You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Persatuan Ibu Bapa & Guru,


Sekolah Kebangsaan Tasek, Kod Sekolah
No. Telefon
: ABA 7005
: 04-4770236
33100 Pengkalan Hulu, No. Fax : 04-4770236
Email : ABA7005@moe.gov.my
Perak Darul Ridzuan
__________________________________________________________________________

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKT/PH/600-13/14(11

Tarikh : 8 Februari 2023


YB Aknan Ehtook
Pengerusi,
Persatuan Siam Malaysia,
No.16 Jalan Zamrud 3,
Taman Pelangi, Mergong
05010 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG (EAC-


EXCELLENCE ACADEMY AWARDS) SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK SESI 2022/2023

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Sekolah Kebangsaan Tasek akan mengadakan Majlis Hari
Anugerah Cemerlang (EAC) peringkat sekolah seperti ketetapan berikut;

Tarikh/ Hari : 8 Februari 2023 (Isnin)


Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Kroh Hotspring And Riverside, 33100 Pengkalan Hulu, Perak
3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SK Tasek ingin memohon sumbangan ikhlas daripada
pihak tuan agar dapat menampung pelbagai kos perbelanjaan sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Pihak sekolah dan PIBG SK Tasek amat berbesar hati dan menghargai sumbangan ikhlas daripada
pihak tuan demi kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum.

4. Sumbangan ikhlas daripada pihak tuan boleh disalurkan kepada PIBG Sek. Keb. Tasek
Pengkalan Hulu. Nombor Akaun :158079590461 (Maybank Berhad ).

5. Segala perhatian dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….
(AMIRRUDDIN BIN MOHD LAZIM)
Guru Besar

s.k: 1. SU PIBG

Endure The Pain, Relish The Gain

You might also like