You are on page 1of 2

Rujukan kami: IIUM/STUFF/SP XX/XX/XX/2018 XX XX 2018

Kepada:

Puan Siti Hawa binti Muhammad,


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1),
Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu,
Kelantan.

Tuan/Puan,

Penawaran Perkhidmatan Program dan Fasilitator

Merujuk kepada perkara di atas, kami Kelab Barisan Fasilitator Mahasiswa UIAM (STUFF) ingin
menawarkan khidmat fasilitator kepada pihak sekolah. Sebagaimana yang kita ketahui, kepentingan
motivasi secara asasnya adalah mempersiapkan diri setiap insan untuk menangkis dan mengatasi
halangan yang wujud untuk mencapai kejayaan.

2. Sehubungan itu, kami menyarankan dan menjemput pihak tuan/puan untuk bekerjasama
dengan kami untuk mengadakan program yang dapat meningkatkan sahsiah diri pelajar sekaligus
membimbing pelajar ke arah kecermelangan diri iaitu Program Kepimpinan dan Pemantapan
Sahsiah Pelajar di sekolah pihak tuan/puan sendiri, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1),
Kota Bharu, Kelantan pada 29 hingga 31 Mac 2018.

3. Justeru, bersama ini dilampirkan Profil Korporat kelab kami dan juga kertas kerja program
buat rujukan pihak tuan/puan. Sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk mengadakan program
bersama kami, bolehlah hubungi Pengarah Perancangan Program STUFF; Mohamad Syahmi Afiq bin
Mohamad Soleh (012-6253686).

4. Kerjasama dan keperihatinan daripada pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah,

(FATIN SYAHIRAH BINTI ZUBAIDI)


Setiausaha,
Barisan Fasilitator Mahasiswa UIAM,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Student Affairs and Development Division, Level 2, Rectory Building, International Islamic University Malaysia, Jalan
Gombak, Selangor.

Website: http://www.facebook.com/STUFFIIUM

You might also like