You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TENGGARA

81440 BANDAR TENGGARA


KULAI, JOHOR

TEL: 07-8961037 FAX : 07-8964452 Email: jea3057@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________

CP Jaya Farm (M) Sdn.Bhd,


Lot.188 Jalan Sg.Sayong,
81000 Kulai, Johor. Tarikh: 21 Oktober 2018

Tuan,

Program Amali Sembelihan SMK Bandar Tenggara

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, pihak Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) dengan
kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Bandar Tenggara akan mengadakan program
Amali Sembelihan pada 30 Oktober 2018 (Selasa) kepada pelajar tingkatan 3 seramai 120
orang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik dan kaedah
sembelihan yang betul dan menepati hukum syarak.

3. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program diatas pihak kami ingin
memohon sumbangan ayam dari pihak tuan sebanyak 50 ekor .Sebarang maklumat dan
pertanyaan boleh berhubung dengan penyelaras program Ustaz Abdullah Bin Zainal (013-
6436730).

4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai. Semoga
usaha kita dalam melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah mulia dapat tercapai dan
diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian untuk makluman tuan. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

(NORAINI BT MOHD NOR)


Pengetua,
SMK Bandar Tenggara

Sk. Fail Panitia


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TENGGARA 2
81440 BANDAR TENGGARA
KULAI, JOHOR

TEL: 07-8966121 FAX : 07-8966122 Email:


__ __________________________________________________________________
______________

Kepada,

Dr. Mazlan Bin Aris,


YDP PIBG SMK Bandar Tenggara 2 Tarikh : 12 Jun 2016
Tuan/Puan,

Memohon Sumbangan Sempena Program Ihya’ Ramadhan SMK Bandar Tenggara 2


Tahun 1437 H/ 2016 M

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) SMK Bandar
Tenggara 2, akan mengadakan Program Ihya’ Ramadhan peringkat SMK Bandar Tenggara
2 sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini. Sepanjang program, pelbagai
aktiviti akan dijalankan termasuk program Iftar Jama’ie bersama warga SMKBT2 dan majlis
Khatam Al-Quran.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan berupa wang tunai
berjumlah RM 500.00 bagi menampung kos majlis tersebut.Sebarang maklumat dan
pertanyaan boleh berhubung dengan Bendahari program, Ustazah Maryam Binti Zakaria
(013-9816638) atau Penyelaras program, Ustaz Abdullah Bin Zainal (013-6436730).

4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian untuk makluman tuan. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

(ABDULLAH BIN ZAINAL)


Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan,
SMK Bandar Tenggara 2

Sk. Fail MAKDIS SMKBT2


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TENGGARA 2
81440 BANDAR TENGGARA
KULAI, JOHOR

TEL: 07-8966121 FAX : 07-8966122 Email:


__________________________________________________________________________________

Kepada,

_____________________________

_____________________________

_____________________________

Tuan/Puan,

Memohon Sumbangan Sempena Program Ihya’ Ramadhan SMK Bandar Tenggara 2


Tahun 1436 H/ 2015 M

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) SMK Bandar
Tenggara 2, akan mengadakan Program Ihya’ Ramadhan peringkat SMK Bandar Tenggara
2 sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini. Sepanjang program, pelbagai
aktiviti akan dijalankan termasuk program Iftar Jama’ie bersama warga SMKBT2 dan majlis
Khatam Al-Quran.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengharapkan sumbangan berupa wang
tunai bagi menampung kos majlis tersebut.Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh
berhubung dengan Bendahari program, Ustazah Khazian@Izzan Binti Kamaluddin (019-
6368369) atau Penyelaras program, Ustaz Abdullah Bin Zainal (013-6436730).

4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian untuk makluman tuan. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

(ABDULLAH BIN ZAINAL)


Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan,
SMK Bandar Tenggara 2

Sk. Fail MAKDIS SMKBT2

You might also like