You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Jenalik


33000, Kuala Kangsar
Perak.

KOD SEKOLAH : ABA4046 NO. TEL/FAKS.: 05-7512921


______________________________________________________________________________________________
‘‘BERSAMA-SAMA MEREALISASIKAN ASPIRASI PPPM 2013-2025”
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK’’
Ruj. Tuan :
Ruj.Kami : SKJ.700-4/3/4(10)
Tarikh : 20 Januari 2023
27 Syaaban 1444
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar
Polis Diraja Malaysia
Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga
33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
(u/p: Kopral Dahalan Bin Musa – Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah)

Tuan,

Jemputan Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bersama Polis


Diraja Malaysia (PDRM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Unit HEM SK Jenalik
akan mengadakan majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Polis Diraja
Malaysia bagi mengatasi masalah disiplin dan salah laku murid. Sehubungan dengan itu, majlis
akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Selasa ( 21 Mac 2023 )


Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Bestari Sekolah Kebangsaan Jenalik

3. Oleh yang demikian, pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan untuk menghadiri majlis
bagi menjayakan program tersebut. Sebarang urusan atau kemusykilan boleh berhubung dengan
Guru Besar SK Jenalik, Puan Norimah Binti Abd Kadir di talian 011-37188357.

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
(NORIMAH BINTI ABD KADIR)
Guru Besar
“PERAK SEJAHTERA 2030”

You might also like