You are on page 1of 3

Ucapan Perasmian

Majlis Graduasi SPM 2018

Yang Berusaha,
Puan Hajjah Suryati Binti Tikon,
Pengetua SMK Pasir Gudang 3.

Yang Dihormati,
Puan Hajjah Maznah Binti Jaafar,
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Azlinda Binti Samsuri,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Hajjah Zaharah Binti Rabon


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Faridah Abdul Samad,


Penolong Kanan Petang

Yang Dihormati
Tuan Haji Ahmad Musri Bin Saad,
Yang DiPertua PIBG SMK Pasir Gudang 3.

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Guru-guru, AJK


PIBG , ibu bapa serta para graduan SPM 2018 yang diraikan.

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera,

Pertama, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadiran Ilahi, kerana dengan


limpah dan izinNya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Graduasi SPM Kali Ke
-5, SMK Pasir Gudang 3 pada petang ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SMK Pasir Gudang 3, kerana sudi
mengundang saya untuk merasmikan majlis pada petang ini.

Saya difahamkan bahawa, majlis graduasi yang diadakan pada petang ini
bertujuan memberi penghargaan kepada semua calon SPM 2018 yang telah berjaya
lulus dalam peperiksaan tersebut dan layak menerima sijil SPM. Saya percaya
kejayaan pelajar-pelajar ini bukan sahaja disebabkan hasil pemusatan terhadap
pelajaran yang diajar termasuklah hasil kerja keras semua guru di sekolah serta ibu
bapa yang tidak jemu-jemu berusaha ke arah pencapaian maksimum anak-anak.
Kejayaan ini juga merupakan bukti terhadap kejayaan perancangan pendidikan
yang dirangka oleh pihak sekolah serta keberkesanan jalinan serta kerjasama yang
wujud antara pihak sekolah dan komuniti luar dalam membantu kecemerlangan
pendidikan anak-anak yang ada di sini.

Bagi Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, suka bagi saya untuk
menyatakan di sini kami amat berbesar hati serta bersedia untuk membantu pihak
sekolah dalam melonjakkan perkembangan dan pencapaian sekolah, khususnya
hal-hal berkaitan kecemerlangan pendidikan murid-murid, melalui pemberian
sumbangan tenaga, kepakaran mahupun bimbingan kepada guru-guru supaya dapat
mendidik anak bangsa menjadi lebih cemerlang. Pelbagai aktiviti dan program
berkaitan peningkatan akademik telah disusun oleh pihak PPD bagi memastikan
supaya semua sekolah dalam daerah Pasir Gudang ini terutamanya SMK Pasir
Gudang 3 untuk terus melahirkan lebih ramai lagi golongan cerdik pandai serta
tenaga mahir dalam pelbagai bidang nanti.

Namun perkara lebih penting yang kami harapkan daripada pihak sekolah
adalah berkenaan kemenjadian murid secara holistik. Nilaian berdasarkan
peperiksaan tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada kemenjadian murid.
Kemenjadian murid boleh dirujuk menerusi aspek kemenjadian murid yang
terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
sememangnya memfokuskan enam ciri murid yang menjadi aspirasi negara iaitu
murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran dwibahasa,
berkemahiran memimpin, beretika dan berkerohanian serta mempunyai identiti
nasional. Oleh itu, kemenjadian murid itu perlu dinilai dalam semua program dan
aktiviti kurikulum yang dijalankan oleh guru dan pihak sekolah. Saya berharap
supaya semua guru dapat memainkan peranan yang jitu dan strategik dalam usaha
menilai kemenjadian murid menerusi pelbagai instrumen yang sesuai dan
berkesan.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ucapan tahniah dan syabas
sekali lagi kepada semua warga pendidik dan pentadbiran SMK Pasir Gudang 3
atas kejayaan yang tidak ternilai ini dan terus berusaha mencapai prestasi yang
lebih cemerlang dalam semua aspek di samping semua kerjasama semua pihak
yang ingin melihat sekolah ini benar-benar berada di puncak bagi merealisasikan
matlamat dan visi sekolah. Saya berharap usaha untuk melonjakkan kecemerlangan
pendidikan dilipatagandakan agar dapat menyediakan pendidikan terbaik kepada
anak-anak pada hari ini dan masa depan. Bagi para graduan pula, saya amat
berharap supaya kejayaan yang anda perolehi akan menjadi asas dalam meroka
dunia yang lebih mencabar di luar sana.

Akhir Kalam dengan lafaz Bismillah, saya merasmikan Majlis Graduasi SPM Kali
Ke-5 bagi tahun 2018 .

Sekian Wabillahitaufiq WalHidayah Wassalamualaikum W.B.T dan Salam


Sejahtera.

You might also like