You are on page 1of 15

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pusat Kaunseling Universiti (PCU).

Penubuhan Pusat Kunseling Universiti bermula dengan satu Unir Kunseling,


diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar pada tahun 1996. Kemudian pada
1 April 2001, mendapat kepercayaan untuk mentadbir secara sendiri, Unit Kunseling dengan
rasminya keluar daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Terus dikenali sebagai Pusat
Perkembangan dan Perkhidmatan Pelajar iaitu (PPPP). Tahun 2002 pada 1 Disember Pusat
Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar telah mengubah nama mereka kepada Pusat
Kaunsling dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dan mengekalkan funsinya. Pada masa yang
sama untuk memantapkan lagi perkhidmatannya.
Seterusnya, berlaku sekali lagi pertukaran baru di mana Pusat Kaunseling dan
Pembangunan pelajar telah diletakkan di bawah pusat Pembangunan dan Pengembangan
Pelajar iaitu (P3P) dan pertukaran tersebut berlaku pada 7 Jun 2011. Pada 1 April 2019
sehingga kini Pusat Kaunseling Universiti UTHM terus bergerak maju bagi merialisasikan
hasrat universiti untuk melahirkan insayang yang cemerlang dari aspek akademik, sahsiah,
ketrampilan, daya saing yang tinggi, bertanggungjawab dan berdedikasi tinggi terhadap diri,
masyarakat, agama dan negara.

Matlamat Pusat Kaunseling Universiti (PCU)

-menjadikan Pusat Kaunselign Universiti sebuah pusat yang mesra dikunjungi (Respect,
Relevant, Refferred).
-menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunselign yang berkualaiti dan beretika.

Moto
Mesra membantu, kerahsiaan terpelihara

Tagline
Profesional, Cakna, Unik
Gambar rajah: menunjukkan Carta Oragnisasi Pusat Kaunseling Universiti

Semasa sesi kaunseling dijalankan pihak Pusat Kaunseling Universiti (PCU) memberikan
jaminan untuk kerahsiaan adalah terjamin kecuali jika klien mengugat keselamatan dirinya,
orang lain dan tindakan yang menyalahi Undang-Undang. Selain itu, Pusat Kunseling
Universiti terbuka untuk pelajar, staf dan juga orang awam untuk mendapat khidmat
kaunseling. Di samping, membawa isu-isu yang boleh menjejaskan keberkesanan dan
kecekapan dalam kehidupan.

Klien iaitu, pelajar, staf dan juga orang awam diberikan peluang dan dibenarkan untuk
memilih Pegawai Psikologi dalam sesi kaunseling. Setiap klien yang menjalan sesi
kaunseling dengan pihak Pusat Kaunseling Universiti, rekod peribadi tidak terjejas apabila
anda berjumpa dengan Pegawai Psikologi. Perkhimatan kaunseling yang diberikan oleh
Pegawai Psikiologi boleh dijalankan secara, bersemuka, membuat temujanji menggunakan
Counselling Management System (CMS) dan secara dalam talian iaitu telefon atau pun
melalui Google Meet.

Setiap sesi kauseling yang dijalankan dan setiap rahsia atau permasalahan yang di luahkan
kepada Pegawai Psikologi tidak akan diketahui oleh pihak umum. Hal ini kerana, Pegawai
Psikologi mengamalkan Etika Kerahsiaan. Pegawai Psikologi tidak boleh berkongsi isu atau
membuat hebahan atau perkongsian masalah klien dengan orang lain tanpa persetujuan dari
klien.
Gambar rajah: menunjukkan Takwim Program The K-Talk 2021 Pusat Kaunseling Universiti
Gambar rajah: menunjukkan Program the K-Talk Bulan Mac 2021

Program the K-Talk (Last Sprint)

