You are on page 1of 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,

SK Parit Kudus,
JKR/P/2164, 82000 Pontian,
Johor Darul Ta’zim.
Email: jba6022@moe.edu.my Tel/Faks: 07-6864844

Ruj. Kami : SKPK.600-3/6/7 ( 21 )


Tarikh : 28 Ogos 2023
Guru Besar
SK Kayu Ara Pasong
SK Melayu Raya
SK Seri Senang Hati
SK Pangkalan Raja
SK Parit Sapran
SK Parit Patah

Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PARIT KUDUS TAHUN 2023.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sekolah Kebangsaan Parit Kudus akan menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform SK Parit
Kudus seperti ketetapan berikut:

Nama Program : Perkhemahan Unit Beruniform SK Parit Kudus Tahun


2023
Tarikh : 12 hingga 14 Oktober 2023
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Masa : 2.00 petang (Khamis) hingga 1.00 petang (Sabtu)
Tempat : Otternest Camp, Pulai
Sumbangan Penyertaan : RM150.00 seorang
Sumbangan Sekolah : RM50.00
Tarikh Tutup Pendaftaran : 15 September 2023

3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk membentuk disiplin dan mengaplikasikan
kemahiran dalam unit beruniform yang telah dipelajari sepanjang tahun 2023 selain mendapatkan
markah PAJSK peringkat negeri. Bayaran RM150.00 meliputi kos tempat, fasilitator,makan,sijil serta
cenderahati kepada semua peserta.

4. Sehubungan itu, kami menjemput sekolah tuan/puan untuk bersama-sama menyertai


perkhemahan tersebut. Setiap sekolah diminta menghantar 8 orang murid dan dua orang guru
pengiring untuk membantu aktiviti sepanjang program dijalankan.

5. Bersama-sama ini disertakan surat kebenaran menganjurkan dan menjemput murid bagi
program Perkhemahan Unit Beruniform SK Parit Kudus dan iklan hebahan kepada murid. Jika
berminat boleh daftar pada QR yang terdapat dalam iklan tersebut.

6. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Zarina Binti Jamal , GPK Kokurikulum di
talian 0139454513 atau Cikgu Noor Hadilawati @’Aadila Binti Basari, Penyelaras Program di
talian 0196807340 . Tuan puan boleh juga mengikuti kumpulan telegram
https://t.me/+oUovTuhfo1k5ZTE9 bagi mendapatkan maklumat terkini.

7. Segala sokongan daripada pihak tuan sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like