You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN GURU BESAR

Puan hajah Rohaya binti abd. wahab


Guru besar SK (1) Jalan meru
- KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-57 -
(13 DISEMBER 2023)

Terima Kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha
Encik Mohd Shahrizan Bin Mohd Ali
YDP PIBG SK (1) Jalan Meru

Yang Dihormati
Puan Siti Nazura Binti Ammi@Azmi
Pegawai SISC+ TVET PPD Klang
Pegawai Angkat Sekolah

Yang Dihormati
Puan Maizatulshima Binti Jusoh
Penolong Kanan Kokurikulum

En. Jeswant Singh A/L Harnek Singh


Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Norazifah Binti Bakar


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Barisan Guru, Ahli-Ahli PIBG, Para Ibu Bapa dan murid-murid yang saya kasihi
sekalian.
Assalamualaikum warohmatullah Hiwabarokatu dan Selamat Sejahtera

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


selamat datang dan terima kasih atas kesudian Encik Mohd Shahrizan Bin Mohd
Ali meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan
kali ke-57 peringkat SK (1) Jalan Meru pada tahun ini.

Indah permatang, di hujung pekan,


Mengusik rawan, mata berlinang,
Selamat datang kami ucapkan,
Budi tuan, sentiasa dikenang.

Saya bagi pihak warga SK (1) Jalan Meru mengucapkan selamat datang
kepada semua tetamu yang hadir menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada
hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-
lumus bermula dengan acara merentas kemudian di sambung dengan acara
Kejohanan Sukan Tahunan ini. Hakikatnya, apa jua program yang dijalankan
memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama, pihak
sekolah tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik.

Sesungguhnya kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan


akademik. Kepada murid-murid tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil
bahagian dalam setiap acara yang dipertandingkan. Saya yakin semangat ini jika
dipindahkan ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada
pencapaian akademik murid-murid.
Hadirin yang dihormati,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa peka


terhadap keperluan murid ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid
yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan.
Kejohanan sukan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar
sekolah. Kepada murid-murid yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang
sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-


murid yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan
seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf
dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh
dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet
yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri
yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,

Pelaksanaan Kejohanan Sukan Tahunan ini bertepatan dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang kedua iaitu memperkembangkan potensi individu
tidak kira dari aspek jasmani atau intelektual. Dasar yang memberikan fokus
pada pengembangan kebolehan murid terutamanya dari aspek sukan mampu
mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan mengeratkan perpaduan
warga sekolah serta masyarakat setempat. Malahan, pendekatan ini akan
menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang buat murid-murid.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi


sesuatu acara. Perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan
pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa
kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi
dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui
perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah
perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang
tinggi. Pada akhirnya nanti matlamat kejohanan ini adalah untuk membentuk
sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling
berkasih sayang.

Akhir kata, terima kasih kepada En. Shahrizan yang sudi hadir
merasmikan kejohanan sukan kali ini, terima kasih kepada guru-guru, terima
kasih kepada ibu bapa yang menyokong anak-anak dan terima kasih kepada
murid-murid yang bersemangat mengambil bahagian.

Harum pesona, bunga kemboja,


Disusun dara, dari Mandilin;
Sukan menjana , semangat waja,
Sentiasa ceria, unggul disiplin.

Sekian, terima kasih.

You might also like