You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN GURU BESAR

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016

Bismillahirrahmanirrahim….
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Terima kasih Pengacara Majlis,


Yang Berbahagia En. Yusma@Abdul Mubin bin Yusof@Mustapar,
Pegawai Pendidikan Daerah,
Yang Dihormati __________________________________,
_______________________________________________
Yang Dihormati __________________________________,
________________________________________________
Yang Dihormati En.Mohamad Zainal Abidin bin Salleh,
Dipertua PIBG SK Tebing Tembah,

Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, dan seterusnya murid-murid yang diraikan

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada petang yang penuh bermakna ini kita dapat
berkumpul bersama-sama bagi memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah
memperoleh tahap pencapaian yang cemerlang dalam bidang kokurikulum sepanjang tahun
2023. Sesungguhnya majlis indah yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan sekolah ini
merupakan satu agenda pendidikan yang bertujuan untuk menghargai kejayaan-kejayaan
yang telah dilakaroleh murid-murid kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Pengelola Majlis yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan
dengan lancar dan teratur seterusnya mencapai matlamatnya. Kita sedar bahawa majlis
seumpama ini amat perlu dilaksanakan untuk memberi makna dan penghargaan kepada
kehidupan anak-anak generasi pewaris masa depan negara.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


KPI STem pada tahun 2023 ialah memastikan murid menyertai sekurang-kurangnya 3
penyertaan/pertandingan di peringkat kebangsaan dan Alhamdulillah STem telah berjaya
menyertai 6 pertandingan di peringkat kebangsaan.
1. 2 orang murid STem telah mewakili Negeri Terengganu ke Perlawanan bola jarring
MSSN – Johan
2. 3 orang murid STem telah mewakili Terengganu dalam kejohanan bola jaring anjuran
kelab bola jaring Malaysia- Johan
3. Seorang Murid STem telah mewakili Terengganu dalam kejohanan Sofbol MSSN-
Naib Johan.
4. Seorang murid STem telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan pengucapan
awam sempena Hari Sungai Sedunia 2023.
5. Seorang murid STem telah mewakili negeri Terengganu ke pertandingan areto
Spell ,Karnival Bahasa Inggeris.
6. 4 orang murid telah melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan dalam Global Youth
Challenge setelah terpilih antara 48 video terbaik daripada 782 penyertaan seluruh
Malaysia.

Selain pencapaian diperingkat Kebangsaan , tahun 2023 juga menyaksikan anak-anak STem
mewakili daerah Dungun ke peringkat negeri antaranya Teater SK (Naib Johan), scrable,
akuatik,instrumental idol, tarian tradisional dan banyak lagi.

Sekalung tahniah juga untuk semua guru yang telah bekerja keras demi menyediakan dan
melatih murid hingga akhirnya murid-murid ini dapat menyumbang terhadap jati diridan
daya saing negara seterusnya mampu menjadi insan yang cemerlang dan dapat
membangunkan negara sejajar dengan kehendak semasa pada masa akan datang. Syabas
diucapkan kepada semua guru yang sememangnya tidak pernah jemu dan sentiasa bekerja
keras untuk menggembleng bakat dan potensi pelajar secara optimum. Namun demikian ,
pada hemat saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada murid itu sendiri yang
sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi untuk mengecapi
kecemerlangan.
Para hadirin sekalian,

Sebagaimana yang telah saya nyatakan di awal tadi bahawa majlis ini merupakan satu
pengiktirafan kepada murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah ke
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Oleh itu, saya mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya berharap agar kejayaan muri-murid
ini akan berterusan dan akan menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain
untuk sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk mempertingkatkan mutu pencapaian
mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar
murid- murid ini akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri,
keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah
dan terima kasih daun keladi kepada jawatankuasa Hari Apresiasi Kokurikulum STem 2024
atas kejayaan mengadakan majlis ini.

Ikan sembilang sepat dan kelah,


Guna joran biasa di hujung,
Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
Petanda kejayaan sentiasa dijunjung.

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum
warahmatullahi wabaratuh.

You might also like