You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) Tel.

/Fax : 03-87061226
Sekolah Kebangsaan Salak Email : sksalakpibg@gmail.com
Kod Sekolah : BBA9204
43900 Sepang, Selangor No. Pendaftaran PIBG : SEL640

Ruj. Kami : SKS.100-7/1/5( )


Tarikh : 5 Oktober 2021

YB Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin


No.23, Jalan SG 1/29,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Salak
43900 Sepang, Selangor.

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM CABUTAN BERTUAH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) Sekolah
Kebangsaan Salak Tahun 2021 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Oktober 2021


Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing - Atas talian (Pelantar Google Meet)

3. Untuk makluman Yang Berhormat, Sekolah Kebangsaan Salak (SK Salak) merupakan sekolah
ke-4 yang dibina di dalam daerah Sepang, Selangor. Berikut adalah informasi ringkas mengenai
sekolah :
i. Sesi persekolahan : pagi dan petang
ii. Bilangan guru : 82 orang
iii. Bilangan murid : 1257 orang
iv. Kedudukan sekolah : Parlimen – Sepang
DUN – Sungai Pelek
Mukim - Labu
v. Jumlah ahli PIBG : 809 buah keluarga

1
MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM CABUTAN BERTUAH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK TAHUN 2021

SKS.100-7/1/5( ) Tarikh : 5 Oktober 2021

4. Sehubungan itu, PIBG SK Salak dengan penuh harapan memohon sudilah pihak Yang
Berhormat menghulurkan sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai / cek / pindahan wang untuk
membantu merealisasikan program tersebut. Pindahan wang / cek boleh disalurkan ke akaun PIBG
seperti butiran berikut:

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU SEK KEB SALAK


12104010001518 (BANK ISLAM)
Rujukan Transaksi : CBMATPIBG 2021

5. Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk menyediakan hadiah cabutan bertuah untuk
ahli PIBG SK Salak seperti berikut :

Bil Jenis Baucar Kuantiti (keping) Jumlah (RM)


1 Baucar Kedai Buku (RM 40) 5 200
2 Baucar Kedai Buku (RM 50) 4 200
3 Baucar Kedai Buku (RM 60) 6 360
4 Baucer Kedai Buku (RM 80) 3 240
JUMLAH 18 1000

BAUCAR KEDAI BUKU hanya boleh digunakan oleh ibu bapa / penjaga untuk membeli
buku dan keperluan sekolah di Kedai Buku Sekolah Kebangsaan Salak sahaja. Tempoh
sah laku baucar tersebut sehingga 28 Februari, 2022.

6. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila ajukan kepada

Encik Ahmad Mahfiz Bin Haji Nordin (YDP PIBG) / 019-284 7990
Puan Lenny Nor Lindawaty Binti Powdzi (Setiausaha PIBG) / 013-4238089
Puan Norlin Binti Mat Salleh (Bendahari PIBG) / 019-3989695

7. Kesudian pihak Yang Berhormat menghulurkan sumbangan amatlah bermakna dan di dahului
dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan yang diberi dapat membantu meringankan
beban ibu bapa / penjaga SK Salak dalam membuat persediaan keperluan persekolahan anak-anak
dalam situasi ekonomi yang mencabar ini.

2
MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM CABUTAN BERTUAH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK TAHUN 2021

SKS.100-7/1/5( ) Tarikh : 5 Oktober 2021

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AHMAD MAHFIZ BIN HAJI NORDIN)


Yang DiPertua
Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Salak
43900 Sepang, Selangor.

s.k. 1. Guru Besar SK Salak


2. Fail PIBG

You might also like