You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18

Jalan Cucur 18/13, Seksyen 18, 40200 Shah Alam,


Selangor Darul Ehsan
Telefon/Faks : 0355422512
E-Mel : bba8224@btpnsel.edu.my

__________________________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKS 18/050001 (01)
No. Sekolah : 87 Kod Sekolah: BBA 8224
Tarikh : 06 Jun 2023

Pengerusi,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Seksyen 18
Jalan Cucur 18/13,
40200 Shah Alam, Selangor.

Melalui

Penolong Kanan Pentadbiran,


b.p. Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seksyen 18,
Jalan Cucur 18/13,
40200 Shah Alam, Selangor

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Program tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 & 25 Jun 2023 (Sabtu dan Ahad)


Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Sabtu) / 8.00 pagi hingga 1.00 petang (Ahad)
Tempat : SK Seksyen 18, Shah Alam

Maklumat lengkap program boleh dirujuk melalui kertas kerja yang dilampirkan

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk menampung
sebahagian daripada kos keseluruhan program. Jumlah yang diperlukan adalah sebanyak RM 3 000.00 daripada kos
keseluruhan iaitu RM 9 600.00.
3. Dengan ini, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan bersetuju untutk memberi sumbangan tersebut demi
kebaikan murid dan kemajuan sekolah.
4. Segala perhatian dan kerja sama pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“KUALITI DIJULANG PRESTASI TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(PN. RAFEAH BINTI BASRI)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seksyen 18,
Shah Alam, Selangor

You might also like