Secara Google Meet

30 Disember 2020 (Rabu)

Penceramah: En. Muhammad Khairullah bin Mohd. Shaari

MINGGU HALUAN SISWA (MHS) & MINGGU TRASNFORMASI MAHASISWA


(MTM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mempunyai minggu sesi suai kenal yang tersendiri
yang di panggil Minggu Haluan Siswa (MHS) yang tersendiri. Minggu Haluan Siswa UTHM
merupakan satu unit pengurusan pelajar-pelajar baru bagi Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mempunyai beberapa kemasukan pelajar
baharu dalam tempoh setahun. Di mana, pihak universiti akan membuka penawaran untuk
kemasukan pelajar baharu untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Dalam tempoh setahun,
pihak univerisiti akan menerima tiga kali kemasukan pelajar baharu pada bulan yang tertentu.
Pada bulan Ogos ataupun September adalah kemasukan pelajar baharu bagi ijazah sarjana
muda kemasukan pertama, dan bulan Februari adalah kemasukan pelajar baharu bagi ijazah
sarjana muda bagi kemasukan kali kedua dan pada bulan Jun adalah untuk pelajar kemasukan
diploma.

Permohonan ke UTHM diselaraskan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, oleh itu


calon perlu memohon melalui UPU Online yang dibuka untuk permohonan kebiasaannya
pada Februari hingga April setiap tahun. Kemasukan pelajar baharu untuk minggu haluan
siswa diadakan pada bulan Jun untuk pelajar diploma. Manakala, Ijazah Sarjana Muda
biasanya Minggu Haluan Siswa diadakan pada bulan September. Kemasukan pelajar baharu
ke UTHM untuk setiap kemasukan mempunyai bilangan pelajar yang berbeza.

Setiap pelajar yang baru sahaja mendaftar ke UTHM, sudah pastinya akan melalui
minggu orientasi atau pun lebih dikenali sebagai minggu suai kenal. UTHM
menggelarkannnya adalah Minggu Haluan Siswa (MHS), program ini diadakan selama
seminggu ataupun 6 hari secara berterusan untuk pelajar baharu. Di mana, dalam tempoh
seminggu akan didedahkan dengan maklumat dan informasi mengenai universiti, fakulti dan
pejabat-pejabat yang terdapat di Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Oleh sebab itu, pihak universiti mewajibkan kesemua pelajar baharu untuk mneghadiri dan
mengikuti program ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri. Program Minggu Haluan
Siswa (MHS) adalah bertujuan untuk pelajar baharu mengenali UTHM, Barisan Pensyarah
Universiti, Pihak Berkuasa UTHM, Bangunan yang tedapat dalam UTHM dan banyak lagi.
Pada masa yang sama, Minggu Haluan Siswa juga turut membantu pelajar dalam baharu
dalam pendaftaran kursus bagi setiap fakulti yang terlibat.

Program Minggu Haluan Siswa (MHS) ini dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan
Pelajar dan Staf Universiriti. Selain itu, minggu haluan siswa ini mempunyai ramai
ahlijawatan kuasa yang terlibat yang terdiri daripada pelajar daripada pelbagai fakulti dan
tahun pengajian. Jawatakan kuasa yang terdapat dalam program ini adalah Teknikal, Siaraya,
Jamuan, Protokol, dan banyak lagi. Setiap jawatan kuasa mempunyai peranan adan tugsan
yang tersendiri dalam melaksanakan program Minggu Haluan Siswa (MHS).

Kini Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengubah nama Minggu Haluan
Siswa (MHS) kepada Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM). Perubahan nama ini di
lakukan oleh Timbalan Naib Canselor UTHM iaitu Prof. Madya Dr Affendi. Perubhana ini
adalah bertujuan untuk melalukan sebuah anjakan paradigma iaitu melalukan sesuatu
tranformasi kepada mahasiswa dan mahasiswi UTHM. Oleh sebab itu, perubahan nama
daripada Minggu Haluan Siswa kepada Minggu transformasi adalah betujuan untuk
melakukan sebuah tranformasi baharu dalam minggu suai kenal pelajar baharu.
Gambar rajah: menunjukkan sesi Minggu Haluan Siswa (MHS) UTHM bersama Naib
Canselor UTHM Datuk Dr. Noh Dalimin

Gambar rajah mnunjukkan sesi Minggu haluan Siswa (MHS) Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) pada 28 Ogos 2016. Pada tahun tersebut UTHM telah menerima seramai
2285 orang pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi 2016/2017 pada hari
pertama pendaftaran yang berlangsung pada 28 Ogos yang lalu. Daripada jumlah tersebut,
1039 terdiri daripada pelajar lelaki manakala 1246 lagi adalah pelajar perempuan.

