan, program-program tersebut mengalami
beberapa masalah yang sama dan ini merupakan masalah berulang yang masih
mencari jalan penyelesaian.

Antara persoalan yang timbul dalam kajian ini adalah adakah pernah
permasalahan ini dikaji dan cuba diselesaikan oleh pengkaji-pengkaji lain dan
sekiranya ada mengapa langkah tersebut masih gagal mencorak langkah untuk
menyelesaikan masalah yang dialami kolej-kolej dalam Universiti Kebangsaaan
Malaysia kampus induk, Bandar Baru Bangi.
Objektif Kajian

1. Mengenalpasti dan mengkaji permasalah yang dialami oleh kolej-kolej dalam


penganjuran program mega tahunan mereka.

2. Mencari faktor dan menjalankan langkah tindakan bagi penyelesaian masalah


yang telah dikenalpasti.

You might also like