You are on page 1of 1

SURAU SMK LUTONG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUTONG, MIRI


TEL / FAX : 085-655205 / 085-652503

Ruj. Kami : SURAUSMKL - 2024 (1)


Tarikh : 28 Mac 2024

Bank Rakyat / Permyjaya Branch


Kuala Baram By Pass Rd
Bandar Baru Permyjaya
98000 Bandar Baru Permyjaya, Sarawak.

Melalui dan salinan Pengetua,


SMK Lutong Miri

MOHON SUMBANGAN DAN TAJAAN BAGI PROGRAM IFTAR JAMAIE DAN


MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMK LUTONG MIRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah akan mengadakan program Iftar Jamaie
dan Majlis Khatam Al-Quran pada 2 April 2024.

3. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga
sekolah mengenai kehadiran bulan yang mulia iaitu Ramadhan dan membentuk
keperibadian yang mulia melalui penghayatan seterusnya pengamalan yang sewajarnya
bagi menghidupkan bulan Ramadhan disamping merapatkan silaturrahim di antara guru-
guru dan pelajar.

4. Oleh itu, untuk mencapai objektif program yang akan dilaksanakan, kami memohon
sumbangan dan tajaan daripada pihak tuan bagi menampung sebahagian daripada
perbelanjaan pengelolaan program berkenaan sebanyak RM 1238.85. Pihak tuan boleh
menyalurkan sumbangan dan tajaan dalam bentuk wang tunai/pemindahan atas talian ke
atas akaun / penama SURAU (SMK LUTONG) no. Akaun 11-0208063-3 Bank Rakyat.

5. Pihak kami amat menghargai sumbangan dan tajaan ikhlas daripada pihak tuan dan
kami dahului dengan ucapan jutaan terima-kasih. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan
atau pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab
bahagian pengurusan tajaan program, Ustazah Faezah Bt. Hussin menerusi talian 012-
8077882

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
Yang menjalankan tugas,

………………………………….
(EN. MOHAMMAD EZZARDDIN BIN MOHIDIN)
Pengerusi SURAU SMK LUTONG
Sek.Men.Keb. Lutong Miri
s.k - 1 . F a i l S u r a u
s.k-2.Fail sekolah

You might also like