Kesemua pelajar yang mendaftarkan diri ini akan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan
oleh lapan fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Pengurusan
Teknologi dan Perniagaan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Fakulti Sains,
Teknologi dan Pembangunan Insan.

Pelajar-pelajar baharu tersebut akan terus menginap di kolej-kolej kediaman yang disediakan
oleh pihak universiti dan mereka diwajibkan mengikuti Minggu Haluan Siswa (MHS) yang
dijadualkan akan berlangsung selama seminggu bermula 28 Ogos hingga 3 September.
Gambar rajah: Menunjukkan Jadual Pengisian Program Minggu Transformasi Mahasiswa
(MTM)

Café Universiti
Café universiti adalah adalah umum bagi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, hal ini
kerana dalam UTHM terdapat beberapa café yang dibuka pada sesebuah kawasan yang
tertentu. Bukan itu sahaja, bagi setiap kolej kediaman yang terdapat dalam UTHM
mempunyai café yang tersendiri. Seperti Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF), Kolej
Kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI), dan Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KKTSN). Setiap
kolej mempunyai café yang tersendiri, dan menjadi tumpuan kepada pelajar dan staf untuk
menjamu selera. Bagi setiap kolej kediaman mempunyai lokasi yang berbeza. Selalunya, café
yang terdapat di kolej kediaman lebih menumpukan kepada pelajar yang berada di kolej
kediaman.

Selain tu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia juga mempunyai beberapa café yang lain di
beberapa kawan yang tertentu. Antaranta seperti, Café G3, Executive Café UTHM, D’Garden
Café dan Arked UTHM. G3 adalah sebuah bangunan kuliah, yang mempunyai dewan kuliah
dan bilik kuliah untuk pelajar dan staf menjalani sesi kuliah. Café G3 teletak di bahagian
belakang bangun G3, yang mempunyai beberapa gerai yang dibuka untuk menjamu selera.
Cafe ini menjadi tempat tumpuan pelajar, dan staf pada waktu puncak iaitu pada jam 11 pagi
hingga jam 1 petang. Di mana, pelajar dan staf meluangkan masa mereka untuk makan
tengah hari sebelum menyambung semula sesi kuliah seterusnya.

Arked UTHM pula, adalah sebuah café yang berada di sebuah kawasan yang sangat strategik.
Hal ini kerana, Arked UTHM berada berhampiran dengan bangunan staf, dewan kuliah, bilik-
bilik kuliah, kolej kediaman, dan bangunan pejabat. Bangunan pejabat seperti, Pejabat
Bendari UTHM, Pusat Pendidikan Diploma, dan Pusat Penerbit UTHM. Café ini menjadi
tumpuan adalah disebabkan tempat yang strategik, kerana berhampiran dengan perhentian
bas, terdapat juga kiosk yang dibuka bersebelahan dengan Arked UTHM dan berhampiran
dengan Bangunan G3 UTHM.

Gambar Rajah: Menunjukkan Executive Café @UTHM

Café ini berada di Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) UTHM. Perpustakaan Tunku
Tun Aminah selalunya menjadi tempat tumpuan semua pelajar dan juga staf untuk
meluangkan masa meraka dalam membuat penyelidikan dan membuat tugasan. Bukan itu
sahaja, terdapat beberapa bilik di perpustakaan adalah dewan kuliah dan juga bilik-bilik
kuliah. Café ini menjadi tumpuan pelajar dan juga sfat yang berada di kawasan perpustakaan.
Gambar rajah: menunjukkan Arked UTHM

Lokasi Arked UTHM merupakan sebuah kawasan yang strategic bagi kedudukan sebuah
café, di mana Arked UTHM adalah kawasaan yang tertumpu bagi pelajar dan juga staf yang
berhampiran dengannya. Arked UTHM berada dekat dengan pejabat staf universiti dan
dewan dan bilik kuliah bagi pelajar yang berada di kawasan sekitar. Selain itu, ianya juga
dekat dengan bangunan pejabat, seperti Pejabat Bendahari UTHM, Pejabat Penerbit UTHM
dan Pusat Pendidikan Diploma.

