You are on page 1of 6

UCAPAN PENGETUA BAGI MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM

SMK BANDAR TUN RAZAK

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, En Mohd Fairuz bin Md Ron, YDP PIBG SMK


Bandar Tun Razak,

Yang Berusaha, Puan Zahrah binti Abdul Majid, Penolong Kanan

Tadbir dan Akademik,

En Abdul Halim bin Musa , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Hamidah binti Suleiman, Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Siti Hamidah binti Azis, Penolong Kanan Petang,

guru-guru kanan, barisan AJK PIBG, guru-guru, para ibu bapa dan

pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

 Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah


izin-Nya, kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis Anugerah
Kokurikulum dan Anugerah HEM SMK Bandar Tun Razak pada pagi
ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah
bertungkus lumus dan menunjukkan komitmen yang tinggi serta
kerjasama yang padu bagi menjayakan majlis pada pagi ini.  
Hadirin sekalian,

Majlis Anugerah Kokurikulum merupakan agenda tahunan yang


dijalankan di sekolah bagi memberikan pengiktirafan dan
penghargaan kepada para pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti
kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, di peringkat zon
mahupun di peringkat MSSKL. Penglibatan para pelajar dalam
aktiviti kokurikulum yang merangkumi persatuan atau kelab,
permainan, dan badan beruniform amat perlu bagi melahirkan modal
insan yang seimbang sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Lantaran itu, kecemerlangan dalam
akademik dan kokurikulum merupakan ukuran sebenar seorang
pelajar yang cemerlang bagi melayakkan mereka memasuki IPTA.

Para hadirin yang dihormati,

Pada tahun ini Bahagian Hal Ehwal Murid juga turut


meyampaikan anugerah khas kepada murid-murid yang cemerlang
dari segi budi pekerti dan penampilan diri. Mereka dinilai daripada
aspek akhlak, disiplin, kehadiran ke sekolah, hasil kerja di dalam
kelas dan tahap kerajinan di samping dari segi kekemasan berpakaian.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Saya berasa amat bangga dengan pencapaian pelajar dalam
bidang kokurikulum di sekolah ini. Walaupun para pelajar
menghadapi banyak kekangan seperti kekurangan kemudahan untuk
menjalankan aktiviti kokurikulum namun mereka masih berupaya
untuk bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Pada tahun
ini, pencapaian dalam kokurikulum amat memberangsangkan.
 
Dalam Kejohanan Olahraga MSSWP Zon Pudu, sekolah
ini telah meraih gelaran naib johan dalam pertandingan sepak takraw
bawah 15 tahun. Seterusnya, pasukan bola jaring bawah 15 tahun
juga berjaya mendapat tempat ketiga, diikuti oleh pasukan bola
tampar perempuan yang juga mendapat tempat ketiga.  

Sementara itu, dalam pertandingan lalu lintas peringkat negeri


anjuran Syarikat Shell dan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia
dengan kerjasama JPWPKL, pasukan sekolah ini telah juga berjaya
meraih gelaran juara bagi kategori ujian berkomputer, dan ujian
bertulis. Kelab Pengguna sekolah ini pula telah berjaya menempatkan
diri di tempat kedua dalam pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna.
Mereka juga turut diberi penghormatan untuk membuat
pembentangan projek Greenovation Boot Camp anjuran Pusat Belia
Antarabangsa Kuala Lumpur.

Para hadirin yang dihormati,


Pelajar-pelajar sekolah ini bukan sahaja menempa nama di
peringkat negeri, malah di peringkat kebangsaan, lima orang murid
sekolah ini telah terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur ke Kejohanan Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM). Selain
itu, salah seorang pelajar sekolah ini juga turut terpilih untuk
menyertai Nadwah Kepimpinan Peringkat Kebangsaan di Kuala
Kangsar, Perak.

Hadirin sekalian,
Pelajar sekolah ini juga tidak terkecuali turut menyumbang jasa
hingga peringkat kebangsaan. Antaranya termasuklah program
Variasi dan Simfoni Hari Kebangsaan baru-baru ini yang disertai
seramai 25 orang murid. Seterusnya, seramai 20 orang murid turut
menyertai Kem Remaja Berwawasan di Kuala Kangsar, Perak.
  
Sebagai pengetua di sekolah ini, saya sekali lagi mengucapkan
tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang telah
berusaha menaikkan nama sekolah di Wilayah Persekutuan ini.
Kejayaan dan pencapaian kokurikulum di sekolah ini tidak akan
menjadi kenyataan jika tanpa komitmen yang tinggi daripada guru-
guru dan murid. Sepohon pokok tidak akan hidup subur tanpa
kerjasama daripada semua pihak. Guru-guru sebagai penasihat
hendaklah berusaha menggerakkan dan mendorong para pelajar
menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancangkan.
Selain guru, para pelajar juga perlu menyertai aktiviti-aktiviti
yang telah disediakan dan bukan sekadar menjadi ahli sahaja. Saya
mengucapkan terima kasih kepada semua guru penasihat yang telah
menjalankan tugas dengan baik. Saya juga berharap guru-guru akan
dapat merancang aktiviti kokurikulum pada tahun hadapan yang boleh
menyokong pencapaian akdemik para pelajar di sekolah ini.
 
Sekian, terima kasih.
SKRIP UCAPAN PENGETUA

SEMPENA

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG


KOKURIKULUM
DAN
ANUGERAH HEM

SMK BANDAR TUN RAZAK

2015

You might also like