You are on page 1of 5

SETIAP BORANG PELANCONGAN 1957 MESTI DISAHKAN OLEH PENGETUA /GURU BESAR ATAU

PENOLONG KANAN DAN COP

KERTAS KERJA LAWATAN

Tajuk : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK TAHUN 2017

1.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan
Salak telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Selain menjadi antara program
tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat
mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan
pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid.

Lawatan Sambil Belajar ini dianjurkan bersama oleh:


 Unit Disiplin & Pengawas, Sekolah Kebangsaan Salak
 Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Salak
 Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Sekolah Kebangsaan Salak

2.0 RASIONAL

Selaras dengan hasrat Negara untuk melahirkan murid-murid yang berpengetahuan dan berinformasi, maka program
ini dirancang untuk memberi pendedahan dan maklumat secara langsung kepada murid-murid.

Berpandukan aspirasi 1Malaysia, lawatan ke Kuala Lumpur dipilih sebagai instrumen pembangunan modal insan ke
arah keinsafan, kesedaran dan kesetiaan kepada Negara di kalangan murid-murid. Lawatan ini juga diadakan untuk
memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid tentang kemajuan dan pembangunan negara. Selain itu,
lawatan ini merupakan satu usaha dalam menyemai dan menyemarakkan kecintaan masyarakat Malaysia
khususnya murid terhadap fauna negara selaras dengan tema yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
sekolah melalui aktiviti lanjutan di luar waktu persekolahan agar mereka lebih menghargai tanah air.

3.0 MATLAMAT

i. Memperluaskan pengetahuan murid-murid tentang persekitaran dan pembangunan negara.


ii. Membolehkan murid-murid mengetahui dan menghayati keindahan persekitaran negara.
iii. Memberi murid-murid satu pengalaman baharu tentang dunia luar dan di samping dapat menimba ilmu
pengetahuan mengenai tempat yang dilawati
iv. Membentuk sifat kepimpinan dan kerjasama murid dalam melaksanakan dan penjayakan program ini.

1
4.0 OBJEKTIF

Diharapkan program ini dapat:


i. Menjadi landasan membina murid-murid yang mempunyai semangat dan yakin diri melalui aktiviti sosial
atau riadah yang sesuai.

ii. Menambah pengetahuan (intelektual), memberi pengalaman baru (praktikal), serta membuka minda murid-
murid untuk mengenali, menghargai dan menyayangi Negara Malaysia dengan menjadi warga Malaysia
yang lebih baik.

iii. Memberikan pengajaran hidup berguna yang memupuk sifat disiplin, saling menghormati, hubungan
komunikasi interpersonal dan nilai-nilai lain seperti yang ditekankan dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan

iv. Melatih murid-murid untuk berfikir secara kritikal, memupuk semangat berpasukan, kejujuran, pengurusan
masa, tanggungjawab dan sifat-sifat positif lain yang akan membantu mereka untuk menjalani kehidupan
sebenar dan menyesuaikan diri dalam masyarakat.

v. Memberikan inspirasi kepada murid-murid dan guru dalam merancang aktiviti pembelajaran dan
pengajaran.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh lawatan dan Hari : 18 November 2017 (Sabtu) – 19 November 2017 (Ahad)

5.2 Tempat : Sekitar Kuala Lumpur


- Planetarium
- Muzium PDRM
- Tugu Negara
- Masjid Negara
- Muzium Negara
- Muzium Telekom
- HSBB (Momen TM Experience Centre)
- KL Forest Eco-Park (Forest Tour & Canopy Walk)
- Menara Kuala Lumpur (Sky Deck, Upside Down House, F1 Simulation)

5.3 Bilangan Peserta : 40 orang murid


5.4 Bilangan Guru : 04 orang guru pengiring
5.5 Negara Yang Dilawati : -

6.0 KUMPULAN SARASAN


80 orang murid Tahun 4 hingga 6 Sekolah Kebangsaan Salak terdiri daripada
 Pengawas Sekolah
 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
 Ahli Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
 Ketua Kelas Tahun 4 hingga Tahun 6
 Penolong Ketua Kelas Tahun 4 hingga Tahun 6

2
7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Encik Ishak Bin Noh (Guru Besar)