Gambar Rajah: Menunjukkan D’Garden Café

D’Garden Café beroperasi pada jam 11 pagi hingga 1 petang sahaja pada setiap hari Rabu
dalam setiap minggu. Café ini bertempat di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(FPTV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. D’Garden café ini di jalankan oleh pelajar
fakulti FPTV sendiri dan di bawah seliaan seorang Pensyarah. Pelajar yang terlibat dalam
operasi D’Garden Café adalah pelajar yang sedang mengambil Sarjana Muda Pendidikan
Vokasional (Katering) dengan Kepujian.

Majlis Perwakilan Pelajar


Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, mempunyai beberapa
peringkat, seperti Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar dan Exco yang lain. Majlis
Tertinggi terdiri daripada Yang Dipertua MPP UTHM, Timbalan Yang Dipertua MPP
UTHM, Ketua Setiausaha MPP UTHM, Naib Yang Dipertua (Pembangunan Pelajar) MPP
UTHM, Naib Yang Dipertua (Perkhidmatan Pelajar) MPP UTHM, Naib Yang Dipertua
(Pengurusan Strategik) MPP UTHM, Setiausaha (Pembangunan Pelajar) MPP UTHM, dan
Setiausaha (Perkhidmatan Pelajar) MPP UTHM. Setiap jawatan yang disandang mempunyai
tugas dan amanah yang tersendiri dalam menjaga kebajikan pelajar.

Selain itu, terdapat beberapa Exco di dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Seperti Exco
Pembangunan Pelajar, Exco Kebolehpasaran Graduan, Exco Teknousahawan Pelajar, Exco
Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar, Exco Pengalaman Kampus, Exco Komunikasi Strategik
dan Exco Pengurusan Strategik dan Krisis. Exco-exco yang terdapat ini adalah di bawah
jagaan dan seliaan majlis tertinggi dan menjalankan tugas dan amanah mereka. Setiap pelajar
yang berdaftar sebagai calon adalah dari fakulti dan tahun pengajian yang berlainan. Selain
itu, tujuaanya adalah untuk menunjukkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar terdiri daripada
fakulti yang berbeza, agama dan bangsa. Menunjukkan satu kerja sama antara satu sama lain,
dalam meyuarakan suara pelajar dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Di samping itu, dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mereka betanding
dalam Pilihan Raya Universiti untuk mendapatkan jawatan yang tertentu. Sebelum itu, calon
akan mendaftarkan diri mereka sebagai seorang calon dalam Pilihan Raya Universiti di
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Kemudiannya, setiap calon memberikan
manifesto mereka sendiri untuk menarik perhatian dan minat pelajar univerisiti untuk
mengudi mereka. Bagi mendapat undian untuk memperoleh jawatan yang tertentu. Bagi para
pelajar UTHM,
Sudah semestinya mengenali wakil pelajar untuk membawa suara pelajar demi kebajikan dan
kesejahteraan pelajar secara kolektif.

Gambar rajah: menunjukkan logo Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM)

Jadual: menunjukkan jawatan yang terdapat dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM
No Peringkat Jawatan
.
1 Majlis Tertinggi Yang Dipertua MPP UTHM
2 Majlis Tertinggi Timbalan Yang Dipertua MPP UTHM
3 Majlis Tertinggi Ketua Setiausaha MPP UTHM
4 Majlis Tertinggi Naib Yang Dipertua (Pembangunan Pelajar) MPP UTHM
5 Majlis Tertinggi Naib Yang Dipertua (Perkhidmatan Pelajar) MPP UTHM
6 Majlis Tertinggi Naib Yang Dipertua (Pengurusan Strategik) MPP UTHM
7 Majlis Tertinggi Setiausaha (Pembangunan Pelajar) MPP UTHM
8 Majlis Tertinggi Setiausaha (Perkhidmatan Pelajar) MPP UTHM
9 Exco Pembangunan Pelajar
10 Exco Kebolehpasaran Garduan
11 Exco Teknousahawan Pelajar
12 Exco Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar
13 Exco Perumahan dan Pengangkutan Pelajar
14 Exco Pengalaman Kampus
15 Exco Komunikasi Strategik
16 Exco Pengurusan Startegik dan Krisis

