You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN

OLEH:

Encik Lim Yeu Bing


Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Raja Abdullah Tahun 2023/2024

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN MERENTAS DESA


PERINGKAT SMK RAJA ABDULLAH TAHUN 2023

Tarikh:
17 Ogos 202 (Khamis)

Masa:
8.00 Pagi

Tempat:
Dewan Seri Murni
SMK Raja Abdullah
TEKS UCAPAN
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023
PERINGKAT SMK RAJA ABDULLAH
_______________________________________________________________

Terima kasih, Pengacara Majlis.


Selamat pagi dan Salam sejahtera saya ucapkan kepada

● Yang berusaha Pn. Che Ma Rabitah binti Haji Kamaruddin,


Pengetua SMK Raja Abdullah,

● Yang berusaha, En Khairi bin Razali, Penolong Kanan


Pentadbiran

● Yang berusaha, Pn Noorleywati binti Suria, Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid,

● Yang berusaha, Pn Nazirah binti Razali, Penolong Kanan


Kokurikulum

● Yang berusaha, Pn Siti Normala binti Haji Husin, Penolong


Kanan Petang

● Guru-guru kanan Mata Pelajaran,

● Guru-guru kaunselor,

Barisan Guru-guru cemerlang dan anak-anak yang dikasihi sekalian


Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan Kejohanan Merentas Desa 2023
Peringkat SMK Raja Abdullah.

Saya berasa amat berbesar hati kerana kita dapat berkumpul


bersama-sama pada hari ini bagi menyertai acara merentas desa ini
sekaligus menyemai semangat kesukanan dalam anak-anak muda
negara.

Kejohanan merentas desa merupakan acara yang dinanti-nantikan


oleh seluruh warga sekolah kerana ia adalah pemula kepada
kejohanan Sukan Tahunan kita pada setiap tahun.

Kejohanan merentas desa yang diadakan pada hari ini adalah


berlandaskan beberapa matlamat utama yang antaranya adalah
untuk menanam semangat kesukanan dalam diri setiap individu,
membina kecergasan fizikal dan mental, serta memupuk semangat
kekitaan dan semangat juang dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru bagi melonjakkan pencapaian rumah sukan masing-masing.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia yang
berhasrat melihat setiap murid berpeluang mengikuti kegiatan sukan
dan mengenal pasti murid yang berpotensi mengharumkan nama
negara dalam acara kesukanan, pihak sekolah saban tahun akan
mengadakan kejohanan merentas desa.
Selaras dengan salah satu Dasar Sukan Negara iaitu “Sukan Untuk
Semua”, acara merentas desa bertujuan mengeratkan hubungan
silaturahim antara warga sekolah dan komuniti yang bukan sahaja
terdiri daripada pelbagai ras, malah lapisan umur juga.

Sukan yang merupakan sebahagian daripada agenda nasional, dapat


menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
dan mengajar kita untuk menyelami erti perpaduan serta rasa cinta
akan negara. Pencapaian cemerlang atlet negara merupakan bukti
kita mampu melahirkan dan mencungkil potensi ahli-ahli sukan untuk
mewakili Malaysia di arena antarabangsa.

Oleh itu, marilah kita semua bersukan untuk kesihatan, perpaduan,


kesejahteraan dan keharmonian kita bersama.

Akhir kata, dengan ini, saya merasmikan Kejohanan Merentas Desa


Tahun 2023 Peringkat SMK Raja Abdullah.

Sekian, terima kasih dan Majulah Sukan Untuk Negara.

You might also like