You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYA,


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Peti Surat 60807, Tel : 089-885406
91117 Lahad Datu, Portal: jpnsabah.moe.gov.my
E-mel : xba3123@moe.gov.my
SABAH

Rujukan Kami : SKS.600-3/5/11(01)


Tarikh : 25 Mei 2023
Pengurus Pasukan / Jurulatih,
Memanah

Melalui,

Pengarah / Pengetua Cemerlang / Pengetua


Kolej Vokasional
Sekolah Menengah
Daerah Lahad Datu

Guru Besar Cemerlang / Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan
Daerah Lahad Datu

Tuan / Puan

JEMPUTAN MESYUARAT KEJOHANAN MEMANAH MSSD LAHAD DATU TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sekolah tuan adalah dijemput untuk hadir Mesyuarat Kejohanan Memanah MSSD Lahad
Datu Tahun 2023 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 08 Jun 2023 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Sepagaya, Lahad Datu
Agenda : 1. Ucapan Pengerusi
2. Taklimat PT
3. Pengesahan Tarikh Kejohanan
4. Yuran Penyertaan
5. Hal-hal lain
3. Sehubungan itu, semua sekolah diminta untuk menghantar wakil untuk menghadiri
mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Amran bin Atong (019-548
8776).
4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………..................
ABDUL HASSIM BIN HAJI HALDDIN
Guru Besar,
Merangkap Pengerusi Penganjur Kejohanan,
Sekolah Kebangsaan Sepagaya,
Lahad Datu.

sk. Fail

You might also like