You are on page 1of 2

‫سکوله کبڠساءن ترنتڠ‬

SEKOLAH KEBANGSAAN TERENTANG


KM 34, JALAN CHINCHIN
77000 JASIN, MELAKA
No. Tel/Fax: 06-524 6537 Email: MBA1014@moe.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 11 Ogos 2022

Tuan Haji Ahmad bin Baharudin


Yang Dipertua PIBG SK Terentang,
KM 34, Jalan Chinchin,
77000 Jasin, Melaka

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH SEMPENA PELANCARAN SAMBUTAN BULAN


KEMERDEKAAN SK TERENTANG BAGI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kurikulum dan Kokurikulum SK Terentang akan


mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah bagi tahun 2022. Butiran
ketetapan program adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 Ogos 2022 (Isnin)


Masa : 10:30 pagi
Tempat : Dewan Seri Gemilang, SK Terentang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput pihak tuan untuk menyampaikan
ceramah pada majlis perasmian pelancaran program tersebut. Tajuk ceramah yang akan
disampaikan ialah “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

4. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi undangan kami ini.
Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan jutaan
terima kasih. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara ini bolehlah berhubung dengan
Cik Raudah binti Saidin selaku Guru Penyelaras Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK
Terentang 2022 di talian 019-622 4529.

5. Segala makluman dan kerjasama pihak tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‫سکوله کبڠساءن ترنتڠ‬
SEKOLAH KEBANGSAAN TERENTANG
KM 34, JALAN CHINCHIN
77000 JASIN, MELAKA
No. Tel/Fax: 06-524 6537 Email: MBA1014@moe.edu.my

Saya yang menjalankan amanah,

(NAMA GURU PENYELARAS PROJEK)


Penyelaras Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2022
SK Terentang

You might also like