1. Majlis Tertinggi – Yang Dipertua MPP UTHM

Majlis Tertinggi – Yang Dipertua MPP UTHM akan mempengerusikan mesyuarat-


mesyuarat MPP, memantau gerak kerja exco dan Majlis Tertinggi dalam MPP,
mengetahui status kewangan MPP, membantu MPP dalam menguruskan hal ehwal
pelajar dan akademik di peringkat Fakulti serta memastikan kesempurnaan
pentadbiran secara keseluruhan. Di samping itu, memainkan peranan dalam mengurus
tadbir MPP secara keseluruhan, merancang dan menilai aktiviti gerak kerja semua ahli
MPP serta mewakili MPP dalam mesyuarat bersama pihak atasan dan di peringkat
nasional.

2. Majlis Tertinggi – Timbalan Yang Dipertua MPP UTHM

Majlis Tertinggi – Timbalan Yang Dipertua MPP UTHM akan memangku peranan
YDP ketika ketiadaannya, membantu mengendalikan urusan melibatkan hal ehwal
pelajar di Kampus Induk khususnya serta memantau gerak kerja Exco MPP UTHM.
Di samping itu, memainkan peranan dalam membantu dan memantau pengurusan
organisasi MPP serta hal ehwal pelajar UTHM di kampus mahupun luar kampus.

3. Majlis Tertinggi – Ketua Setiausaha MPP UTHM

Majlis Tertinggi – Ketua Setiausaha MPP UTHM akan membantu dan melaksanakan
segala amanah yang ditugaskan oleh Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua,
mengurus surat keluar dan masuk MPP, menyimpan maklumat MPP seperti maklumat
peribadi, skop tugas dan lain-lain serta memantau dan membantu setiausaha-
setiausaha. Di samping itu, memainkan peranan dengan mewakili mesyuarat
sekiranya YDP dan TYDP tidak dapat hadir, membuat surat rasmi MPP, memantau
minit mesyuarat yang dibuat oleh setiausaha-setiausaha serta menyediakan laporan
kertas kerja MPP.
4. Majlis Tertinggi – Naib Yang Dipertua (Pembangunan Pelajar) MPP UTHM

Majlis Tertinggi – Naib Yang Dipertua (Pembangunan Pelajar) MPP UTHM akan
mengurus dan mentadbir Kluster Pembangunan Pelajar secara keseluruhan,
merancang dan menyampaikan maklumat kepada setiap ketua exco serta terlibat sama
dengan apa- apa tindakan yang perlu agar setiap exco dapat bergerak dengan lancar. Di
samping itu, memainkan peranan dalam merancang pergerakan ahli Kluster Pembangunan
Pelajar (KPP) melalui sistem co-manage bersama dengan ketua exco agar ahli di
bawah setiap ketua exco bekerja secara lancar.

5. Majlis Tertinggi – Naib Yang Dipertua (Perkhidmatan Pelajar) MPP UTHM

Majlis Tertinggi – Naib Yang Dipertua (Perkhidmatan Pelajar) MPP UTHM akan
menggerakkan dan memantau Kluster Perkhidmatan Pelajar bagi memastikan
kebajikan pelajar dan kesejahteraan warga UTHM terjamin. Di samping itu,
memainkan peranan dalam menjadi penasihat dan merancang gerak kerja Kluster
Perkhidmatan Pelajar, menjaga kebajikan fizikal dan mental pelajar serta memastikan
segala aktiviti pembelajaran mahupun kokurikulum pelajar berjalan dengan lancar
agar dapat memberi kesan yang positif dan mampu melahirkan mahasiswa yang berkualiti.

