You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN PERASMI

KEJOHANAN OLAHRAGA
SMK TUN SABAN
KALI KE-50 2022
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat pagi

Yang Berusaha Pn. Azmaniza bt Abdul Aziz Penolong Kanan Pentadbiran


merangkap Pemangku Pengetua SMK Tun Saban
Yang Dipertua PIBG SMK Tun Saban, En Mohd Fuzi bin Abd Rahman
Pn. Hjh. Aesah binti Md Nor (Penolong Kanan HEM)
Pn. Jemilah binti Yeop Ahmad (Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn. Yusniyati binti Md Zafir (Penolong Kanan Petang)
En. Mohd Suhaimi bin Ibrahim (Penolong Kanan Ting.6)
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi

menjemput saya untuk merasmikan Kejohanan Olahraga sekolah yang penuh

bermakna ini.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tingi tahniah kepada warga

sekolah kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini. Bidang sukan merupakan antara

platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan cerdas mental. Di

samping itu sukan juga mampu melahirkan murid-murid yang patuh dengan peraturan

dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi.
Hadirin yang dihormati

Kejohanan sukan tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu

acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara

tidak langsung ke arah perpaduan, menjalinkan sifat hormat menghormati dan semangat

kerjasama yang tinggi. Kegiatan sukan yang berterusan menjadi benteng sebagai

penghalang kepada murid-murid dari terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat.

Malahan bidang sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah, seterusnya nama

negara di persada antarabangsa,

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK pengelola

Kejohanan kerana dapat menganjurkan Kejohanan Olahraga SMK Tun Sabah kali ke

50 2022. Kepada para atlet yang meangambil bahagian dan meraih pingat kejohanan

selepas ini, saya ucapkan tahniah, dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus

asa kerana menang dan kalah adat pertandingan.

Dengan lapaz bismillahirrahmanirrahim , saya merasmikan Kejohanan Olahraga SMK

Tun Saban kali ke 50.

Sekian terima kasih.


Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SMK Tun Saban
mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir pada pagi ini
untuk menyaksikan kejohanan sukan olahraga SMK Tun Saban kali ke-50
tahun 2022.

Terima kasih saya ucapkan kepada atas


kesudian meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Kejohanan sukan
tahunan SMK TUN SABAN pada kali ini. Ucapan terima kasih juga saya
ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus sejak beberapa minggu
yang lalu, bermula dengan acara merentas desa, pemilihan peserta dan acara
sukantara. Hakikatnya, apa-apa jua program yang dilaksanakan memerlukan
pengorbanan masa dan tenaga para guru. Namun begitu, dalam masa yang sama
guru-guru tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya,
kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan akademik. Kepada para
murid, tahniah dan syabas saya ucapkan atas kegigihan anda mengambil
bahagian demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika disalur ke
dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian
akademik para murid.

Hadirin yang  dihormati,

Seperti semua sedia maklum, sudah 2 tahun sekolah kita tidak


melaksanakan kejohanan sukan sekolah disebabkan penularan Covid-19. Oleh
sebab itu, kejohanan sukan pada tahun ini merupakan kejohanan pertama
selepas negara dilanda musibah wabak penyakit.

Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar


sekolah. Kepada para murid yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang
sukan, diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.

Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi


sesuatu acara. Perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan
pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa
kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi
dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui
perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah
perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang
tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat
dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.

Saya merasakan  kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-


guru mencipta kreativiti memacu semangat murid, manakala para murid pula 
berpeluang mengerah kudrat melepaskan beban emosi dengan berlari sederas
yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga
dalaman seterusnya menjadi juara.

Kepada semua guru, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan


memberikan sokongan kepada anak-anak didik untuk bergiat cergas dalam
aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan murid dalam bidang
kokurikulum akan membantu murid mencipta kecemerlangan dalam bidang
kurikulum.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada


yang sudi hadir merasmikan kejohanan sukan kali ini, terima kasih kepada guru-
guru yang berkorban masa dan tenaga, terima kasih kepada semua yang terlibat
bagi menjayakan kejohanan sukan dan terima kasih kepada murid yang
bersemangat mengambil bahagian. Sokonglah kami untuk membentuk generasi
masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Sekian, terima kasih.


Wabillahitaufik, walhidayah, Assalamualaikum……

You might also like