You are on page 1of 2

SK BATU 6 ½ SEGAMA,

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


Peti Surat 61042,
91119 Lahad Datu, Tel : 011-65744770
SABAH Portal: jpnsabah.moe.gov.my
E-mel : xba3119@moe.gov.my

Rujukan Kami : SKB61/2.600-15/3/8


Tarikh : 20 Jun 2022

Guru Besar Cemerlang / Guru Besar,


SK Daerah Lahad Datu.

Tuan / Puan

JEMPUTAN KE KEJOHANAN SUKAN BOLA TAMPAR LELAKI 12 TAHUN KE BAWAH


MSSD LAHAD DATU TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Bola Tampar Lelaki 12 TKB MSSD
Lahad Datu Tahun 2022 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Jun 2022 (Khamis) (Peringkat kumpulan, Separuh akhir dan Akhir)
Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat) (Penyampaian Sijil, Medal, Mesyuarat Pemilihan)
Tempat : Gelanggang Kelab Teluk Darvel (Khamis)
Tempat : Dewan Sri Jentayu, SK Batu 6 ½ Segama (Jumaat)

3. Bersama ini disertakan maklumat berkaitan untuk tindakan tuan / puan:

3.1 Borang Pendaftaran Individu (R01) dan Pasukan (R02)


3.2 Yuran Penyertaan RM70

4. Semua maklumat berkaitan perkara 3.1 dan 3.2 hendaklah dihantar pada atau sebelum
22 Jun 2022 (Rabu). Senarai nama pemain boleh dihantar melalui aplikasi Whatsapp
kepada 010-2119865.

5. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Zainuddin Bin Haji Rilay (01116017668) dan
En.
Awang Mohamad Zihad Bin Zainal (0102119865).

6. Sila bawa bersama sebiji bola tampar gred pertandingan bersaiz 4 semasa kejohanan
tersebut.

7. Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………..................
RAMLAN SAMION@SAMIHON
Guru Besar,
Merangkap Pengerusi Kejohanan,
“TEKAD UNTUK GEMILANG”
“Pledge For Excellence”
SK BATU 6 ½ SEGAMA,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Peti Surat 61042,
91119 Lahad Datu, Tel : 011-65744770
SABAH Portal: jpnsabah.moe.gov.my
E-mel : xba3119@moe.gov.my
SK Batu 6 ½ Segama, Lahad Datu.

“TEKAD UNTUK GEMILANG”


“Pledge For Excellence”

You might also like