You are on page 1of 8

Munurut islam

Di dalam islam, pendidikan adalah wajib


kepada semua umat manusia. Pendidikan adalah
suatu tindakan yang diambil oleh sesuatu
masyarakat, kebudayaan atau tamadun untuk
memelihara kelangsungan hidup(survival). Oleh
yang demikian kegagalan pendidikan untuk
melaksakan fungsinya akan membawa kepada
kehancuran menusia serta dunia amnya.

Proses pendidikan perlu berlangsung


sepangjang hayat sebagai yang jelas dinyatakan di
dalam Al-Quran dan Hadis. Prosesnya bermula
daripada kandungan sehingga ke liang lahat. Fokus
pendidikan pula ialah kepada manusia iaitu pelajar

Berdasarkan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan

Pendidikan sebagai yang dihasratkan dalam


FPK adalah suatu usaha yang berterusan dan
berlangsung sepangjang hayat (life long
education). Antara lain rasionalnya ialah
kerana manusia mengalami pertumbuhan dan
perkembangan. Proses pertumbuhan dan
perkembangan akan menyebabkan perubahan
berlaku pada individu. Usaha adaptasi kepada
perubahan perlu kepada latihan kemahiran
mahupun pendidikan.

Dari Sudut Bahasa


Pendidikan dalam bahasa inggeris adalah
education. Perkataan ini berasal daripada
perkataan Latin educare yang mempunyai makna
memelihara, membimbing atau mengasuh kanakkanak. Namun dalam penggunaanya sebagai
istilah, pendidikan adalah lebih luas daripada itu
dan tidak terhad hanya kepada asuhan kanakkank sahaja. Perkataan pendidikan juga diguna
pakai bagi membawa pengertian perkembangan
fizikal.
Dalam bahasa Arab pula, pendidikan diistilahkan
sebagai talim atau tarbiyah atau tadib iaitu
mengajar, memlihara atau memberi ilmu

Dari Sudut Cirinya

Pendidikan adalah bersifat wajib dan


berterusan iaitu dari buaian hingga ke
liang lahat. Pernyataan ini memang
terkandung di dalam Al-Quran dan
Hadis. Konsep ini juga di kenali sebagai
pendidikan sepanjang hayat dan juga
telah dikenal pasti perlu dalam usaha
membangunkan guna tenaga manusia
selain daripada memperkembangkan
minat dan bakat individu.

Dari Sudut Proses

Pendidikan juga dikaitkan dengan


persekolahan kerana amalan semasa,
menunjukkan bahawa tugas mengajar dan
mendidik telah banyak berpindah daripada
ibu bapa dan keluarga kepada guru-guru di
sekolah. Perkembangan yang pesat dalam
bidang teknologi , memerlukan pengetahuan
serta kemahiran yang khusus dan terkini.
Oleh yang demikian keperluan untuk
menginstitusikan pendidikan semakin
mendesak dan sering dikaitkan dengan
persekolahan.

Dari Sudut Hasil


Sebagai yang dinyatakan dalam FPK,
pendidikan bererti menghasilkan warga
negara yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara

RUMUSAN
Di sini jelaslah bahawa pendidikan dapat
diertikan dalam bentuk yang pelbagai
bergantung kepada individu dan dari sudut
mana ia dilihat. Ada yang ingin melihat
pendidikan dari sudut bahasa, fungsi
pendidikan, ciri-ciri pendidikan, proses
pendidikan, hasil daripada proses pendidikan
serta lain-lain lagi. Namun kesemuanya
adalah ke arah mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang maksud pendidikan.

You might also like