You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak Tel : 05-7584236


33700 Padang Rengas, Fax : 05-7583590
Perak Darul Ridzuan Email Rasmi: aee4081@moe.gov.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI,SEKOLAH UNGGUL.MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami : SMKTP.PR.KK 12 /01/01


Tarikh : 03 OKTOBER 2022
Pengetua,
SMK Sayong,
33040 Kuala Kangsar, Perak

Melalui Tuan Pengetua SMK Tun Perak

Memohon Meminjam Peralatan Yang Diperlukan Untuk Persediaan Pasukan Roket Air
Peringkat Sekolah Menengah Negeri Perak 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan menyertai pertandingan roket air
peringkat sekolah menengah daerah Kuala Kangsar

2. Justeru itu, sukacita dimaklumkan pasukan sekolah akan mengadakan latihan


sepertimana ketetapan berikut:

1.1 Tarikh : 04 Oktober 2022


1.2 Masa : 8.00 pg – 12.00 pg
1.3 Tempat : Kawasan Padang SMK Tun Perak,
1.4 Pelibatan : 3 orang termasuk guru pengiring

3. Oleh yang demikian bagi melicin dan menjayakan persediaan pasukan daerah Kuala
Kangsar besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan
meminjam peralatan pelancar roket air

5. Pelancar roket air tersebut jika diluluskan akan diambil pada 3 Oktober 2022
jam 3 petang dan akan dipulang pada 4 Oktober 2022 jam 3 petang. Kerjasama serta
sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah

(SAIFUL ANUAR BIN SAID)


Guru Kanan Sains dan Matematik
SMK Tun Perak
33700 Padang Rengas,Perak

“SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”

You might also like