You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah


Tel : 05 – 3711273
32610 Bandar Baru Seri Iskandar Faks : 05 – 3711272
Perak Darul Ridzuan Email : ppdperaktgh@moe.gov.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami : PPD.PET. 600-4/1/2 ( 1 )


Tarikh : 6 April 2023

Pengetua /Guru Besar


Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak
Daerah Perak Tengah

En Mohd Shahswan Nizam Bin Sharuddin


SMK Changkat Lada
36800 Kg Gajah

En Mohamad Shafirul Bin Sharifuddin


SK Seri ISKandar
32610 Seri Iskandar

Tuan,

MESYUARAT KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD DAERAH PERAK TENGAH TAHUN


2023

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Perak Tengah akan
mengadakan mesyuarat di atas seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 12 April 2023


Masa : 3.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Majah
SMK Sultan Muhammad

3. Sehubungan dengan itu, diminta Pengurus pasukan sekolah tuan dan Pengerusi Teknik
Merentas Desa daerah untuk hadir hadir ke mesyuarat tersebut.

4. Sebelum meninggalkan tugas pegawai dikehendaki memastikan jam kredit yang


ditetapkan setahun mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2016 Ruj.KP/KPPM/6 Jld22 -
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah menengah (semakan 2017) secara berperingkat
- peringkat mulai tahun 2017 manakala guru sekolah rendah perlu mematuhi Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.8/2016 Ruj.KP/KPPM/6 Jld22 - Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(semakan 2017) secara berperingkat -peringkat mulai tahun 2017 berhubung penggunaan
masa dan peruntukan waktu pengajaran san pembelajaran mengikut jam kredit setahun dipatuhi.
Guru juga perlu mematuhi ’Standard Operating Procedure’ (SOP) yang dikeluarkan oleh
Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan menangani isu
penularan wabak Covid-19 yang sedang berkuatkuasa sekarang.

…/2-
- 2 -

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Azuwan Bin Hj Ismail (Penolong PPD
Pembangunan Bakat Murid) di talian 05-3711273 atau 013-4365511.

Sekian, terima kasih

Sekian, terima kasih

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(BAHARUDDIN BIN SHAID)


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pembangunan Murid,
b.p Pegawai Pendidikan Daerah
Perak Tengah

“PERAK SEJAHTERA 2030”


“SEDERAP MELANGKAH MENERAJUI KECEMERLANGAN”

(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung)

You might also like