You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PENGETUA TN HJ MOHD AYOB B.

ABD WAHAB

Terima kasih pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu Wassolamu Ala


Ashrafil Anbiyar Iwar Mursolin Waala Alihi Wasobihi Aj’main

Yang dihormati En. Khairul Faudzi b. Atan, YDP PIBG, En. Rashid b. Abd Rahman,
Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Jamaliah bt. Ghani, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Pn. Nor Zalila Hidayu bt. Aman, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan Guru
Kanan Mata pelajaran, AJK PIBG, semua guru dan pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Telebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya, dapat kita bersama-sama melaksanakan Road Run pada tahun ini. Tahniah
diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Pengelola kerana telah bertungkus lumus
merealisasikan Road Run sekolah pada tahun ini.

Hadirin yang dihormati,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap
keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi pelajar yang cenderung
memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan. Dasar 1 Murid 1 Sukan yang
diperkenalkan telah mewajibkan setiap pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, dengan dasar ini, setiap pelajar akan
melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah yang diadakan
sepanjang tahun.

Aktiviti sukan telah pun dijadikan fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini yang
akan menjadi aktiviti wajib dijalankan sepanjang tahun. Selaras dengan itu, Road Run
ini merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan
sukan bagi pelajar di sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua pelajar adalah
untuk memperlengkapkan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal
insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah
pembinaan negara bangsa Malaysia.
Hadirin sekalian,

Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia
hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak seharusnya alpa dengan
kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan
harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan
bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.

Insya Allah. Saya mengharapkan para pelajar ini terus cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan
membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Momentum
seperti inilah yang kita perlukan agar para pelajar sentiasa cerdas dan cergas sama
ada di sekolah mahupun di rumah. Maka akan lahirlah pelajar minda kelas pertama
yang senantiasa kita harapkan.

Marilah bersama-sama kita berdoa agar SMK Seri Kota Puteri sentiasa cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan kokurikulum serta menjadi sekolah
contoh di Pasir Gudang ini. Saya juga berdoa agar pelajar-pelajar sekalian mendapat
kejayaan dalam menghadapi urusan persekolahan.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya dengan ini merasmikan penutup Road


Run smk seri kota puteri bagi tahun 2022.

Sekian terima kasih.

You might also like