You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YANG BERHORMAT DATO’ NG CHOON KOON ( DIMP , BKT )


ADUN BEMBAN
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
SUKAN TAHUNAN
KALI KE-25 TAHUN 2015

Yang Dihormati, En Md Noh bin Yusoff Penyelia PPD Jasin Unit Sukan;

Yang Berbahagia, Encik Jaidin bin Haji Jumali YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Tehel ;

Yang Dihormati, Puan Hajah Rohani binti Haji Sulong , Guru Besar SK Tehel ;
Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru, Ahli Jawatankuasa PIBG,
guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia,Salam Melaka Maju Fasa 2,


Melaka Maju Negeriku Sayang , Negeri Bandar Teknologi Hijau ,
Melaka 753 Tahun .

Saya amat gembira pada petang ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama
warga sekolah ini pada Majlis Perasmian Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan SK
Tehel kali ke-25 ,2015.

Terima kasih saya ucapkan atas jemputan daripada pihak sekolah kerana sudi
menjemput saya merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.

Sidang hadirin yang berbahagia,


Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid
yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang
daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi,
sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan aturan
dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta
mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,


Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai
matlamat tersebut. Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu
mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkan silaturrahim warga
sekolah dan masyarakat setempat, malahan, pendekatan ini akan menjadi
pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu
acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan
secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat
dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak
ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan.
Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-
menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah
untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental,
patriotik dan saling berkasih sayang.

Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi
penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang
tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu
dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar
bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang
berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju
negara pada masa hadapan .Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan
pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.

Hadirin yang dikasihi

Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia
hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak harus alpa dengan
kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan
harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama
dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua
ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit,
bangsa, dan agama.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK
Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Sukan tahunan kali yang ke-25 dengan
jayanya. Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat
kejohanan selepas ini, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya
janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa
anda telah mencipta kerjaya

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN SUKAN TAHUNAN SK TEHEL KALI


KE -25 .

Sekian, terima kasih.

You might also like