You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK


43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel. / Fax : 03 87061226
Email : sksalak@gmail.com Kod
Sekolah : BBA 9204

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj.
Kami
Tarikh

: SKS.100-7/1/5(
)
: 23 Rejab 1436H
8 Mei 2015

Semua Ahli PIBG


Sekolah Kebangsaan Salak
Tuan ,
SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK
TAHUN 2016
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan salah satu usul yang dicadangkan oleh ahli PIBG di dalam
Mesyuarat Agung PIBG SK Salak Kali Ke-40 pada 31 Januari 2015 ialah menambah
jumlah sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Salak pada tahun 2016 sebanyak
RM 10.00 daripada RM 30.00 kepada RM 40.00 untuk setiap keluarga.
3.
Justifikasi usul penambahan sumbangan ialah meningkatkan dana PIBG untuk
membantu dan menambah usaha sekolah dalam :
i.
memenuhi keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan atau program
melibatkan peningkatan prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
ii.
meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan keceriaan premis sekolah
supaya dapat mewujudkan suasana kondusif bagi menjayakan aktiviti dan
program pendidikan.
3.
Keputusan perbincangan usul di atas ialah satu bancian dibuat di kalangan ahli PIBG
untuk memutuskan sama ada usul tersebut diterima atau ditolak. Keputusan bancian akan
dibentangkan di dalam Mesyuarat AJK PIBG dan dimaklumkan kepada semua ahli sebelum
tindakan selanjutnya diambil.
4.
Bersama dilampirkan borang bancian dan mohon kerjasama tuan untuk
melengkapkan dan menghantar semula borang bancian kepada guru kelas anak pertama
tuan di Sekolah Kebangsaan Salak sebelum atau pada 15 Mei 2015 (Jumaat). Sebarang
pertanyaan sila hubungi Puan Lenny Nor Lindawaty Binti Powdzi, Setiausaha PIBG SK
Salak di talian 018-2780834.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
( HAJI CHE ABDUL MAJID BIN CHE OMAR )
Yang DiPertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Salak
43900 Sepang, Selangor
s.k.

1. Fail PIBG

2.Guru Besar SKS

BANCIAN USUL
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 :
Menambah Jumlah Sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Salak
Tahun 2016

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Salak.
Tuan,
Saya...........................................................................................................ibu / bapa / penjaga
kepada :
Nama dan kelas anak/jagaan di sekolah ini
1.

....................................................................................

Kelas :

...............

2.

...................................................................................

Kelas :

...............

3.

....................................................................................

Kelas :

...............

telah membaca usul yang dibincangkan dan berikut adalah keputusan dan pendirian saya
berkenaan usul tersebut :
BACA DAN TANDAKAN [ ]
BERSETUJU dan MENERIMA USUL menambah jumlah sumbangan
PIBG Sekolah Kebangsaan Salak pada tahun 2016 sebanyak
RM 10.00 daripada RM 30.00 kepada RM 40.00 untuk setiap keluarga.
TIDAK BERSETUJU dan MENOLAK USUL menambah jumlah
sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Salak pada tahun 2016
sebanyak RM 10.00 daripada RM 30.00 kepada RM 40.00 untuk setiap
keluarga.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :

You might also like