You are on page 1of 4

KATA ALU-ALUAN UNTUK MAJALAH SEKOLAH

Assalamu alaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah ___________________ atas kejayaan
menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya
mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini.

Daerah ______________ sudah lama dianggap sebagai penanda aras pencapaian akademik, kokurikulum,
sukan dan pengurusan organisasi sekolah yang tinggi bukan sahaja di negeri ___________, bahkan di seluruh
negara. Banyak sekali sekolah bertaraf premier, kluster kecemerlangan dan berprestasi tinggi terletak di
sini. Namun, kita juga sedar bahawa masih terdapat golongan murid kurang beruntung dan bermasalah
pembelajaran yang perlu kepada perhatian secara khusus. Maka, konsep pendidikan inklusif tidak
menyebabkan kita lupa terhadap pendidikan khas.

Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak,
serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan
tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi
melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-
mudahan sumbangan ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di __________________ ke persada
kecemerlangan yang dihajati.

Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang
terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman
persekolahan. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin
terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan sampai bila-
bila.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa majalah dan sidang redaksi
________________________. Kepada pembaca majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

KATA ALU-ALUAN PENGETUA


Majalah ________________ edisi tahun 2014 ini suatu dokumen bercetak yang sangat penting
sebagai gambaran kecemerlangan pendidikan SMK ________________________ sejak ___
tahun yang lalu. Walaupun teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi pada masa
sebenar telah mengambil alih sebahagian besar naskhah penulisan tradisional, SMK
________________ masih mampu mengekalkan penerbitan majalah _____________ dalam
bentuk yang sedia ada bagi kesekian kalinya. SMK _________________ sentiasa mengalu-
alukan aplikasi teknologi terkini, tetapi pada masa yang sama berusaha menjaga kesinambungan
sejarah yang sangat berharga ini.
Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
sidang redaksi__________________ dan panel guru penasihat, serta terima kasih kepada semua
pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan majalah ini berada di
tangan pembaca _________________ bukan sekadar catatan kenangan indah zaman
persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang kemajuan SMK _________________ yang autentik
dan rasmi.
SMK_________________ menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah baik dan
melestarikan sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2014 menerusi semangat kerjasama dan
kekitaan dalam kalangan seluruh warga sekolah diperkukuh. Sekolah juga dipastikan pada
landasan yang betul sebagai kesinambungan citra penubuhan SMK _______________________
lebih ____ tahun yang lalu. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
petunjuk keberhasilan utama negara (NKRA) dan strategi lautan biru kebangsaan (NBOS)
merupakan kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan di peringkat sekolah.
Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri _______________, Pejabat Pendidikan Daerah
______________, Lembaga Pengelola Sekolah (BOG), dan PIBG atas kepercayaan dan
sokongan kepada pihak sekolah. Harapan saya kepada warga sekolah dan pembaca, selamat maju
jaya.

Saya Yang Ikhlas,

Pengetua,
SMK __________________

KATA ALUAN PENGETUA

KATA ALUAN YDP PIBG

Salam 1Malaysia

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih juga kerana
memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan
kepada AJK Sidang Redaksi majalah sekolah 2015.
Kejayaan ini merupakan sambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan
memberikan makna yang besar kerana menerusi majalah sekolah, kita dapat merakamkan
peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman warga sekolah semasa berada
di sekolah. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi
yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah.
Kerjasama antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang utama melahirkan kejayaan
anak-anak. Kejayaan dan komitmen yang tinggi ini akan mampu membuahkan hasil yang
optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum maupun
kokurikulum . Jelaslah di sini , komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara
yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian diri
dan mematuhi peraturan sekolah. Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk pelajar
yang pintar dan berakhlak baik.
Akhirnya, saya mengharapkan SMK Cochrane Perkasa sentiasa beroleh kejayaan dalam
kurikulum dan kokurikulum dan menjadi sebuah sekolah yang berprestasi tinggi pada masa akan datang.

Sekian,. terima kasih

KATA ALUAN KETUA MURID

Assalammualaikum Warahmatullahi WAbarakatuh dan Salam 1 Malaysia, 1 Ummah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan hanya buat Allah yang Maha Berkuasa bagi
tiap-tiap sesuatu dan selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad contoh kepimpinan
terbaik. Jutaan terima kasih kepada siding redaksi kerana memberi peluang kepada saya untuk
mencoretkan sepatah dua kata kepada pembaca sekalian.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi kerana
telah berjaya menerbitkan majalah sekolah ini. Saya ingin menyatakan rasa bangga dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada ibunda Puan Pengetua, Pn Hjh Azizah binti Ahmad yang telah membantu
mengemukakan pelbagai cadangan dan tunjuk ajar serta nasihat yang membawa kepada kejayaan SMK
Cochrane Perkasa. Jutaan terima kasih tidak dilupakan kepada semua guru SMKCP kerana pengorbanan
dan tunjukajar mereka dalam memantapkan disippin pelajar di sekolah yang membawa kepada
kemenjadian pelajar.
Sesungguhnya perkembangan teknologi maklumat, era globalisasi serta dunia tanpa sempadan
ini, kita sebagai pelajar seharusnya memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan supaya kita menjadi
seorang yang berdaya saing serta yang disarankan oleh kerajaan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita
untuk menuntut ilmu bermula dari bangku sekolah hingga ke akhir hayat bersesuaian dengan konsep
pendidikan sepanjang hayat.
Akhir kata, manfaatkanlah waktu remaja kita untuk mengecapi kebahagiaan seiring dengan
kejayaan kita. Jadilah pelajar yang menghormati kediua ibu bapa, guru-guru dan yang paling penting
sentiasa mengingati dan melaksanakan segala perintangNya yang maha Esa. InsyaAllah kejayaan
menjadi milik kita.

Sekian, terima kasih.

KATA ALUAN KETUA EDITOR

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia.


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat juga
majalah sekolah iaitu PERKASA tahun 2015 disiapkan untuk tatapan warga SMKCP.
Pertama sekali, saya sebagai ketua editor bagi sidang redaksi majalah sekolah 2015 amat berbesar hati
kerana diberikan peluang bagi mewakili ahli sidang redaksi majalah untuk membuat catatan untuk
diselitkan dalam helaian majalah sekolah.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pengetua Pn. Hjh Azizah binti Ahmad dan semua guru yang terlibat dalam membimbing kami
untuk menyiapkan majalah PERKASA ini. Ucapan terima kasih juga saya rakamkan untuk rakan-rakan
sidang redaksi yang bersama-sama dalam merealisasikan penghasilan PERKASA. Bak kata pepatah
“Bersatu Teguh Bercerai Roboh”
Bagi saya majalah sekolah merupakan medium untuk semua warga sekolah lebih mengenali
SMKCP ini. Terdapat banyak informasi tentang perkembangan sekolah selama setahun untuk tatapan
para murid. Dalam pada itu, para murid juga berkesempatan mencurahkan idea-idea untuk dikongsi
bersama. Mudah-mudahan slot karya murid akan dapat sambutan yang lebih baik pada tahun akan
mendatang.
Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
dalam penghasilan dan penerbitan majalah sekolah bagi sesi 2015. Saya mewakili ahli sidang redaksi
yang lain memohon maaf atas kelemahan dalam penghasilan ini. Sesungguhnya kami telah berusaha
sebaik mungkin bagi memastikan penghasilan majalah ini terbaik bagi semua.

Sekian terima kasih.

( )
Ketua Editor PERKASA 2015

You might also like