You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA & GURU,

SMK TENGKU IDRIS SHAH,


42200 KAPAR
SELANGOR DARUL EHSAN
NO PENDAFTARAN: 340 (SEL)
NO TELEFON : 03 – 3250 8368 NO FAKS : 03 – 3250 1104

Ruj Kami : SMKTIS.100-16/3/1( )


Tarikh : 1 FEBRUARI 2023

………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….

Tuan ,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH


“MUTIARA” EDISI KE-32 TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .

2. Untuk makluman pihak tuan/puan bahawa pihak SMK Tengku Idris Shah (SMKTIS),
Kapar sedang berusaha untuk mengutip sumbangan kewangan untuk kelancaran pengurusan
dan penerbitan Majalah Mutiara edisi ke-32

3. Sehubungan dengan itu, kami dengan rasa berbesar hati ingin memohon jasa baik
tuan/puan membantu kami dalam memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai bagi
menampung proses perjalanan menghasilkan majalah Mutiara edisi ke 32 bagi tahun 2023 ini.

4. Sumbangan dari jasa baik tuan/puan boleh disalurkan kepada akaun seperti di bawah
ini:
NAMA AKAUN : PIBG SEK MEN TENGKU IDRIS SHAH
NAMA BANK : CIMB KAPAR
NO AKAUN : 8002452470

5. Dilampirkan bersama borang maklum balas persetujuan memberi sumbangan daripada


pihak tuan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi
Pn Noriati binti Saru- PK Kokurikulum di talian 03-32508368 atau Puan Suhaidah binti Abu
Bakar di talian 013-3652408-Setiausaha Majalah.

Kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan kami
mengucapkan ribuan terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

(MOHD SABRI B MOHD SAIDI)


Pengetua
SMK Tengku Idris Shah Kapar
SLIP JAWAPAN

Pengetua
SMK Tengku Idris Shah,
Jalan Persiaran Hamzah Alang,
Kapar
42200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
(U/P: Pn. Suhaidah Binti Abu Bakar)

Tuan,

SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH “MUTIARA”


EDISI KE-32 TAHUN 2023

Perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami __________________________________ sudi


memberi sumbangan tulus ikhlas.

3. Bersama-sama ini saya sertakan bayaran secara:

i. Tunai RM_________________________________

ii. Cek yang bernombor _________________________

iii. Bank in dalam akaun PIBG sekolah RM__________________


(Sila sertakan resit pembayaran)

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………
Nama:
Cop rasmi: Tarikh:

**Sila tandakan () pada yang berkenaan)

You might also like