6. Majlis Tertinggi – Naib Yang Dipertua (Pengurusan Strategik) MPP UTHM

Majlis Tertinggi – Naib Yang Dipertua (Pengurusan Strategik) MPP UTHM akan
membantu dan melaksanakan segala amanah yang ditugaskan oleh YDP dan TYDP,
memantau exco di bawah Kluster Pengurusan Strategik, menyelaras segala
program/isu yang berlaku di bawah Kluster Pengurusan Strategik serta menjalankan
tugas Bendahari. Di samping itu, memainkan peranan dalam mengurus data/aduan dan
menganalisis masalah yang dihadapi oleh mahasiswa ketika berhadapan dengan
sebarang krisis atau isu dan merancang strategi dalam membina komunikasi yang
sihat dari MPP ke pelajar.

7. Majlis Tertinggi – Setiausaha (Pembangunan Pelajar) MPP UTHM

Majlis Tertinggi – Setiausaha (Pembangunan Pelajar) MPP UTHM akan membantu


Ketua Setiausaha serta Naib Yang Dipertua (Pembangunan Pelajar) dari segi
dokumentasi. Di samping itu, memainkan peranan dalam melaksanakan Minit
Mesyuarat, Memo Mesyuarat Kluster Pembangunan Pelajar serta melaksanakan kertas
kerja dan laporan kertas kerja MPP.

8. Majlis Tertinggi – Setiausaha (Perkhidmatan Pelajar) MPP UTHM

Majlis Tertinggi – Setiausaha (Perkhidmatan Pelajar) MPP UTHM akan membantu


Ketua Setiausaha dan Naib Yang DiPertua (Perkhidmatan Pelajar) dalam urusan surat
menyurat dan dokumen yang berkaitan. Di samping itu, memainkan peranan dalam
mencatat dan menyediakan agenda minit mesyuarat MPP, menyemak dan
mengemaskini kertas kerja exco sebelum diserahkan pada YDP serta membantu
NYDP menguruskan Kluster Perkhidmatan Pelajar terutamanya hal berkaitan
dokumentasi.

9. Exco Pembangunan Pelajar

Exco Pembangunan Pelajar merangkumi Kelab dan Persatuan, Kolej Kediaman,


Badan Beruniform, Bidaan Aktiviti Pelajar dan memastikan Kerohanian dan
Perpaduan mahasiswa terjaga. Di samping itu, memainkan peranan bertanggungjawab
menyimpan semua data-data organisasi pelajar dengan menguruskan sesi bidaan
aktiviti pelajar, mengadakan program yang berkaitan dengan kerohanian bagi
meningkatkan kesedaran berkenaan Paradigma Tauhid serta menerapkan nilai-nilai
murni sesuai dengan kepelbagaian bangsa di UTHM.

10. Exco Kebolehpasaran Graduan

Exco Kebolehpasaran Graduan merangkumi akademik pelajar, MUET,


kebolehpasaran graduan, sijil kompetensi serta pertukaran pelajar. Di samping itu,
memainkan peranan merancang strategi bagi memperkasakan penguasaan bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar, menyediakan program-program yang menawarkan
sijil-sijil kompetensi, menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik pelajar serta merancang strategi jalinan perhubungan pelajar UTHM dengan
pelajar universiti-universiti yang lain.

11. Exco Teknousahawan Pelajar

Exco Teknousahawan Pelajar merangkumi Strategi Keusahawanan Pelajar bersama


Pusat Teknousahawan Pelajar dan Kelab Persatuan Pelajar. Di samping itu,
memainkan peranan dalam mewujudkan sinergi antara exco keusahawanan kelab dan
persatuan dalam memastikan kebajikan pelajar terjaga, menjadi penghubung antara
pelajar dengan Pusat Teknousahawan Pelajar serta merangka dan memperkasakan
medium pembangunan pelajar dalam skop keusahawanan dan keusahawanan sosial.

12. Exco Kebajikan Dan Kesejahteraan Pelajar

Exco Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar merangkumi Bantuan kepada pelajar yang
memerlukan seperti pelajar dilanda musibah dan keluarga yang B40. Selian itu,
urusan berkaitan dengan Tabung Insaniah Pelajar serta mencadangkan inisiatif
PCU4You. Di samping itu, memainkan peranan dalam memastikan kebajikan dan
kesejahteraan pelajar diutamakan dalam segenap aspek.

