You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SKBSD1

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN PADANG


DAN BALAPAN SKBSD1 KALI KE-17 TAHUN 2022

Yang Dihormati, Encik Kamal Nor b. Haji Mohd Ari,


YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Bandar Sri Damansara 1

Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Barisan Ahli


Jawatankuasa PIBG, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan
semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah


dan kurniaNya dapat kita berkumpul pada pagi ini untuk
menyaksikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Bandar Sri
Damansara 1 kali ke-17 pada tahun ini. Saya bagi pihak
seluruh warga SK Bandar Sri Damansara 1 mengalu-alukan
dan mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu
yang hadir bagi memeriahkan majlis pada petang ini. Terima
kasih daripada pihak kami, atas kesudian tuan-tuan menerima
undangan kami.

2. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat


datang dan terima kasih atas kesudian En Kamal Nor b. Haji
Mohd Ari atas kesudian menerima undangan pihak sekolah
untuk merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Bandar Sri
Damansara 1 kali ke-17 bagi tahun 2022 ini.
3. Sidang hadirin yang dihormati,
Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti
sukan yang dijalankan di sekolah. Matlamat utama sukan
tahunan adalah untuk mengukur kemampuan murid bersukan
di peringkat sekolah dan seterusnya memilih bakal atlet yang
berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Kepada murid-murid yang terserlah
kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh
menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat
yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.

4. Pihak sekolah juga sentiasa mendukung hasrat KPM dengan


sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah
pemupukan dan membina bakat bagi murid yang
berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua
bidang sukan.

5. Hadirin, hadirat, para tetamu jemputan serta murid-murid


yang dikasihi sekalian,
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada
Jawatankuasa PIBG, di bawah kepimpinan Encik Kamal Nor
bin Haji Mohd Ari, Yang Dipertua PIBG, berganding bahu,
menyumbang tenaga dan kewangan agar Karnival Kejohanan
Sukan ini dapat direalisasikan.

6. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru SK


Bandar Sri Damansara 1 yang berkorban masa, tenaga, dan
minda untuk merialisasikan Kejohanan Sukan dan Balapan
pada tahun ini.
7. Akhir kata tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam
acara yang dipertandingkan. Ucapan terima kasih sekali lagi
kepada semua individu yang terlibat dalam menghulurkan
sumbangan samada dalam bentuk kewangan, tenaga atau
buah fikiran khususnya kepada warga SK Bandar Sri
Damansara 1, bagi menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan
pada kali ini.

8. SOKONGLAH KAMI WARGA SKBSD1 untuk membentuk


generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013-2025).

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh

You might also like