You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG KALI


44300 BATANG KALI, SELANGOR DARUL EHSAN
Kod Sekolah : BBA5002
Email : bba5002@moe.edu.my
Tel/Fax : 0360572157

Rujukan Kami : SKBK100-13/1/4( )


Tarikh : 16 November 2022

Ibubapa / Penjaga Murid


SK Batang Kali

Melalui,

Guru Besar
SK Batang Kali

Tuan,

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN HARI LAHIR PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan, pihak sekolah akan membuat sambutan Hari Kanak-kanak
dan Hari Lahir seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 02 Disember 2022


Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tema : Piala Dunia (World Cup)

3. Bagi memeriahkan lagi sambutan, pihak sekolah mengalukan kepada ibu bapa yang ingin
menyumbang wang bagi menjayakan majlis tersebut. Namun, sumbangan ini bukanlah paksaan.

4. Sumbangan boleh disalurkan kepada guru kelas anak tuan. Kerjasama dan keprihatinan
tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“KEJUJURAN DAN KETEKUNAN TERAS KECEMERLANGAN”

Saya yang menjalankan amanah,

.......................................................................
(MOHD. AZHAR BIN MOHD JUSAN)
Yang DiPertua PIBG
SK Batang Kali

………………………………………………………potong disini……………….…………………………….

Saya _________________________________________________________ ibu/bapa penjaga


kepada _____________________________________________ kelas ______________________
bersetuju untuk menyumbangkan wang sebanyak RM ___________________ untuk tujuan tersebut.

Yang benar,

…………………..

You might also like