You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG UTAMA (BBA0032)

JALAN HAJI SIRAT, 42100


KLANG SELANGOR
TEL/FAX : 03-3291 8212
EMAIL : BBA0032@moe.edu.my
___________________________________________________________________________

Ruj Kami : SKTKU 100- 1/9/1 (86)


Tarikh : 14 DISEMBER 2023

Kepada,
Ibu bapa / Penjaga
Murid Tahun 6

Tuan / Puan,
MAKLUMAN MAJLIS TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6 SESI 2023/2024 DAN PPKI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Unit Kurikulum SK Taman Klang Utama akan menganjurkan


Majlis Tamat Persekolahan Tahun 6 Sesi 2023/2024 dan PPKI seperti butiran berikut:

Tarikh : 01 Februari 2024


Hari : Khamis
Masa : 1:00 tengah hari - 5:00 petang
Tempat : MIM Event Hall, Jalan Khamis, Meru

3. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran ibu bapa/penjaga bagi memeriahkan


majlis yang bakal diadakan nanti dan sebagai tanda sokongan kerana anak-anak telah
berjaya menamatkan sesi persekolahan di sekolah rendah sebelum melangkah ke sekolah
menengah.

4. Untuk makluman tuan/puan, borang maklum balas kehadiran ibu bapa/penjaga


perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari Jumaat (26 Januari 2024) kepada guru kelas anak
tuan/puan. Bayaran bagi ibu bapa/penjaga adalah sebanyak RM50.00 (seorang).

5. Semoga kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis yang akan dijalankan
nanti dan dapat meninggalkan kenangan terindah buat anak-anak.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(TAN CHEE KEONG)


Guru Besar,
SK Taman Klang Utama

You might also like