You are on page 1of 5

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

KEJOHANAN SOFBOL MSS SELANGOR 2019

TEKS UCAPAN ENCIK NOR HIZWAN B. AHMAD


SETIAUSAHA POLITIK (SUPOL)
YB PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN, MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN SOFBOL MSS
SELANGOR 2019

UNTUK

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


KEJOHANAN SOFBOL
MSS SELANGOR

TAHUN 2019
BISMILLAHIR RAHMANNIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t
kerana dengan limpah berkat dan keizinan daripada-Nya, dapatlah kita
bersama-sama di majlis perasmian penutup Kejohanan Sofbol MSS Selangor
bagi tahun 2019.

Hadirin yang dihormati,

Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan pelajar


pelajar yang cergas daripada segi fizikal dan mental. Menerusi latihan yang
konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek merangkumi minda,
fizikal, otot,saraf dan emosi, sukan seperti sofbol ini juga mampu membentuk
seorang murid yang cergas, patuh dengan peraturan dan secara tidak
langsung membentuk pemain yang berhemah tinggi, bertanggungjawab,
berdisipin, dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya
kepimpinan.

Hadirin yang berbahagia,

Sukan Sofbol merupakan salah satu sukan yang ditawarkan di dalam


Kejohanan Olimpik sejak tahun 1996. Di Malaysia, pasukan sofbol
kebangsaan juga aktif menyertai pelbagai kejohanan di luar negara seperti
Kejohanan Sofbol ASEAN dan Sukan SEA. Ramai pemain kelahiran MSS
Selangor telah pun meyarung jersi kebangsaan dan ada antara mereka kini
dalam proses persediaan untuk menghadapi Sukan SEA di Filipina tidak lama
lagi. Tidak mustahil, suatu hari nanti ada antara pemain pemain di hadapan
saya hari ini bakal mewakili Malaysia dalam sukan Sofbol seterusnya
mengharumkan nama negara yang kita cintai.
Tuan tuan dan puan puan sekalian,

Di peringkat sekolah, MSSM juga telah memainkan peranan penting dalam


pembangunan Sukan Sofbol di Malaysia. Melalui MSSM, ia memberi peluang
kepada pelajar pelajar menyertai Kejohanan yang mempunyai unsur unsur
keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan. Saya juga ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada
pasukan Sofbol Selangor kerana berjaya mengekalkan prestasi cemerlang
iaitu sebagai Johan Keseluruhan MSSM sejak tahun 2014 sehingga tahun
2018. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Saya pasti
kejayaan ini tidak mungkin datang bergolek tanpa hasil kerja keras daripada
pelbagai pihak termasuklah pihak pentadbir, ibu bapa, guru- guru dan murid
murid sekalian.

Hadirin dihormati,

Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi


setiap perlawanan,namun perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini
memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid
bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan,
perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang
mudah dicapai melainkan melalui perjuangan dan latihan yang berterusan.
Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat
hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat
akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan
warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.

Kegiatan sukan seperti sofbol yang berterusan ini akan menjadi satu
daripada benteng yang menjadi penghalang kepada murid-murid daripada
terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan
mental dan spiritual, seseorang pemain itu dilatih agar mempunyai daya
saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan
sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang
memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa
hadapan.

Hadirin yang dihormati,

Aktiviti sukan khususnya permainan sofbol ini juga berupaya memupuk


perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat
antarabangsa. Kita tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk
membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator
terbaik ke arah itu ialah melalui penganjuran sukan. Semangat kerjasama
dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.
Semua pemain mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira
warna kulit, bangsa, dan agama.

Hadirin sekalian,

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada


PPD Gombak selaku tuan rumah kerana telah dapat menganjurkan dan
mengelolakan Kejohanan Sofbol MSS Selangor untuk tahun 2019 dengan
jayanya.

Kepada para pemain yang mengambil bahagian dan meraih pingat


kejohanan , saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya
janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan
bahawa anda telah mencipta kejayaan.

Saya dimaklumkan bahawa SK Taman Bukit Indah selaku pengerusi


pengelola Kejohanan Sofbol MSS Selangor ada memohon sumbangan
kepada pihak saya bagi menampung kos kejohanan tersebut. Dengan ini
saya berbesar hati menyumbang sebanyak RM_____________ kepada SK
Taman Bukit Indah bagi menampung kos kejohanan MSS Selangor.

Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih
dan sekalung tahniah kepada, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor,PPD Gombak, Pengerusi Pengelola, Pegawai-pegawai Kejohanan,
Pengurus-pengurus pasukan , semua peserta kejohanan dan pihak-pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
kejohanan ini. Semoga kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadi titik
tolak kejayaan penganjuran sukan bertaraf dunia di negara kita.

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SOFTBOL


MSS SELANGOR TAHUN 2019

Sekian, terima kasih.

You might also like