Tim. Pengerusi : Encik Tarmizi Bin Soik (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Puan Hajjah Aida Binti Abdullah (GPK Pentadbiran)
Penyelaras : Puan Lenny Nor Lindawaty Binti Powdzi
Setiausaha : Puan Suria Binti Hassan
Bendahari : Puan Siti Noraisah Binti Sanusi
Ahli Jawatankuasa : 1. Encik Aizam Nizam Bin Haji Adnan
2. Encik Mohd Hanafiah Bin Alias
3. Encik Wan Aswandi Bin Wan Supian
4. Puan Rozana Binti Aziz

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Encik Ishak Bin Noh (Guru Besar)


Tim. Pengerusi : Encik Tarmizi Bin Soik (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Puan Hajjah Aida Binti Abdullah (GPK Pentadbiran)
Penyelaras : Puan Lenny Nor Lindawaty Binti Powdzi
Setiausaha : Puan Suria Binti Hassan
Bendahari : Puan Siti Noraisah Binti Sanusi

Ahli Jawatankuasa : 1. Pendaftaran & Taklimat


- Puan Lenny Nor Lindawaty Binti Powdzi
- Encik Mohd Hanafiah Bin Alias

2. Keselamatan & Disiplin


- Encik Aizam Nizam Bin Haji Adnan

3. Kebajikan & Kecemasan


- Encik Wan Aswandi Bin Wan Supian

4. Dokumentasi
- Puan Suria Binti Hassan
- Puan Rozana Binti Aziz

3
9.0 PENGISIAN PROGRAM

9.1 18 November 2017 (Sabtu)

06.40 pagi : Pendaftaran dan taklimat perjalanan serta program kepada peserta
lawatan (para pelajar dan guru pengiring).
08.30 pagi : Sarapan pagi
09.00 pagi : Melawat Planetarium
10.30 pagi : Melawat Muzium PDRM
Melawat Tugu Negara
12.30 t/hari : Makan tengahari dan Solat Zohor di Masjid Negara
02.00 petang : Melawat Muzium Negara
05.30 petang : Berkumpul di Muzium Telekom dan Taklimat
07.30 petang : Makan Malam dan Solat Maghrib
08.30 malam : Aktiviti bermula
“Sejarah Telekomunikasi”
09.15 malam : Aktiviti di Galeri Muzium Telekom
 Kerja Berpasukan
 Role Play
 Permainan & Riadah
10.45 malam : Supper
11.00 malam : Berehat / tidur

9.2 19 November 2017 (Ahad)

06.00 pagi : Solat Subuh


06.40 pagi : Berkumpul di Laman Muzium
 Bacaan Doa / Nyanyian Lagu Patriotik
 Senamrobik
07.30 pagi : Mandi dan berkemas
08.30 pagi : Sarapan pagi
09.00 pagi : Lawatan ke HSSB (Momen TM Experience Centre)
10.30 pagi : Majlis Penutupan & Penyampaian Cenderahati
11.30 pagi : Lawatan ke KL Forest Eco-Park
 Forest Tour & Canopy Walk
12.30 t/hari : Makan tengah hari dan Solat Zohor
02.00 petang : Lawatan ke Menara Kuala Lumpur
 Pakej Sky Deck
- Sky Deck
- Upside Down House
- F1 Simulation
- Sijil Penyertaan
05.00 ptg : Bertolak pulang

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

4
10.1 Pakej Lawatan** 40 orang pelajar X RM. 150.00 = RM. 6 000.00

10.2 Lain-lain bayaran 40 orang pelajar X RM. 5.00 = RM. 200.00

JUMLAH BESAR RM. 6 200.00

*** Pakej Lawatan ke Kuala Lumpur merangkumi :


i. 1 malam di muzium
ii. 6x makan (2x sarapan pagi, 2x makan tengah hari, 1x supper, 1x makan malam)
iii. Pengangkutan (bas persiaran)
iv. Tiket kemasukan untuk semua destinasi
v. Insurans pengangkutan

Lain-lain bayaran untuk Modul Lawatan, Sijil dan Cenderahati Penyertaan.

11.0 PENUTUP
Semoga Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur Sekolah Kebangsaan Salak Tahun 2017 ini akan mencapai
tujuan dan objektifnya serta memberi pengalaman dan kenangan yang bermakna kepada murid-murid serta guru-
guru yang terlibat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………….. ……………………………
(LENNY NOR LINDAWATY BINTI POWDZI) (ISHAK BIN NOH)
Guru Penyelaras Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur, 2017 Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Salak Sekolah Kebangsaan Salak
43900 Sepang, Selangor. 43900 Sepang, Selangor.

Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

You might also like