Professional Documents
Culture Documents
Tuan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat JPNPk.SPS.USJK.600-10/1/1
Jld 5 (66) bertarikh 30 April 2021 adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa sijil watikah pelantikan sekolah tuan telah diterima. Pihak
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah mengucapkan tahniah atas pelantikan sekolah tuan
sebagai sekolah TS25 bagi kohort 6. Sehubungan itu, mohon jasa baik dan kerjasama tuan untuk
hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah pada 25 Mei 2021 (waktu pejabat) untuk
urusan penerimaan sijil watikah berkenaan.
3. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh berhubung dengan Encik
Mohamad Ikmal bin Abdul Rashid Penolong PPD Menengah Dan Tingkatan 6 (Penyelaras
Program TS25) di talian 05-3711273/0165156581 . Kerjasama dan perhatian tuan berhubung
perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.