13. Exco Perumahan Dan Pengangkutan Pelajar

Exco Perumahan dan Pengangkutan Pelajar merangkumi Kolej Kediaman UTHM,


pelajar tanpa asrama, pengangkutan pelajar serta kelestarian kampus. Di samping itu,
memainkan peranan bekerjasama dengan Majlis Kepimpinan Pelajar UTHM dalam
menyelesaikan masalah mengenai dengan kolej kediaman serta menjaga kebajikan
pelajar di kolej kediaman dan pelajar tanpa asrama.
14. Exco Pengalaman Kampus

Exco Pengalaman Kampus merangkumi Sukan dan Rekreasi, Kesenian dan


Kebudayaan serta Kesukarelawanan. Di samping itu, memainkan peranan sebagai
penyimpan semua maklumat dan data mengenai Dasar Sukan Universiti serta
mengadakan aktiviti, menyebarkan dan mengemaskini maklumat mengenai program-
program kebudayaan, kesukanan dan kesukarelawanan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

15. Exco Komunikasi Strategik

Exco Komunikasi Strategik merangkumi Media Publisiti dan Komunikasi Strategik.


Di samping itu, memainkan peranan mesra dan peka media, menyebarkan info,
pengumuman mengenai aktiviti-aktiviti organisasi kepada semua para pelajar atau
pihak luar serta menjalinkan atau menerima lawatan dan deligasi dari atau ke
universiti lain.

16. Exco Pengurusan Strategik Dan Krisis

Exco Pengurusan Strategik dan Krisis merangkumi Pengurusan Strategik untuk


pasukan MPP dan Pengurusan Aduan Fasiliti. Di samping itu, memainkan peranan
dalam menyediakan platform ataupun data bagi pelajar membuat aduan dan setiap
permasalahan atau krisis yang berlaku serta mendapatkan nasihat berkenaan
perundangan tatatertib daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU).
Facebook. (2021). Executive Café UTHM. Dicapai pada April 15, 2021 dari
https://web.facebook.com/460276424472641/posts/658488914651390/

FoodYas. (2021). Executive Café UTHM. Dicapai pada April 15, 2021 dari
https://www.foodyas.com/MY/Batu-Pahat/460276424472641/Executive-Cafe-UTHM

Facebook. (2021). Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM. Dicapai pada April 17, 2021
dari https://web.facebook.com/majlisperwakilanpelajaruthm/?_rdc=1&_rdr

Facebook. (2021). MTM UTHM. Dicapai pada April18, 2021 dari


https://web.facebook.com/uthm.mtm/?_rdc=1&_rdr

Facebook. (2021). Minggu Tarnsformasi Mahasiswa (MTM) UTHM. Dicapai pada April 18,
2021 dari https://web.facebook.com/Minggu-Transformasi-Mahasiswa-MTM-UTHM-
102839111503767/?ref=py_c&_rdc=1&_rdr

GLUNIS. (2021). Garden Restaurant. Dicapai pada April 17, 2021 dari
https://www.glunis.com/MY/Batu-Pahat/896438633774319/Garden-Restaurant

FOURSQUARE CITY GUIDE. (2021). Arked UTHM. Dicapai pada April 16, 2021 dari
https://foursquare.com/v/arked-uthm/4e6f1342d22de8016374bb09

Universiti tun Hussein Onn Malaysia. (2020). Portal Rasmi Pusat Kaunseling Universiti
(PCU). Dicapai pada April 11, 2021 dari https://pcu.uthm.edu.my/

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2020). Minggu Haluan Siswa (MHS). Dicapai pada
14 April, 2021 dari https://news.uthm.edu.my/ms/tag/mhs/

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2018). Laman Web Rasmi Pejabat Pengurusan
Akademik. Dicapai pada 14 April, 2021 dari
https://amo.uthm.edu.my/index.php/faq/pengambilan-dan-kemasukan

You might also like